Pelakon dan penyanyi, Kilafairy tidak menafikan prosesnya dalam sisi penghijrahan dalam diri, soal hati dan penampilan termasuk untuk terus kekal istiqamah sebagai bukan satu hal yang mudah.
Dua tahun tampil sopan berhijab, anak kepada penyanyi era 1980, Rohana Jalil ini bagaimanapun percaya, kehidupan akan terus menjadi ruang menguji keteguhan hati dan imannya sebagai hamba.
“Benar soal istiqamah itu bukan perkara mudah. Ia bukan sehari dua untuk dihadam. Pendek kata setiap hari, saya umpama bergelut dalam diri.
“Namun lama kelamaan ia bagai satu fasa yang akan jadi terbiasa. Pada akhirnya kita hanya mahu dan harapkan reda Tuhan dalam hidup ini,” katanya.
Dalam pada itu, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan baru sahaja dilamar menjadi wajah wakilan jenama tudung bawal MINAZ Hijab Blossom 3.0 bagi kempen Next Chapter.
“Daripada kerendahan hati, saya bangga kerana terpilih menjadi wajah wakilan koleksi tudung bawal ini. Berurusan dan bekerjasama dengan pasukan kerjanya juga menyenangkan.
“Mereka juga memastikan saya selesa dan berpuas hati dengan tudung yang dipakai serta digayakan. Begitu juga dengan hasil gambar kempen fotografi yang dijayakan.
“Pendek kata tudung yang digayakan bukan sekadar selesa dalam konteks percakapan dan penulisan. Tapi saat dipakai pun dapat rasa keselesaan yang digambarkan itu.
Ads
“Saya sangat besyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan selain dikelilingidengan orang yang baik waktu bekerja,” katanya lagi.
Lebih menarik, koleksi tudung yang dilancarkan secara rasmi malam ini itu sudah menerima 250,000 pra tempahan.
MINAZ Hijab yang dilancarkan pada Ogos 2021 dengan taruhan signature printed Blossom Series terus pantas menjadi kegilaan wanita Malaysia.
Ads
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenamatudung itu, Hafiza Datuk Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ syukur nikmat dengan kejayaan awal itu.
“Saya anggap tuah dan rezeki ini datang daripada pelbagai sudut. Tentunya kejayaan ini takkan diperoleh tanpa kerja keras team MINAZ, stokis dan agent seluruh Malaysia seterusnya sokongan Kilafairy sebagai wajah wakilan kempen.
“Kami mensasarkan lima orang bakal Jutawan Hijab hujung tahun ini. Marilah sama sama kita jadi Kaya, Berjaya & Bergaya bersama MINAZ.
“Perniagaan tudung bawal material kapas berkualiti tinggi ini dijual dengan harga mampu milik RM29 sehelai. Pembungkusannya setanding jenama mewah. Bagi mendapatkan tudung bawal itu boleh layari laman web rasmi,” katanya.
Ads
Sebelum Kilafairy, Nora Danish terlebih dahulu diperkenalkan untuk siri kempen sama edisi 2.0 tahun lalu yang turut terpalit kontroversi kerana dilihat tidak selari dengan imej tudung dengan wanita ‘free hair’.
“Bertepatan dengan kempen global Hari Hijab Sedunia, MINAZ mahu bawakan ikon berhijab dengan cerita tersendiri. Kisah penghijrahan Kilafairy dua tahun lalu memberikan kami inspirasi dalam merangka kempen Next Chapter.
“Ia sekali gus melantiknya sebagai muka hadapan kempen dengan sorotan episod seterusnya saat dia berhijrah memulakan kehidupan fasa berhijab,” katanya.
Pengarah fesyen jenama itu juga pada masa sama melihat Kilafairy sebagai inspirasi wanita bertudung.
“Lihat saja kesungguhannya untuk kekal istiqamah berhijab. Paling utama dalam menutup aurat dan kekal sopan, dia masih pandai bergaya.
“Saya sendiri menghormati pendiriannya untuk tampil dengan gaya yang sangat sopan sewaktu sesi fotografi kempen berlangsung. Malah dia sendiri lebih teliti memilih gambar yang tidak mencolok mata dan bersesuaian dengan kempen ini,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dan isteri Datin Izzati Khiruddin yang telah selamat melahirkan zuriat ketiga, pada jam 2.27 petang tadi.
Difahamkan, cahaya mata lelaki pasangan ini telah dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta, Shah Alam.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyanyi yang sinonim dengan lagu Penghujung Rindu itu menerusi satu entri di Instagram.
“Rabbanaghfirlanaa wa liikhwaninnalladziina sabaquunaa bilimaani wa laa taj’alfii quluubinaa ghilaa lilladziina amanuu rabbannaa innaka raufurrookhiimun.
“Artinya: “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman.
“Dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
“Assalammualaikum. Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yg soleh, amen.
“ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH. GEMENTAR SEHINGGAKAN AZAN PUN TERSASUL. TERIMA KASIH SEMUA. Wassalam,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada April 2017 dan dikurniakan memiliki sepasang cahaya mata bernama Nur Azura Yamani, 2 tahun dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Jamal juga turut mempunyai dua orang anak lelaki, Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jamal Abdillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nourul Depp mengimbau kembali kenangan sewaktu novel mengenai dirinya, berjudul ‘Peribadi, Kerjaya & Masa Depan’ diterbitkan sekitar 15 tahun lalu.
Malah, penyanyi lagu Kerana Terluka ini turut berkongsi foto muka depan novel tersebut menerusi Instagram.
Kongsinya Nourul, foto berkenaan sebearnya telah dikirimkan salah seorang peminat yang masih menyimpan buku novel tersebut sehingga kini.
“Buku novel peribadi, kerjaya dan masa depan. Salah seorang fans kami hantaq. Thanks dear. Alaaa lupa sapa nama dia. Nanti tulis kat komen.
“Buku ni diedarkan oleh @kumpulan_media_karangkraf Keluar tahun 2007. Cerita satu chapter dalam kehidupan kami.
“Alhamdulillah masih ada yang simpan. Kalau nak baca boleh pi ke blog kami. Ada semua di situ,” tulisnya.
Nourul juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah sentiasa menyokong kerjaya seninya dari dahulu sehingga kini.
“Thank you semua di atas kasih sayang selama kita kenal. I appreciate everyone of you.
“Kita dilahirkan atas dasar cinta. Dan kita harus memanjangkan cinta. #spreadlove. #grateful #nouruldepp,” tulisnya lagi.
Sebagai seorang penerbit atau pengarah yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan sebuah karya yang terbaik, sudah tentu mereka sentiasa menuntut komitmen tinggi daripada semua pihak.
Tidak kita samaada daripada barisan pelakon mahupun kru-kru di belakang tabir, kesemuanya harus memberikan yang terbaik ketika sedang bekerja.
Bagi penerbit dan pengarah, Jinggo pula, dia mendedahkan dirinya sering kali mendengar keluhan-keluhan daripada pemain industri yang mendakwa mereka agak tertekan apabila bekerja bersama syarikat produksinya, JS Pictures.
Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, mereka ini hanya bercerita mengenai momen-momen tegang tetapi tidak pula ketika mereka sedang bergembira.
“Assaalamualaikum Malaya, Monday blues Geng Tok Sidang di mane sajer komer berada
“Ramei Artis, krew, extra dengan sesiapa entah cakap kerja dengan JS Picture ni stress. Tension asyik kena marah,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon dan pengarah, Sheila Rusli itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Jinggo memaklumkan dia dan isteri tidak akan sesuka hati memarahi atau menegur pelakon serta kru di belakang tabir tanpa sebab yang munasabah.
Katanya lagi, teguran tersebut biasanya berlaku disebabkan oleh kesilapan pelakon dan kru itu sendiri.
Bagaimanapun, bapa kepada dua orang anak ini memberitahu, dia sebolehnya tidak mahu mempedulikan mengenai perkara tersebut.
“Tapi tak cerita pasal masa happy pulak sebab selalunya masa kena marah tu dorang datang lambat, tak baca skrip tak buat homework, banyak main dari kerja banyak gelak dari focus.
“Kenalah sebijik kan. Tu la makan dia kan. Apa pon Ohgang Peghrok kata, I don’t care! Lantakkk le komer,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut menyifatkan Jinggo sebagai sebagai seorang pengarah yang terbaik dimiliki negara ketika ini.
“Wassalam. Terbaik Tok Sidang. Dah macam satu keluarga. Semua nampak happy dan enjoy.
“Seronok tengok team abang dengan kakak. Happy dan enjoy dapat bos macam ni. Semoga abang dan kakak serta seluruh team diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan.
“Stress sebab diri sendiri yang punca kena marah. Salahkan bos pula.
“Semoga dipermudahkan oleh-Nya segala urusan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, pihak JS Pictures ketika ini dilihat sedang sibuk menjalani sesi pengambaran bagi kesinambungan drama, Ratu Ten Pin musim ke-2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Jinggo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...