Dikecam gara-gara perkongsian terbaru yang merakamkan dirinya dan anak menunjukkan dia dan anak, Maryam sedang beriadah.
Malah, penampilan Mawar Karim juga dikatakan seperti tidak menghormati tempoh iddah sementelah baru sahaja diceraikan minggu lepas.
Ulas netizen menerusi ruang komen, wanita yang baru diceraikan tidak sepatutnya mengenakan solekan dan tidak dibenarkan keluar daripada rumah selama tiga bulan.
Pendapat itu bagaimanapun dibidas dan ada menegaskan pandangan itu salah sama sekali dan hanya akan mengelirukan pembaca lainnya.
Ulas netizen yang dikenali sebagai bellemaisonbelle, iddah untuk wanita bercerai hidup tidak sama dengan bercerai mati.
Malah solekan juga dituntut untuk menimbulkan keinginan suami untuk rujuk semula.
Ads
“Iddah utk yg bercerai hidup hanya perlu minta izin x-suami utk keluar, x sama dgn yg kematian suami ye, yg tu baru kena berkabung … bersolek juga dituntut supaya suami ada keinginan utk rujuk semula dgn isteri dlm tempoh iddah.
“Harap kami dpt berita baik dlm tempoh iddah ni,” tulis pemilik akaun berkenaan.
Genap 57 hari kelahiran bayi comel yang diberi nama Edriel Obil, pelakon Dynas Mokhtar dan suami Mohamad Shazrik Che Mohd Din telah mengadakan majlis akikah buat anak mereka.
Sekeluarga sedondon mengenai persalinan dalam rona biru tua, majlis itu difahamkan telah dilangsungkan di Damansara, Petaling Jaya.
Malah, beberapa rakan selebriti dilihat hadir ke majlis tersebut, meraikan permata hari bongsu pasangan berkenaan.
Untuk rekod, Dynas atau nama penuhnyaWan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkahwin dengan Shazrik pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.
Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Edriel Obil pada 17 Mei lalu.
Terdahulu, menerusi perkahwinan pertama, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.
Foto:Instagram Dynas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak kira sesiapa, sudah pasti setiap orang suka mengambil gambar swa-foto dan berkongsi di laman media sosial.
Menjadi perhatian peminat apabila ada segelintir artis wanita yang jelita misalnya yang senantiasa mengambil gambar swa-foto sambil membuat mimik muka yang kelihatan sangat comel.
Jadi jom kita lihat 5 artis wanita yang gemar berswa-foto sambil membuat mimik muka yang comel dan menawan.
1.Nora Danish
2.Ruhainies
3.Emma Maembong
4.Uqasha Senrose
5.Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengakui dia bukanlah seorang lelaki romantik. Namun menurut Dr Say Shazril, ada kalanya dia cemburu melihat kesungguhan lelaki lain menyambut hari lahir yang tersayang dengan pelbagai kejutan.
Situasi tersebut nyata berbeza dengan dirinya yang hanya akan memberi ucapan.
Jom ikuti perkongsian terkininya di Instagram;
“Topik : Suami Tak Romantik
“Terus terang sy ckp sy xromantik langsung. Kenkdg jeles sy tgk bf2/suami2 lain suprise kan gf/bini diorg pom pam. Pakai penutup mata bawak pegi tempat pom pam makan pom pam bg hadiah pom pam siap hire photographer + videographer pom pam. Terduduk sy dibuatnya dgn kepom paman mrk. Kalau besday bini, habis romantik pun pukul 12mlm hari besday die sy set alarm, alarm berbunyi, sy wish bini hepi besday, den kami tidur sopan2 xnakal2. Romantik sb yelah sy org pertama wish,” tulisnya di Instagram.
Doktor viral ini turut berkongsi pengalaman menjaga anak yang ketika ini sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat akibat batuk, selsema dan dada berlekuk. Ulasnya, kehadirannya sebagai bapa yang menguruskan anak mendapatkan pandangan pelik segelintir ibu yang turut berada di situ.
“Smlm mase sy teman baby di kecemasan dari 5pagi smpi bini dtg tuka shift 6ptg, mak mak kt situ pandang sy lain mcm. Bile sy bangun ketatkan bedung, sy rase diperhatikan. Bile lap poo poo & tuka diapers, sy rase diperhatikan. Bile sy susukan Ace, sy rase diperhatikan.
“Den ade sorg makcik dtg kpd sy bertanye “mak die mane?” sy pn jwb “maknye kerja, ptg nnt abis keje dia dtg”. Terus makcik tu sengih ckp “jarang makcik nmpk laki buat semua ni”. No wonder mak2 ni pandang sy lain mcm. “Suami xleh susukan anak, tukarkan diapers anak ke?” detik hatiku,” jelasnya.
Jelasnya, biarpun tidak romantik, namun isteri menghargai pengorbanannya bersama-sama menjaga anak.
“Bila bini smpi sy cerita kejadian ni kt die, terus die shayang sy saying “im lucky to hav u, wlpn u xromantik (ouch) tp u pandai jaga baby kite”. Malam ni shift sy bermalam di ward ngn Ace habisla bakal di-judge lagi waduh, xpelah i’d do anything for my baby & bini. Kesimpulan crite ni laki ni romantiknya ade 2 jenis, ade yg romantik tersurat & ade yg romantik tersirat. Hargailah lelaki kalian xkira apa jua jenis romantiknya. Kalau xde tersurat & tersirat simple, cari lain ahaha,” ulasnya panjang lebar.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.