Masing-masing di dalam perhubungan, pelakon dan model, Nia Atasha tidak menafikan dia ada berbincang mengenai masa depan hubungannya dengan kekasihnya, yang juga pelakon, Sky Iskandar.
Bagaimanapun Nia menjelaskan mereka kini masing-masing sepakat untuk terlebih dahulu memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya.
Fokus Kerjaya Dulu
“Kita perlahan-lahan untuk ke arah itu, akan tetapi buat masa sekarang tiada apa yang boleh kami janjikan lagi. Cuma sudah tentu kami ada berbincang mengenainya.
“Sebab bila kita menjalinkan sesebuah perhubungan, sudah pasti kita sasarkan hala tuju tertentu (fasa lebih serius).
“Cumanya setakat ini, saya dan Sky memilih untuk fokus pada kerjaya terlebih dulu memandangkan ia berjalan dengan baik sekarang. Fokus pada kerja dulu dan kita tengok macam mana pergi dia,” katanya kepada MH.
Nia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Gala Filem Soloz: Game Of Life arahan Syafiq Yusof, di The Starling, baru-baru ini.
Ads
Dominasi Pelakon Lelaki
Berkongsi mengenai penglibatannya di dalam filem tersebut, Nia akui teruja berpeluang berlakon dalam filem arahan Syafiq Yusof itu.
Malah dia juga tidak kekok untuk membintangi naskhah terbabit meski dikelilingi pelakon yang kesemuanya lelaki. Tambahan lagi kebanyakannya juga ialah rakan saya di luar set lakonan.
“Bila dapat tahu saya ada peluang untuk hadiri uji bakat berlakon di dalam filem itu, saya memang mahu buat sehabis baik sebab pengarahnya ialah Syafiq Yusof. Ini kali pertama kami bekerja sama.
Ads
“Rasa teruja sebab saya dapat memahami caranya bekerja sepanjang penggambaran juga adalah sesuatu yang baharu. Setiap pengarah pasti akan ada stail yang tersendiri dan bagi saya dia seorang yang sangat ditil,” katanya lagi.
Sukses Soloz
Selain Nia, filem ini turut dibarisi oleh Hun Haqeem, Ikmal Amry, Jaa Suzuran, Hafeez Mikail, Imran Aqil, Syafie Naswip, Wafiy A’an, Noki K-Clique dan ramai lagi.
Solo: Game Of Life menggambarkan perjalanan dan kesungguhan Soloz dalam dunia Esukan, sebagai antara pemain profesional terawal Mobile Legends: Bang Bang dari Malaysia.
Ads
Populariti Soloz melonjak bukan hanya kerana bakatnya, tetapi juga kerana menjadi pelopor dalam permainan ini sejak dilancarkan oleh Moonton pada September 2016.
Kejayaannya memuncak ketika Soloz berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan SEA Filipina 2019 dan berjaya merangkul pingat gangsa.
Soloz turut menerima penghargaan terhadap sumbangannya dalam E-sukan di negara ini apabila dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) pada Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-74, Januari 2022.
Soloz: Game Of Life ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Semoga pertunangan ini menjadi asas kepada sebuah kehidupan yang penuh dengan gelak tawa, kenangan yang tidak berkesudahan, dan hubungan yang paling mendalam.
“Ini untuk masa depan yang secerah dan secantik cinta kita untuk satu sama lain,” coretnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti tumpang gembira dengan pengumuman yang dikongsikan sekaligus menitipkan doa serta ucapan tahniah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan serantau dikejutkan dengan pemergian penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa, yang meninggal dunia pada Isnin, 27 Januari 2025. Penyanyi bersuara emas ini dikenali dengan deretan lagu hits yang kekal di hati peminat sejak era 1970-an.
Berita sedih ini diumumkan oleh pemerhati muzik terkenal, Stanley Tulung, menerusi laman Instagram miliknya.
“Innalillahi wainnailaihi rojiun. Selamat jalan Legenda Muzik Indonesia, Emilia Contessa. Semoga perjalananmu menuju keabadian yang sejati dipermudahkan,” tulis Stanley dalam ucapan penuh emosi.
Pemilik nama sebenar Nur Indah Citra Sukma Munsyi ini mula menceburi industri seni sebagai penyanyi dengan nama pentas Emilia Hasan sebelum menukar nama kepada Emilia Contessa.
Nama baharunya itu terus melonjakkan karier beliau, hingga menjadi antara penyanyi paling popular pada zamannya.
Beberapa lagu malar segar seperti Flamboyan, Layu Sebelum Berkembang, Biarlah Sendiri, Penasaran dan Angin Malam menjadikan Emilia ikon muzik yang sukar ditandingi.
Penampilan Emilia yang memukau turut mendapat perhatian antarabangsa apabila majalah Asia Week menggelarnya sebagai “Singa Pentas Asia”.
Tidak hanya cemerlang dalam muzik, Emilia juga berbakat dalam bidang lakonan. Beberapa filem popular yang dibintanginya termasuk Brandal-Brandal Metropolitan (1971), Ratapan Anak Tiri (1973), dan Calon Sarjana (1974).
Dalam laporan media tempatan Indonesia, Emilia dimasukkan ke hospital pada waktu tengah hari Isnin selepas mengadu sesak nafas.
Pakar jantung yang merawatnya, Dr. Nelly Mulyaningsih, mendapati beliau mengalami kegagalan jantung akut dan telah memberikan rawatan kecemasan. Walaupun keadaan dirinya kemudian stabil, Emilia tidak dapat diselamatkan ketika proses pemindahan ke ICU.
Pemergian Emilia Contessa pastinya meninggalkan kesan yang mendalam buat peminat dan industri hiburan. Legenda ini akan terus dikenang sebagai ikon muzik yang suaranya masih segar di ingatan pencinta seni.
Emilia memiliki empat orang cahaya mata dari tiga perkahwinan berbeza. Salah seorang anaknya, Denada Elizabeth Anggia Ayu Tambunan, mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Arrora Salwa diumumkan sebagai bintang yang tersingkir pada minggu kelapan saingan program realiti, Gegar Vaganza 11 (GV11), malam tadi selepas berada di kedudukan paling corot iaitu hanya 55.20%.
Arrora yang menyampaikan lagu Siti Nordiana, Cinta Hanya Sandaran gagal memikat hati para juri meski sudah cuba melakukan yang terbaik.
Sementara itu, kumpulan The Lima buat pertama kali berjaya menjuarai persembahan di minggu ini menerusi lagu Aku Bukan Untukmu nyanyi Rossa apabila mencapai markah sebanyak 74.40%.
Berada di ranking kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Liza Aziz dengan 74.00% dan Ning Baizura 73.60%.
Ini dia barisan markah yang diperolehi semua bintang yang masih kekal di dalam saingan;
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad manakala Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan bintang senior Indonesia, Hetty Koes Endang bertindak ssbagai juri profesional.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...