Ketika ini, rata-rata netizen tidak putus-putus membincangkan isu melibatkan rampasan barang berharga termasuk wang ringgit yang dipercayai milik bekas pemimpin negara.

Malah, selebriti juga tidak terlepas daripada mengutarakan isu sama. Misalnya pelakon dan bekas finalis Hero Remaja 2011/12, Ali Nadzwan atau lebih sinonim dengan panggilan Ben Ali.

Ben menerusi akaun Instagramnya beberapa jam lalu turut memuat naik beberapa keping foto dan komennya mengenai isu berprofil tinggi itu.

Ben Ali Kongsi Pandangan Berhubung Rampasan Barangan Dipercayai Milik Bekas Pemimpin Negara

IKLAN

Katanya, dia mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa kerana telah melakukan siasatan teliti dan melakukan rampasan ke atas barangan yang telah dirampas, dipercayai ada kaitan dengan suatu kes melibatkan 1MDB.

“Tahniah pihak polis kerana telah melakukan siasatan yang teliti dan melakukan rampasan ke atas barangan berharga dipercayai ada kaitan dengan kes 1MDB,” tulisnya sambil disusuli butiran mengenai rampasan yang telah dilakukan.

IKLAN

Tulis Ben;

“Sejumlah 284 kotak bag tangan berjenama, 72 bagasi mengandungi wang tunai pelbagai matawang dan barangan bernilai termasuk jam tangan, adalah antara rampasan yang dilakukan dalam operasi penggeledahan di 3 buat unit kondomiminum mewah milik seorang Tan Sri dipercayai rakan bekas pemimpin negara lewat malam tadi.

 

“Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media yang berlangsung sekitar jam 2 pagi di perkarangan kondominium mewah selepas operasi penggeledahan tamat,” kongsinya.

Kata Ben yang juga merupakan Exco Pemuda PPBM Nasional, menerusi bilangan rampasan tersebut, tidak mustahil anggaran jumlah nilai rampasan boleh mencecah sehingga puluhan juta ringgit.

IKLAN

Ben Ali Kongsi Pandangan Berhubung Rampasan Barangan Dipercayai Milik Bekas Pemimpin Negara

“Seandainya setiap satu bag tangan tersebut berjumlah tidak kurang daripada RM200,000 , maka anggaran jumlah nilai rampasan untuk bag tangan sahaja berjumlah RM56,800,000.

 

“Itu tidak kira barangan berjenama lain lagi seperti Jam tangan, baju, kasut dan lain lain,” menurut Ben yang mengharapkan tindakan sedemikian mampu memberikan keputusan mengenai isu melibatkan 1MDB.

Pada masa sama, pelakon ini juga menyiftkan kerajaan baru tampak serius di dalam menangani gejala rasuah yang menjadi barah yang akan merebak dengan pantas sekiranya tidak dibanteras dengan cepat.

“Apa-apa pun laporan rasmi akan dibuat oleh Ketua Polis Negara apabila selesai menjalankan siasatan dan Rampasan terhadap kes berprofil tinggi ini.

 

Berikan ruang yang secukupnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan tugas mereka dengan bersih , cekap dan amanah,” akhiri Ben sambil mengucapkan tahniah sekali lagi kepada semua pihak terlibat.

Menerusi posting sebelum ini di IG, Ben turut memuat naik laporan polis yang difahamkan turut berkaitan dengan kes berkenaan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI