Bekas ratu cantik negara, Dr Soo Wincci yang kini menetap di luar negara bagi melanjutkan pengajian di Sepanyol ada berkongsi cerita bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Di samping menjalani ibadah puasa 6, Wincci memberitahu hubungan bersama rakan serumahnya kembali jernih selepas berlaku perselisihan faham pada bulan Ramadan lalu.
Lalu, selebriti berusia 35 tahun ini meluahkan rasa gembira dan syukur kerana ikatan persahabatan bersama rakan serumahnya itu kembali pulih setelah saling bermaafan antara satu sama lain.
Ads
“Hari Yg Ke 2 utk Puasa 6 Housemate yg ada selisih faham dlm bulan puasa belikan saya buah tempatan utk meminta maaf 😉
“Semua dah ok 😉 Saya juga dah belanja dia lauk raya 😉
“Kadang-kala memang perlukan masa , kesabaran & saling memaafkan 😉 Bersyukur.#puasa6 #raya #spain #nisperos,” tulisnya.
Pelakon, Ikmal Amry mengakui dia rasa gembira dan teruja apabila isterinya, Najla Shamsul, kini hamil anak pertama mereka.
Sambil menyatakan rasa syukur, Ikmal, 26, mengakui sudah lama memasang impian untuk memiliki cahaya mata sendiri, mengenangkan teman lain sudah pun berkeluarga.
“Pertama sekali, Alhamdulillah kami bersyukur di atas pemberian ini walaupun kandungan masih dalam peringkat awal lagi. Semoga semua dapat terus mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri, InsyaAllah.
“Nak kata merancang itu, tidak adalah. Bagi kami, ini adalah rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Cuma sejak saya berusia awal 20-an pun, saya sudah teringin mempunyai cahaya mata sendiri, lebih-lebih lagi apabila melihat kenalan rapat semua sudah bercahaya mata.
“Itu juga adalah antara pemangkin untuk saya berkahwin muda Saya kalau boleh tidak mahu melambat-lambatkan peluang mendapat anak.
“Najla pun sudah bersedia untuk fasa ini kerana dia sudah terbiasa menjaga anak-anak saudaranya. InsyaAllah kami berdua sudah bersedia,” kata, menerusi Majalah Remaja.
Berkongsi lanjut mengenai perkembangan kehamilan isteri, bintang siri Gantung itu mendedahkan dia turut alami ‘alahan’ pada peringkat awal seperti loya tekak dan tidak mempunyai selera makan.
Selain itu, emosinya pula yang kurang stabil.
“Saya pernah dengar cakap orang tua-tua bahawa simptom kebiasaan perempuan mengandung ini akan dialami oleh suaminya dahulu,” katanya.
Pasangan ini juga belum bersedia untuk berkongsi usia kandungan sehingga keadaan bayi dan ibu stabil, mengikut pandangan doktor.
“Kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan dari zaman saya bujang hinggalah sekarang, saya hanya mengharapkan doa kalian untuk saya sekeluarga dan bayi yang bakal datang ini.
“Setiap doa dan sokongan moral daripada kalian amatlah saya hargai. Kalau ada tip dan ilmu sebagai parents muda, kongsilah kepada kami berdua,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ikmal kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia terbitan A Aida Productions di samping Amelia Henderson, Aedy Ashraf dan ramai lagi.
Foto: Instagram Ikmal Amry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu Sedunia, pelakon Sharifah Sakinah menerima kad ucapan daripada anak tunggalnya, Anais Adha yang diterbangkan jauh dari Malaysia.
Difahamkan Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah kini menetap di Sweden untuk menjalani rawatan penyakit yang dialami.
“Happy Mother’s Day Mummy, I hope you’ll find your mojo and I’ll be there with you wherever you are. Much love, Anais Adha,” tulisnya.
Terdahulu, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.
Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu.
Sakinah, 32, mengikat tali pertunangan dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen sekitar Disember tahun lalu.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas madu kepada pelakon, Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh mendedahkan situasi ketika dia dan aktres berkenaan dipertemukan menerusi Melodi Raya, baru-baru ini.
Intan muncul bersama Izreen menerusi segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih, menerusi segmen khas sempena Aidilfitri program hiburan berkenaan.
Intan merupakan bekas isteri kepada pemuzik, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.
“Di sini, saya nak memperjelaskan keadaan yang terlihat dalam rakaman Melodi Raya. Pertama, saya menerima jemputan pihak mereka (Melodi Raya) atas dasar professionalisme.
“Saya ada dimaklumkan akan tajuk segmen yang diangkat oleh Melodi Raya iaitu Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih, akan tetapi saya tidak dimaklumkan untuk ditemubual bersama-sama Izreen pada hari tersebut.
“Saya cuma dimaklumkan bahawasanya Izreen akan ada bersama di set Melodi Raya dan saya diletakkan pada meja yang sama tetapi bukan bersebelahan.
“Saya bersetuju untuk keadaan itu, kerana setakat itu sahaja maka tiada masalah pada saya,” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Intan pada masa sama berkata, dia sebelum itu turut bertanya, adakah akan dilakukan sesi untuk bermaaf-maafkan kerana sekiranya ada, dia masih belum bersedia untuk berbuat demikian.
Mengikut pemahaman Intan juga, keberadaanya ke sesi rakaman tersebut hanyalah sekadar jemputan bukan, untuk ditemubual.
“Dan sebelum saya bersetuju, saya ada bertanyakan pada pihak Melodi, adakah akan berlaku sesi bermaafan? kerana seandainya ada, maka saya belum bersedia untuk itu.
“Saya diberitahu tidak akan ada sesi tersebut, dan sekadar datang sebagai jemputan.
“Sebagai orang biasa yang bukan berada dalam dunia hiburan, pemahaman saya adalah sekadar jemputan dan bukan untuk ditemubual.
“Namun keadaan berubah apabila tiba di set rakaman. Saya dimaklumkan kerana perlu mematuhi SOP maka, set berubah, dan saya diminta untuk ditemubual bersama-sama Izreen bagi segmen tersebut.
“Atas dasar profesionalisme dan bagi tidak mahu mengganggu program rakaman yang sedang berjalan, maka saya terima aturan sesi temubual tersebut dalam keadaan tidak bersedia.
“Jadi apa yang terlihat dalam sesi temu bual tersebut adalah secara spontan bagi menjawab soalan yang diajukan,” katanya lagi.
Menyifatkan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri, ibu tunggal ini mengakui ia tidak perlu disensasikan kerana dia bukanlah seorang selebriti.
“Buat masa sekarang biarlah keadaan berjalan seperti sediakala yang mana masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Itu lebih baik untuk kedua-dua belah pihak.
“Hal ini pada saya tidak perlu disensasikan mahupun dijadikan ruangan hiburan media kerana ia melibatkan hati dan perasaan, dan saya bukanlah selebriti untuk dijadikan bahan topik.
“Biarlah masa yang memulihkan segalanya. Tak perlu lagi mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapapun dengan merujuk hal ini di masa hadapan.
“Saya harap dengan penjelasan ini akan merungkai persoalan yang berkaitan isu tersebut,” katanya.
Intan dan Ude sebelum ini bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.
Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup, Intan dan Ude dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.