“Be Strong Mommy, Aboy Love You,” – Kak Ton ‘Operation’, Harris Annuar Mohon Doa Ibu Lekas Sembuh

Share

Pelakon Harris Annuar memaklumkan ibunya yang juga merupakan usahawan terkenal, Zaiton Hassan kini sedang dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.

Lantaran itu, Harris memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar proses pembedahan tersebut dapat berjalan lancar dan ibunya dapat kembali pulih seperti sedia kala.

“Doakan kesihatan ibu saya ye. Harini mummy terpaksa operate demi kesihatan mummy.

“Sedih sebab Aboy tak dapat nak teman mummy hingga ke operation theatre sebab shooting.

“Thank you kakya temankan mummy! @nadiaannuar !Be strong mummy @lagendakakton aboy loves you! Cepat cepat sihat ye mummy,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang kelahiran program realiti Hero Remaja 2017 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada Rabu.

Bagaimanapun, Harris tidak mengulas lanjut mengenai penyakit ibunya itu.

Sementara itu, kakak kepada Harris yang juga merupakan pengacara, Nadia Annuar memberitahu, pembedahan tersebut terpaksa dijalankan bagi mengurangkan rasa sakit yang yang ditanggung ibunya ketika ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Harris.

“Semoga mommy cepat sembuh dan kembali kuat balik untuk bajagiakan Aboy.

“InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

“Banyakkan bersabar ye Harris. Kuat untuk mommy.

“Semoga dikurniakan syifa kesihatan buatnya,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Umum mengetahui, hubungan Harris bersama ibunya itu sememangnya amat rapat dan mereka juga sering berkongsi telatah lucu anak beranak di media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Harris Annuar & Nadia Annuar

IKLAN