“Bawa Baem Pergi Buat Ujian…,” – Selepas Qadejah, Shahida Dedah Anak Ketiganya Turut Ada Sindrom Disleksia

Share

Isteri kepada usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Ser Nur Shahida mendedahkan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau lebih sinonim disapa Baem disahkan mempunyai Disleksia.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini selepas membawa kanak-kanak itu menjalani ujian berkenaan.

“Dating dgn anak bujang hari ni…sebenarnya bawa baem g buat ujian disleksia…..lepas buat test comfirm la ada disleksia sama mcm qadejah.

“Bulan depan masuk sekolah baru la baem ya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, wargamaya memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada lima cahaya mata ini selain turut berkongsikan pengetahuan dan pengalaman masing-masing terhadap anak yang mengalami masalah tersebut.

Shahida sebelum ini pernah mendedahkan hal sama turut dikesan terhadap anak perempuannya, Qadejah El Zahra yang mewarisi sindrom berkenaan daripada bapanya.

Terdahulu, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007.

Pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiya serta turut menjaga seorang anak angkat, Ameena.

Foto: Instagram Shahida

IKLAN