Nampaknya beberapa hari yang lalu drama bersiri Kekasih Paksa Rela hangat diperkatakan gara-gara kononnya drama ini mempromosikan situasi pedofilia.

Benarkah Cerita Kekasih Paksa Rela Promosikan Pedofilia? Ini Jawapan Intan Najuwa!

Buat pengetahuan semua, Pedofilia adalah sejenis gangguan seksual terhadap kanak-kanak belum baligh atau baru mencapai umur baligh.

IKLAN

Semua gara-gara, watak Hanan yang dipegang Intan berusia belasan tahun dan masih bersekolah terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dilakonkan oleh pelakon hebat Remy Isyak yang kononnya sudah berusia.

IKLAN

Bagaimanapun pelakon kecil molek ini menegaskan ia tiada kaitan dengan ganguan seksual tersebut sebaliknya ingin mengangkat sisi positif poligami dalam kalangan golongan muda masa kini.

IKLAN

“Benar, saya melakonkan watak seorang pelajar tingkatan enam yang berkahwin dengan lelaki berusia. Tetapi, fokus utama drama Kekasih Paksa Rela adalah berkenaan isu poligami,”

“Pada pendapat saya, drama ini mempunyai mesej yang sangat positif dan memberikan kefahaman kepada penonton tentang nilai-nilai murni menerusi poligami,” jelasnya kepada sebuah akhbar.

Malah, Intan menegaskan watak yang dibawa bukanlah seorang pelajar di bawah umur seperti yang disangkakan. Sebaliknya watak Hanan yang dipegang itu sudah melebihi 18 tahun dan sedang menuntut di tingkatan enam.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI