
Penyampai radio, Feeya Iskandar mendedahkan proses kehamilan anak ketiganya ini disifatkan sebagai yang paling mudah kerana dia tidak mengalami sebarang alahan yang bukan-bukan setakat ini.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram, Feeya memberi tahu, satu perkara pelik yang terjadi kepada dirinya ketika ini adalah dia amat suka menghidu bau sabun.
“Paling tak banyak songeh pregnant nombor tiga ni. Takde alahan takde mengidam.
“Yang ada ni lah, suka bau sabun. Baik sabun mandi. Sabun basuh pinggan. Sting aku yahooo,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan agar proses hamil dan melahirkan nanti akan dipermudahkan.
Malah, mereka turut mengusik dengan menyatakan ibu kepada dua orang anak itu bakal dikurniakn cahaya mata perempuan.

Terdahulu, Untuk Feeya telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Nurashid Abd Wahab pada 6 Mei 2015.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 5 tahun dan Nuh Aryan yang kini bakal memasuki usia 3 tahun.
Sumber: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pandu 152KM Ke Sekolah Tiap Hari, Isteri Ajak Masuk Hospital Sebab Sakit Tulang Belakang

Pelawak dan penyampai radio, Ajak akui terkilan apabila permohonan isterinya, Nur Afifah untuk berpindah ke sekolah yang lebih dekat telah ditolak hampir lima kali.
Susulan itu, Ajak atau nama sebenarnya Hanaffi Razak memaklumkan isteri kini sedang menerima rawatan di hospital akibat masalah tulang belakang dan salah satu puncanya adalah disebab memandu terlalu lama.
“Tolong doakan bidadari saya ni sambil dengar luahan hati Suami Cikgu. Dia sakit tulang belakang, MRI pagi tadi doktor nasihat jangan drive lama.
“Sekarang ini, jarak dia ke sekolah mengajar 152km pergi dan balik. Mohon pindah dah dua tahun lebih. Lebih 5 kali permohonan ditolak.
“Entahlah, kena pakai cable agaknya ek baru dapat. Kita adjust suruh berhenti sahaja kalau payah sangat tapi dia tak nak,” tulisnya.
Kisah itu dimaklumkan sendiri oleh penyampai radio Suria FM itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Jelas Ajak lagi, dia juga pernah mencadangkan agar isterinya itu berhenti berkhidmat sebagai guru namun, isterinya menolak.
“Kesiankan anak murid dia. Yelah tapi kalau mohon kalini tak dapat juga, awak berhentilah ibu. Percaya rezeki Allah.
“Lepas ni kalau sakit mc sahaja. Kalau tak larat bawak kereta berhenti je rehat tepi jalan. Kalau datang lambat ke sekolah, biar je diorang ambil tindakan.
“Yang penting jaga kesihatan. Badan awak tu saya nak pakai lama,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Ajak turut mendoakan agar urusan para guru yang sedang memohon untuk berpindah akan sentiasa dipermudahkan.
“Saya percaya ramai lagi guru yang ada masalah mohon pindah ni. Alasan ikut suami pun dia tak pandang. Kena bagi alasan ikut boyfriend baru dia lepas kot naa.
“Saya doakan guru yang dah bertahun-tahun mohon pindah dipermudahkan urusan korang semua. Ni pengalaman saya tau, ada yang lagi dahsyat,” akhirinya.

Sekadar informasi , Ajak dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 Jun 2009.
Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aaisyah Beli 10 Barang Di Uptown Sempena Hari Jadi, Netizen Puji Zain Saidin Steady! – “Anak Jutawan Pun Relaks Ja…”

Pelakon Zain Saidin mengambil inisiatif dengan membawa anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana untuk membeli belah di Uptown Kota Damansara bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-10 tahun.
Menerusi hantaran yang dimuat naik suami kepada aktres Rozita Che Wan itu menerusi TikTok, Aaisyah boleh membeli 10 jenis barang yang dimahukan.
“Kita dah dekat Kota Dame, Uptown. Ini kali pertama Aaisyah datang sini, dia tak pernah datang Uptown.
“Saya nak tunjuk uptown ada apa dan dia boleh beli 10 barang bersempena dengan hari jadinya yang ke-10,” kata Zain.

Hanya jalan berdua ke lokasi tersebut, Aaisyah dilihat membeli beberapa item seperti dua barang solek, kipas minj, casing telefon dan topi.
“Alhamdulillah siap dah 10 barang untuk Aaisyah, hari jadi yang ke-10. Bila dekat Uptown tau, kita support lokal,” katanya.
Aaisyah yang sempat mengucapkan selamat hari jadi kepada dirinya sendiri sambil berterima kasih kepada bapanya.
Meninjau ke ruangan komen, warganet rata-rata memuji Zain yang memilih untuk membawa anaknya merasai pengalaman membeli belah di lokasi berkenaan yang secara tidak langsung dapat membantu peniaga tempatan.

“Barang yang Aaisyah pilih a bit unexpected. Ingatkan akan pilih semua yang girly stuff.”
“Kenapa kalau dengan daddy, dia behave gila.”
“Wow uptown je. Bagus ajar anak bersederhana. Terbaik.”
“Dengan mak dia habis bawak pergi Sephora.”
“Anak jutawan pun relaks ja shopping kat uptown. Yang b40 lak sanggup berhutang nak pakai barang branded.”
“Balik mesti mak dia bebel, hang beli apaq ni Aisyah.”
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun ditonton lebih sejuta kali menerusi TikTok dan disusuli dengan ratusan komen warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bawa Watak Suami Penyabar & Kerap Dibuli, ‘Dia Imamku’ Beri Impak Tersendiri Dalam Hidup Kamal Adli

Membawakan watak sebagai suami yang sering dibuli dan penyabar di dalam drama terbaharu, ‘Dia Imamku’, pelakon Kamal Adli menyifatkan peranan yang dibawa memberikan impak besar dalam kehidupan realitinya.
Menurut Kamal, segala nilai murni yang ditunjukkan menerusi watak tersebut akan cuba dipraktikkannya di dalam kehidupan sehariannya sebagai seorang suami dan bapa.

“Selama enam bulan saya memegang watak Amir, ternyata ia memberi kesan di dalam hidup saya. Boleh dikatakan Akir ini mendidik saya untuk menjadi suami yang lebih sabar.
“Saya tak perlu ‘buang’ watak ini dalam kehidupan saya sekarang kerana ia sangat baik. Saya akan simpan dalam memori sampai bila-bila.
“Boleh kata watak itu sudah saya ‘serap’. Mungkin isteri saya akan rasa beruntung nanti,” katanya kepada MH.
Suami kepada pelakon Uqasha Senrose itu berkata sedemikian ketika ditemui pada Sidang Media Kempen Ramadan Raya Astro di The Ground, Petaling Jaya pada Khamis.
Banyak Terlepas Momen Bersama Keluarga & Anak
Sementara itu, Kamal mengakui dia terlalu komited untuk membawakan watak Amir sehingga kurang luang waktu bersama keluarga.

“Selama enam bulan ini, saya banyak terlepas mome istimewa bersama keluarga. Jadual kerja saya sangat padat. Bila saya balik, anak dan isteri pun dah tidur.
“Namun ada ketika, saya akan isi masa bersama anak sebentar sekiranya ada waktu dia terjaga.
“Sejujurnya memang penat. Saya habis shooting lebih kurang jam 12.00 malam. Bila pulang ke rumah, saya akan minta isteri berehat dan saya ambil alih jaga anak.
“Saya sedar, isteri pun penat seharian jaga anak. Jadi saya mahu momen bermakna itu sebab saya tak kisah penat kerana boleh berehat di set,” ujarnya lagi.
Kamal menambah, dia juga kini lebih mengerti perasaan isteri yang turut komited dalam menjaga si kecil.

“Bila saya sendiri yang jaga, baru saya tahu betapa susahnya Uqasha misalnya, dalam menjaga anak kami.
“Saya percaya kita yang shooting ini sudah rasa penat tapi menjaga anak ini sebenarnya lebih penat memandangkan ia bersifat tidak mententu.
“Macam contoh bila dia tidur, kita tak semestinya boleh tidur sekali. Bila terjaga, dia takkan nak tidur lagi. Jadi kita kena betul-betul fokus. Sebab itulah, saya semakin faham apa yang dilalui isteri,” katanya lagi.
Uqasha Tidak Pernah Mengeluh
Dalam pada itu, Kamal turut memuji pendirian Uqasha yang tidak pernah mengeluh walau menjaga anak seorang diri.
“Isteri saya tak pernah mengeluh penat. Cuma dia kata lagi seronok kalau dapat momen menjaga anak ini sama-sama. Saya faham apa yang dia rasa. Namun, saya perlu keluar bekerja.
“Sebab itu sekarang saya nak banyakkan momen-momen bersama isteri dan anak,” akhirinya.
Terdahulu, naskhah Dia Imamku adalah sebuah drama yang diadaptasi daripada karya terbaik novelis terkenal, Siti Rosmizah.
Selain Kamal, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Siti Saleha, Zara Zya, Imam Shah, Khatijah Tan dan ramai lagi.
Drama ini mula bersiaran pada 17 Feb, Isnin- Khamis 10 malam di Astro Ria, & Hanya Dengan Astro One & #sooka
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

