“Beragaklah Dalam Mengecop Pendakwah,” – Pu Syed Mahu Netizen Henti Kecaman, Doa Yang Terbaik Buat Pendakwah Yang Kini Tular

Kecoh di laman sosial mengenai hubungan rumah tangga seorang pendakwah yang kahwin kali kedua, lalu didakwa telah menceraikan isteri pertama ketika hamil baru-baru ini.

 Sekali gus, ia menjadi bualan ramai pihak termasuk Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut memberikan reaksi.

Malah, ada individu yang mahu penjelasan terperinci dari Syed mengenai isu tersebut. 

Soalnya, apakah wajar menceraikan isteri sedang hamil menerusi aplikasi WhatsApp atas sebab nusyuz tanpa sempat isteri membuat pembelaan?

Lalu, ini jawapan panjang lebar dari Syed. 

IKLAN

Talak adalah Jalan Terakhir Untuk Sesebuah Ikatan Perkahwinan.

“Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.”

“Apakah punca perceraian itu terjadi?

“Adakah ianya satu2nya Jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah yg hadir dalam rumah tangga?,” jelasnya. 

Malah, Syed menjelaskan dia tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga pendakwah itu; sebaliknya doakan yang terbaik buat dia, isteri dan ahli keluarga. 

Ambe taknak masuk campur urusan yg telah terjadi, insyaAllah masih boleh diperbaiki, mohon netizen doakan agar apa2 masalah jgn kita taburkan lagi minyak ke dalam api, kadang² yg kecil boleh jd marak.

IKLAN

Bagi netizen, beragaklah dlm mengecop pendakwah, kerana kita tidak berada di situasi mereka,” tulisnya.

View this post on Instagram

Talak adalah Jalan Terakhir Untuk Sesebuah Ikatan Perkahwinan Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga." Apakah punca perceraian itu terjadi? Adakah ianya satu2nya Jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah yg hadir dalam rumah tangga? Ambe taknak masuk campur urusan yg telah terjadi, insyaAllah masih boleh diperbaiki, mohon netizen doakan agar apa2 masalah jgn kita taburkan lagi minyak ke dalam api, kadang² yg kecil boleh jd marak. Bagi netizen, beragaklah dlm mengecop pendakwah, kerana kita tidak berada di situasi mereka. PU Syed #AdeAmbeTakut

A post shared by Pencetus Ummah SYED (@pencetusummah_syed) on

Terdahulu, Ustaz Ebit Lew turut memberikan pendapatnya mengenai isu sama. 

 Foto: Instagram PU Syed