Penyanyi antarabangsa, Charlie Puth mengesahkan dia bakal tampil dengan single baharu berjudul Left And Right, kolaborasi bersama ahli kumpulan BTS, Jungkook.
Walaupun hanya akan dilancarkan pada 24 Jun ini, namun rata-rata peminat kedua-dua penyanyi popular itu sudah tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu tersebut.
Charlie sempat mempromosikan ‘snippet’ lagu tersebut di laman TikTok sehinggakan menjadi antara video yang trending di platform itu baru-baru ini.
Duo ini turut ‘menghadiahkan’ peminat dengan foto promosi single tersebut dengan berpakaian serba hitam dan putih.
Ads
Jungkook kini memberikan fokus terhadap kerjaya seni secara solo selepas BTS baru-baru ini mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada aktiviti berkumpulan.
Ads
Pengumuman itu dibuat BTS pada sambutan ulang tahun kesembilan kumpulan itu pada 13 Jun lalu.
Ads
Selain Jungkook, BTS yang popular dengan lagu Dynamite dan Butter itu turut dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin dan V.
Seperti sedia maklum, keputusan peperiksaan bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan secara rasmi, hari ini.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera dilhat ada memberi nasihat buat anak lelakinya, Airell yang juga merupakan calon SPM 2021.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh Shiera, bintang berusia 47 tahun ini memberitahu dia tidak berasa bimbang jika Airell tidak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.
Namun sebagai ibu, dia mengharapkan yang terbaik dan mahu anak lelakinya itu menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat.
“Ambil keputusan SPM hari ini, is okey kalau awak tak dapat keputusan yang cemerlang, jadilah orang yang baik, membantu orang lain.
“Biarlah walaupun gaji kecil tak apa tapi berguna kepada masyarakat yang lain. Tak tolong mak pun tak apa tapi tolong orang lain.
“Kalau mak dah sakit esok, mak ada kawan. Bila jumpa teman wanita, cari yang baik dengan keluarga, pandai ambil hati.
“Mak kau dulu pun corot juga, tapi itulah bila dapat corot tu kena usaha supaya buktikan apa yang orang cakap tu salah.
“Kita boleh buat, main memang main pun, seronok tapi kena beringat jangan seronok sangat. Kena berpada-pada, makan pun berpada-pada,” katanya panjang lebar.
Perkara tersebut dikongsikan Shiera menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menyifatkan kata nasihat yang disampaikan oleh Shiera sangat bermanfaat.
Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 24.
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell, 17, Airra, 14, Audra, 12, dan Adeena, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan pelakon Mimi Ernida mencuri tumpuan ramai apabila imej serta video dirinya yang menyerupai aktres popular Bollywood, Alia Bhatt yang mendukung watak sebagai Ganga Jagjivandas Kathiawadi menerusi filem biografi Gangubai Kathiawadi tular di media sosial.
Mengenakan beberapa persalinan serta melakonkan balik babak ikonik filem berkenaan, nama bintang berusia 32 tahun ini pantas menjadi buah mulut rakan artis dan peminat.
“Betul ke sama? Sebab ramai yang cakap sama muka macam Alia Bhatt,” tulis Mimi di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen entri berkenaan, rata-ratanya berpendapat bahawa dia benar-benar saling tak tumpah seperti Alia Bhatt. Malah, rakan artis turut sama memuji.
Dalam pada itu, beberapa video sama juga turut tular di platform TikTok dan ada di antaranya yang menerima ratusan ribu tontonan.
Filem Bollywood, Gangubai Kathiawadi yang mencetuskan fenomena dunia itu kini boleh disaksikan menerusi Netflix, dilancarkan Februari lalu.
Selain Alia, filem berbajet besar arahan Sanjay Leela Bhansali itu turut menampilkan Ajay Devgn, Varun Kapoor, Shantanu Maheshwari dan ramai lagi.
Sekadar info, Mimi Ernida atau nama sebenarnya Nor Shamimi Ernida Mansor mulai aktif dalam dunia hiburan sekitar tahun 2010.
Antara filem lakonannya sebelum ini termasuk Polis Evo, Bencinta, Bulan dan Pria Terhebat diikuti pelbagai drama yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aweera mengakui dia cerewet dalam soal pemilihan lagu dan lirik demi memastikan naskhah yang dikeluarkan kekal relevan dalam tempoh lama.
Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissam, 31, berkata dia lebih mengutamakan karya yang bersifat malar segar.
“Macam contoh, lagu Isabella. Kalau dengar rasa macam baru semalam dilancarkan. Saya nak begitu. Kalau penyanyi lain mahu ketengahkan benda yang viral, itu terpulanglah. Itu hak masing-masing.
“Cuma bagi saya, saya lebih pentingkan naskhah yang ‘masterpiece’, maksudnya mungkin dalam tempoh 20, 30 tahun lagi orang tetap akan ingat lagu kita. Itu yang saya mahu,” katanya.
Aweera bakal melancarkan single baharu, Menakluk Hatimu ciptaaan Tam Spider dan liriknya ditulis Keon, Julai depan.
Kali terakhir Aweera muncul dengan lagu Wanita Cinta Teragung, lebih enam tahun lalu.
Ditanya perjalanan seninya selepas menyertai program Gegar Vaganza 8 (GV8), Aweera tidak menafikan dia kini kian matang mengatur perjalanan seni.
“Sebelum ini, macam-macam isu yang pernah saya telan. Saya ambilnya sebagai pengajaran. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Saya salahkan diri sendiri. Ketika itu masih muda dan saya belajar. Insya-Allah semuanya akan lebih baik.
“Senang cerita ini ‘the new Aweera’, doakan sayalah. Saya mengaku silap, kita hamba yang lemah. Saya pernah berada di atas sebelum ini. Apa yang berlaku banyak mengajar, beri pengajaran,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya pada Ahad.
Jennaira Holding yang diusahakan Datin Seri Azlina Hanim dan suami, mempunyai beberapa rangkaian bisnes lain seperti minuman, makanan, ais krim yogurt, produk kesihatan serta beberapa perniagaan lain.
“Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baru dan alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.
“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.
“Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti,” katanya yang turut optimis mengeluarkan telekung, tidak lama lagi.
Percaya rezeki lebih bermakna bila dikongsi, Azlina berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama menjayakan rumah terbukanya, tahun ini.
“Kita jemput lebih 700 anak tahfiz dan anak yatim untuk sama-sama meraikan hari raya. Malah ketika sambutan hari jadi suami dan buka puasa sebelum ini, kami turut jemput mereka. Sudah jadi satu tradisi bagi kami di Jennaira Holding.
“Malah setiap pembelian tudung ini atau mana-mana produk keluaran kami, mereka secara tak langsung turut menderma dalam menjayakan rumah terbuka ini.
“Majlis yang bermula sekitar jam 2.00 petang dan membawa ke malam dengan tema Bollywood berjalan lancar syukur alhamdulillah,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.