Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan dua unit kondominium khas buat dua anak mereka iaitu Soffya dan Fahri bersempena dengan ulang tahun kelahiran masing-masing.
Menurut Wawa, 33, selain sebagai hadiah hari jadi, kediaman berkenaan juga adalah aset anak-anak pada masa akan datang.
“Tak adalah mewah sangat cuma alhamdulillah. Kita memikirkan mengenai masa depan anak-anak. Jadi setiap kali tiba hari jadi mereka, adalah kami sediakan hadiah atau buat majlis sambutan.
“Tahun ini, kita bagi anak-anak rumah demi masa depan mereka. Rumah jenis kondo, dua unit dan terletak kawasan Selangor juga.
“Harganya tidak mahal mana pun, berpatutan saja. Rasanya tak perlu untuk saya kongsikan harga,” katanya.
Wawa berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis Pelancaran Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor, pada Sabtu sambil ditemani suami, pelakon Aeril Zafrel.
Ads
Menyatakan rasa teruja, Wawa juga bersyukur apabila produk terbaharunya itu menerima maklum balas baik dan sebanyak 100,000 unit telah diperuntukkan untuk kempen kali ini.
“Ia diberikan secara percuma dengan setiap pembelian Wawa Sunscreen. Saya percaya setiap kondisi kulit mereka berbeza-beza. Jadi dengan adanya Mummy Baby Sunscreen set ini mereka boleh cuba mana satu yang terbaik untuk kulit masing-masing.
‘Ia diformulasi dengan bahan mineral yang baik untuk kulit, termasuk untuk kanak-kanak. Syukur setakat ini lebih 50 peratus sudah terjual. Kiranya dapat penerimaan yang positif,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Wawa menambah, sebagai ibu bapa mereka juga tidak pernah lupa untuk menyimpan untuk anak-anak setiap bulan selain menyediakan keperluan lain.
“Sebenarnya untuk setiap anak, mereka sudah ada rumah masing-masing. Malah kami memang peruntukkan satu jumlah untuk simpanan mereka setiap bulan.
“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi lebih baik ada simpanan untuk kemudahan pengajian mereka, waktu kecemasan dan sebagainya.
“Simpanan itu juga sebenarnya hasil daripada perniagaan kosmetik yang kami jalankan sejak awal,” katanya lagi.
Ads
Wawa turut bersetuju bahawa kejayaan bisnes yang dijalankan dia dan suami sebenarnya adalah hasil rezeki anak-anak.
“Rezeki setiap anak ini bagi saya berbeza-beza. Malah saya perasan setiap kali menerima kehadiran ahli keluarga baru, rezeki kami juga lebih baik alhamdulillah,” katanya.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kemaskini terbaharu nahas pesawat Jeju Air JC2216, menurut laporan The Guardian, dikhuatiri 179 maut dan disahkan hanya dua sahaja yang terselamat.
Setakat ini 120 mayat telah berjaya dikeluarkan dan 59 lagi masih hilang, pihak berkuasa menyifatkan peluang untuk mereka masih hidup sangat tipis.
Semasa kejadian, seramai 175 penumpang (173 warga Korea Selatan dan dua warga Thailand) dan enam anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.
Dua individu yang terselamat merupakan anak kapal yang duduk di bahagian ekor pesawat. Kedua-dua mereka dikejarkan ke hospital berdekatan Lapangan Terbang Muan untuk menerima rawatan.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.03 pagi tadi, pesawat tersebut dalam perjalanan dari Bangkok menuju ke Korea Selatan.
Pesawat jenis Boeing 737-800 itu melakukan pendaratan cemas ‘belly landing’ disebabkan kegagalan gear dan merempuh dinding di hujung landasan sehingga menyebabkan letupan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita pemergian Hudson Joseph Meek, pelakon remaja berusia 16 tahun yang terkenal melalui wataknya sebagai Miles ketika kecil dalam filem popular Baby Driver (2017).
Hudson meninggal dunia pada 21 Disember 2024 selepas terjatuh daripada sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Vestavia Hills, Alabama.
Berita kematiannya disahkan oleh keluarga melalui akaun Instagram rasmi Hudson. Dalam kenyataan tersebut, keluarganya menulis, “Hati kami hancur untuk berkongsi bahawa Hudson Meek telah pulang ke pangkuan Jesus malam ini.
“Kehidupan 16 tahunnya di dunia ini mungkin singkat, tetapi dia telah mencapai banyak perkara dan memberikan impak yang mendalam kepada semua yang mengenalinya.”
Menurut pihak berkuasa tempatan, siasatan berhubung insiden ini masih berjalan. Namun, tiada unsur jenayah yang dikesan setakat ini.
Merupakan pelajar di Sekolah Tinggi Vestavia Hills, Hudson dikenali sebagai seorang remaja berbakat dan aktif. Beliau menyertai pelbagai aktiviti seperti bola sepak, menyanyi dalam Honor Choir serta aktif dalam kerajaan pelajar.
Sebagai tanda penghormatan, keluarganya merancang untuk menubuhkan Biasiswa Memorial Hudson J. Meek, yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar di sekolahnya setiap tahun.
Upacara peringatan dijadualkan berlangsung pada 28 Disember 2024 di Dawson Memorial Baptist Church, dengan siaran langsung disediakan melalui Instagram Hudson serta halaman Facebook ibunya.
Imbas kembali perjalanan kerjayanya sebagai seorang pelakon, selain terkenal melakonkan watak Miles (lakonan Ansel Elgort) ketika kecil dalam filem Baby Driver. Hudson turut membintangi naskhah lain seperti MacGuyver, Legacies, The Santa Con, Found dan The School Duel.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laporan tersebut, Ummi turut memaklumkan drama tersebut bukan sahaja telah mencetuskan fenomena di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
Ummi dilihat tenang dan anggun mengenakan blazer berwarna coklat terang saat menjalankan tugas selaku pembaca berita.
Klip berita tersebut turut dikongsikan di seluruh platform media sosial, Astro Awani.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kemunculan tersebut selain turut memuji usaha Ummi yang tidak kelihatan kekok saat membacakan berita.
“Wah, mantap Ummi Nazeera.
“Eh, Suri jadi pembaca berita.
“Lepas Falah dah tiada, Suri berhenti jadi cikgu. Tukar jadi pembaca berita pula sebab nak move on.
“Aku stop scrolling dan tengok video Awani ni. Kenapa cantik sangat pembaca berita. Rupanya Ummi Nazeera.
“Ingatkan pembaca berita Awani tadi. Rupanya Ummi Nazeera. Superb la. Ada bakat jadi pembaca berita,” antara komen-komen netizen.
Selepas bersiaran selama 35 episod, episod terakhir Andai Tiada Dia bakal ditayangkan malam ini di saluran Astro Ria, jam 10 malam.
Selain Ummi, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Mimi Lana, Alicia Amin dan Zahiril Adzim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Astro Awani & Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.