“Belum Lagi…”- Minta Doa Yang Baik-Baik, Ini Komen Wan Sharmila Bila Peminat Harap Pakai Hijab

Share

Terbaru pelakon Wan Sharmila telah memuat naik sekeping gambar ketika dia memakai hijab di akaun Instagram miliknya.

“Belum lagi… #doakan #doayangbaikbaik” tulisnya.

Lantas netizen memberi komen mendoakan kepada Sharmila untuk supaya terus berhijab suatu hari nanti.

Lalu ada juga segelintir netizen berpendapat bahawa lebih baik Sharmila untuk memakai hijab ketika dirinya betul betul bersedia dan menjadi diri sendiri.

Tidak kisahlah berhijab atau pun tidak, yang penting semuanya bermula dari hati.

Diharapkan semua urusan Sharmila dipermudahkan dan kita mendoakan yang baik-baik sahaja kepada Sharmila.

Untuk rekod, drama terbaru lakonan Sharmila berjudul Senafas Rindu telah ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro RIA dan RIA HD.

Foto : Instagram Wan Sharmila

IKLAN