
Chef terkemuka, Datuk Redzuawan bin Ismail atau Chef Wan menerusi laman Instagram memaklumkan bekas isterinya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Jelasnya majlis pengkebumian akan dijalankan esok.
“Dengan rasa dukacitanya saya ingin memberitahu bahawa my x wife had just passed away di Hospital Ampang.
“Am making all the necessary arra ngement for the funeral esok and will inform all my relatives later.
Alfatihah,” kongsinya.
Serina turut memaklumkan berita duka itu dan menjelaskan ibunya meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.
“Assalamualaikum, Serina nak maklumkan Ibu saya Hajah Norhayate Binti Ayub telah meninggal dunia hari ini di Hospital Ampang, kerana komplikasi buah pinggang dan jantung.
“Mohon keluarga,sahabat semua sedekahkan Al fatihah & yasin kepada Arwah Mama. Allahuakhbar.
“Inallihiwainarojiun
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا ۞
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga firdausi sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluargaku semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” kongsinya.
Chef Wan melangsungkan perkahwinan dengan Norhayati Ayub pada 1982 dan mengambil keputusan bercerai selepas tiga tahun bersama.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua anak, Mohd Nadzri dan Serina.
Foto : Instagram Chef Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Pelakon dan model, Josiah Hogan awal hari ini ada memuat naik foto isterinya, Nurul Hidayu Noordin yang mengenakan topeng muka, menjalankan tugas sebagai jururawat.
Sedang sarat hamil anak ketiga mereka, Josiah menerusi ruangan kapsyen di Instagram ada menyatakan rasa kagum atas servis yang diberikan oleh pekerja sektor awam.
Apatah lagi, ketika negara sedang berdepan krisis Covid-19.
“Isteri saya sedang mengandung dan masih di luar sana menjalankan tugas sebagai jururawat untuk merawat pesakit.
“Mungkin ramai tak nampak bagaimana jururawat, doktor, polis dan lain-lainnya yang terpaksa berdepan dengan orang awam di negara ini.
“Kagum dengan mereka yang masih bekerja dalam situasi COVID-19,” tulis aktor Mimpi Sabrina ini.
A post shared by Josiah Hogan (@josiahhogan) on
Josiah atau nama Islamnya, Mohamad Musleh mendirikan rumah tangga bersama Hidayu kira-kira tujuh tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata.
Bagaimanapun hasil perkahwinan terdahulu, bintang ini memiliki seorang anak lelaki, Irvine yang kini mencecah usia 13 tahun.
Foto: Instagram Josiah Hogan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pernah memperolehi keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), peserta Hero Remaja 2020, Jabir Meftah mendedahkan dia mempunyai cara sendiri dalam mencapai sukses, meski tidak mengikuti kelas tuisyen dan sebagainya.
Sambi merakamkan rasa syukur, remaja ini menerusi laman Twitter berkongsikan pengalaman.
“Alhamdulillah dengan izinNya I got 9A’s for my SPM Here’s a thread on how I managed to get good grades even though I never went to tuitions, was active in sports and barely studied for my exams.
“I’m not gifted, cara ni berkesan sampai ke university,” tulisnya.
Apa pun, Jabir percaya apa yang berlaku juga merupakan ketentuan dari Yang Maha Esa.
“I start I want you to digest ni dalam2, read every word and hadam betul2. Engrave it in your mind. You, my brothers and sisters are EXACTLY where god wants you to be right now.
“It’s all part of his PERFECTLY divine plan. Remember who’s the giver.
“Remember semuanya dah diplan so there’s no reason to stress out on grades atau apa2 Just give your best and the rest leave it to him! Now let’s get into the technicals,” jelas Jabir.
Jadi ini dia cara yang dilakukan Jabir dalam hal berkaitan dengan pengajiannya;
FIRST IMPRESSION
“Kita selalu dngr dri seniors yang subject ni susah lah subject tu susah lah and lain2 kan. Lepas dengar kita akan rasa apa? Rasa down. And akan hilang semangat utk score dlm subject tersebut sebab rasa takpe untuk fail.
“Bende ni paling bahaya sekali sbb dia akan jatuhkan morale kita SEBELUM start belajar lgi. So cmna nak overcome masalah ni? Krng angguk je bila ada senior kata subject ni susah (lagi2 kalau tak kenal senior tu) and anggap drng tak pandai.
“Letak ego sikit dalam diri kita yg cakap “oh dia tak pandai maybe sbb pemalas or bnyk main” and cakap dkt diri sendiri “aku special and aku boleh buat.” Tapi kalau senior tu memang verified pandai and dia cakap susah krng boleh ambil precautions utk hati2 time ambil subject tu.
“Biasanya senior yng score ni akan cakap senang je subject tu sebab dia tau weightage yang ada dalam first impression sebelum belajar satu subject tu. Ok contoh false first impression yg Jabir experience sendiri is Biology form 4, dulu ada srng senior ckp oh Biology susah, kau akan fail.
“Sebab impression salah ni Jabir terus down and study ala kadar je. Guess what jadi in first few test biology? Jabir nyawa2 ikan je atas garisan fail. One day cikgu suruh baca satu passage dri buku Biology ms60-an tak silap and masa tu lepas baca, Cikgu Imelda suruh explain balik apa yg Jabir faham, and Jabir dapat explain dengan clear.
“Masa tu baru sedar biology tak susah kalau baca and since then selalu score subject tu. Contoh lain yang famous is addmaths, subject senang gila senanya tpi sebab senior kita yg tak berapa bijak curse kita dgn impression salah, kita terus down sebelum start belajar lagi! Ok skrng yall dah ada semangat yg membara utk start study!! It’s all in your mindset
RESPECT
“First impression settle skrng masalah students dgn lecturer/cikgu. Ramai student ambil remeh bab ni, padahal ni paling penting sekali!!!
“Dalam menuntut ilmu ini paling penting Semua orng berjaya semua ulama, scholars and sebagainya selalu emphasise bende sama which is? Hormat guru kita. Tak kira lah macam mana orng dia ke, miskin ke, kaya ke, perangai cam barai gila ke, bosan nak mampus ke. Korang kene hormat dia.
“Kenapa? Sebab dia ada ilmu yang kita nak. Selalu dengar kawan complain cikgu ni bosan la cakap slow la apa la. Kawan2 yang complain tu cuba tngk coursework drng, semua ke laut. Dari bazir masa complain lebih baik focus dalam kelas,tahan semua perasaan tidak puas hati and hadap je kerenah guru kita.
“Maybe cikgu tu bosan. Tapi cuba fikir balik apa sebab dia bosan? Sebab bende dia ajar tu semua bende basic gila utk dia. Ok tu kekurangan dia, so cmna nak atasi? Cari kelebihan dia. Maybe dia bosan bila mengajar tapi kalau kita tanya soalan, dia boleh jawab and bagi kita faham sampai bende yg luar syllabus.
“So yeah tak kira apa jdi hormat cikgu and dengar setiap perkataan yg dia cakap dalam kelas, kalau krng buat cmni, secara tidak langsung krng akan jadi salah satu warga ‘gifted’ yang tak pernah study utk exam tapi selalu top scorer and dapat A+ So ingat!! Focus dalam kelas and hormat cikgu.
MAINTAIN YOUR RESULT
“Ok skrng krng dah jadi budak gifted yang tak study tapi score exam, skrng macam mana nak maintain score krng tu? Ok utk maintain krng kene cari scorer yang lain, yang score lagi tinggi and compete dgn dia. Setiap exam bandingkan kertas exam.
Alhamdulillah dengan izinNya I got 9A’s for my SPM
Here’s a thread on how I managed to get good grades even though I never went to tuitions, was active in sports and barely studied for my exams
I’m not gifted, cara ni berkesan sampai ke university: pic.twitter.com/sK4ACIhf6b
— J (@JabirMfth) March 5, 2020
Foto: Instagram Jabir Meftah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Covid-19 Tersebar Melalui Udara?” – Dr Say Jelaskan Sangat Penting Jaga Jarak, Virus Tersebar Menerusi…

Tular di laman sosial apabila virus Covid-19 dikatakan boleh tersebar melalui udara, dan persoalan ini ada dijelaskan doktor viral dan hos, Dr Say Shazril menerusi satu perkongsian video dari World Health Organisation.
Menerusi perjelasan dari WHO, virus itu tersebar menerusi titisan pernafasan yang melekat di permukaan dan atas sebab itu setiap individu dinasihatkan menjaga jarak antara satu hingga dua meter.
Jelas Dr Say, Covid-19 tersebar melalui udara hanya kepada kakitangan perubatan yang terpaksa melakukan intubasi buat pesakit Covid-19 kerana terdedah secara langsung kepada faktor yang disebutkan tadi.
“Topik : COVID-19 TERSEBAR MELALUI UDARA?
First of all sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana hari ini Dewan Bandaraya & Majlis Perbandaran telah menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian mask di supermarket. Pihak atasan dengar rintihan & suara kita peeps, syukur Alhamdullilah. Terima kasih juga @kementeriankesihatanmalaysia atas tindakan yg cukup pantas & cekap.
“Merujuk kepada topik arini, sy ada dapat beberapa dm berbunyi “doc, tau tak COVID-19 ni boleh tersebar melalui udara? Tak ke bahaya kalau kita tersedut udara yg ada virus ni?”.
“Well peeps, COVID-19 hanya boleh tersebar melalui udara kepada medical frontliners kita apabila mereka ingin melakukan prosedur2 invasive seperti intubasi. Atas sebab ini lah kenapa kita nampak mereka pakai suit tebal macam astronaut beserta penutup mata,” jelasnya.
Malah atas sebab itu, doktor itu turut menyarankan agar netizen menjaga jarak sehingga satu meter setiap kali bertemu individu lain.
Malah dia turut menasihati ramai agar kerap mencuci tangan.
“Senang kata kepada rakyat jelata CARA PALING UTAMA COVID-19 ni merebak adalah melalui titisan pernafasan (respiratory droplets) daripada batuk/ bersin mereka2 yg dijangkiti. Sebab itulah TERSANGAT PENTING kita menjaga jarak antara satu sama lain sebab virus in boleh merebak sehingga 1 meter.
“Lepas tu mesti korang nak tanya “virus ni boleh hidup pada permukaan, betul ke doc?”. Jawapannya ya akan tetapi ini bukanlah CARA UTAMA COVID-19 merebak. Atas sebab inilah juga TERSANGAT PENTING untuk kita kerap mencuci tangan.
“Semua benda yg disarankan ada tujuannya peeps. Takdelah KKM, WHO suruh kita laksanakan semua ni tanpa sebab. Betapa indahnya ilmu, bila kita tahu kenapa kita perlu menjarakkan diri, kenapa kita perlu kerap cuci tangan barulah kita mahu melakukannya dengan jitu.
“Walaupun sy tiada kepakaran dalam bidang ini tapi sekiranya sy berjaya menjawab persoalan yg bermain di pemikiran korang, cukup membahagiakan sy dah. #schoolingbysay,” jelasnya panjang lebar.
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Foto : Instagram Dr Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

