Tahniah diucapkan buat penyanyi Aina Abdul yang dinobatkan sebagai juara idol di program Vokal Mania final malam tadi.
Selama sembilan minggu bersaing, bintang tang kini popular menerusi lagu Semalammenewaskan barisan idol lainnya iaitu Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok.
Berkongsi mengenai kemenangannya itu, Aina akui ada beberapa perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang penglibatannya di dalam Vokal Mania.
“Sejujurnya, ada dua perkara yang tak boleh saya lupakan sepanjang menyertai Vokal Mania. Pertama, ketika saya terpaksa membuat persembahan live dari rumah kerana menjalani proses kuarantin.
“Ketika itu, band yang saya tampilkan bersama di rumah mendapat kritikan dan dipanggil sebagai band orang kahwin. Saya menghormati pandangan terbabit tapi jauh di dasar hati, saya rasa terkilan kerana kami meletakkan sepenuh usaha di minggu tersebut.
Ads
“Disebabkan itu, saya menampilkan orang yang sama, band yang sama di pentas akhir Vokal Mania mengiringi saya di persembahan solo menyampaikan lagu Shadow dan I Surrender.
“Kedua, sewaktu saya menyanyikan lagu Reflection di minggu kelima. Ketika itu, saya menghadapi masalah dengan monitor di telinga (in-ear monitor) atas kesilapan teknikal.
“Waktu saya sedang menyanyi, saya mendengar suara orang bersembang di in-ear monitor dan akhirnya saya hilang fokus.
Ads
“Kesalahan itu saya letakkan kepada diri saya sendiri kerana tidak memberikan sepenuh tumpuan terhadap nyanyian.
“Saya belajar dari insiden terbabit dan selepas itu, saya tak boleh berharap 100 peratus terhadap monitor dan harus memberikan fokus terhadap persembahan,” katanya seperi yang dipetik Tonton Xtra.
Pada masa sama, kemenangan tersebut juga menjadi penutup manis dalam kerjaya seninya tahun ini.
“Tak terungkap penghargaan dan rasa berterima kasih saya kepada semua pihak. Saya amat hargai usaha keras team saya, tenaga produksi, pihak TV3 dan terutama sekali kepada penyokong saya, Ainations yang memberi aura positif setiap hari.
Ads
“Saya anggap kemenangan ini sebagai penutup manis bagi tahun 2020 dan berharap tahun 2021 akan lebih bersinar,” katanya lagi.
Selepas berjaya dinobatkan sebagai juara, Aina meraih hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi Vokal Mania.
Sementara Sharifa Aisha Retno pula diumumkan sebagai juara Rookie Vokal Mania untuk musim pertama sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi.
Sumber, Foto : Xtra Tonton, Instagram TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ikmal Amry telah selamat bergelar suami kepada pilihan hati, Najla Shamsul menerusi sebuah majlis ringkas yang dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai pada Sabtu.
Lantaran itu, menerusi perkongsian di laman Twitter, Ikmal ada memuat naik sebuah video memaparkan dia dan isteri telah selesai menunaikan solat jemaah bersama buat pertama kali sebagai suami isteri.
“Eh dah ada makmum, Assalamualaikum. Selamat menjadi isteri yang baik eh,” katanya.
Bersama video berkenaan, Ikmal turut menitipkan ucapan bahawa dia akan mencintai isterinya itu sampai ke hujung nyawa.
Video berdurasi hampir 15 saat itu kemudiannya tular selepas meraih hampir 40,000 tanda suka dan turut dihujani ratusan komen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah romantis pasang tersebut selain turut mendoakan semoga Ikmal dan Najla akan kekal bahagia hingga ke jannah.
Terdahulu, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali telah menyerahkan mas kahwih berjumlah RM300, wang hantaran RM15,000 berserta tujuh dulang hantaran.
Manakala, pihak pengantin perempuan pula membalas pemberian dengan sembilan dulang hantaran.
Majlis akad nikah disempurnakan bapa pengantin perempuan, Shamsul Kamar di kediamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Sumber: Instagram Ikmal Amry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama penyanyi, Lan Solo yang sebelum ini jarang dikatkan dengan dengan cerita sensasi tiba-tiba menjadi perhatian apabila aksi mesranya bersama bakat baharu yang dikenali sebagai Zetty Rashid mulai diperkatakan.
Perkara tersebut berpunca daripada tindakan spontan keduanya yang berpelukan sejurus saingan program Vokal Mania, Sabtu lalu hingga mendapat reaksi pelbagai netizen.
Menurut Lan, aksi dia memeluk gadis terbabit berlaku secara spontan kerana terkejut dengan kemantapan vokal dan persembahan penyanyi itu yang didakwa sebagai adiknya.
Terdahulu dalam saingan minggu keenam Vokal Mania itu, Zetty sebagai ‘rookie’ menewaskan Lan yang juga ‘idol’ dalam persembahan ‘battle’.
Lan menerusi laporan Harian Metro menjelaskan, dia yang selama ini dianggap sebgai ‘idol’ unggul pada setiap minggu di pentas Vokal Mania akhirnya tumpas di tangan ‘rookie’ seperti Zetty. Namun, dia akur dengan kekalahan tersebut.
“Apapun selama bergelar artis sejak 1999, rasanya saya memang tak pernah ada cerita peluk wanita di pentas persembahan. Jadi, bila saya secara spontan memeluk Zetty, pasti kami ada pertalian.
“Lagipun isteri saya, Sheila ada bersama di program itu. Jadi, takkan saya nak buat perkara kurang manis di hadapannya. Bagi saya, tak ada apa nak disensasikan,” katanya seperti yang dipetik.
Menurutnya lagi, dia lebih selesa memilih tidak berbicara terlalu terbuka berbicara mengenai hubumgan keluarga antara mereka.
Katanya, cukup sekadar orang mengetahui bahawa dia adalah abang, sementara Zetty pula adik.
“Apa yang saya harapkan dan minta kepada netizen supaya menghormati privasi kami. Tidak perlu saya bercerita secara terperinci mengenai hubungan kekeluargaan kami.
“Saya tahu sikap netizen di media sosial yang suka menggali hingga dasar untuk tahu cerita sebenar. Tapi, saya minta hormati peribadi keluarga kami,” katanya.
Hubungan ‘adik-beradik’ antara Lan dan Zetty lebih dahulu diperjelaskan wanita itu selepas baru-baru ini kepada media apabila ditegur netizen yang menyifatkan tindakan mereka sebagai kurang manis.
Program Vokal Mania yang bersiaran di TV3, jam 9.00 malam setiap Sabtu.
Foto: Instagram Lan Solo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang juga bintang program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Linda Nanuwil telah memaklumkan akaun Instagram miliknya telah digodam individu yang tidak bertanggungjawab.
Linda berkongsi berita tersebut bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram yang baharu.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun ini meluahkan rasa sedih dan marah mengenai insiden tersebut.
“Panic and stressed bila account lama ( lindananuwil ) kena hacked! Nak masuk minggu semi final & mara ke final macam2 benda berlaku.
“Marah, geram and nak nangis pon ada .. tapi it’s ok la.. pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini .. bersabar saja .. let’s start fresh and move forward!!,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Linda antara 7 peserta yang telah berjaya mara ke pentas akhir GV7 pada Ahad hadapan.
GV7 diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiaran langsung di Astro Ria.
Foto: Instagram Linda Nanuwil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...