“Baru Nak Belajar Teknik Solekan…,” Tunku Rania, Si Gadis Tomboy Sertai Dewi Remaja, Mahu ‘Bertukar’ Jadi Feminin

Share

Finalis Dewi Remaja, Tunku Affierania atau mesra dengan nama Rania merupakan salah seorang finalis yang memiliki perwatakan seperti tomboy.

Namun, ia bukanlah penghalang buat gadis yang berasal dari Kuala Lumpur itu untuk sertai program sebegitu.

Rania ditemui selepas recording program Dewi Remaja berkata, dia sedar bahawa dia merupakan salah seorang peserta yang tomboy dan memiliki perwatakan seperti seorang boyish.

“Saya tahu saya paling tomboy dan macam boyish sikit, tapi saya masih ‘belajar’ untuk mendalami gerak-geri seroang perempuan dari segi berjalan, duduk, dan sebagainya,” kata Rania kepada MH.

Tambah Rania dia juga mula mempelajari untuk belajar teknik solekan yang betul dan tepat.

“Makeup tu penting juga untuk tingkatkan keyakinan diri dan rasa lebih bersemangat jumpa kawan-kawan dan orang ramai, tapi benda2 lasak pun perempuan boleh buat juga, jadi jangan pandang rendah pada perempuan secara luaran sahaja,” kata Rania yang merupakan anak tunggal dalam keluarga.

Meminati sukan lasak seperti futsal, bola padang , bola jaring dan skateboard, Rania juga seorang yang gemar mengenakan pakaian kasual dan santai sahaja.

“Saya jenis yang dah biasa main futsal pakai boots dan tak makeup, tapi sekarang ni saya kena pakai heels (kasut tumit tinggi) dan kena belajar cara jalan seperti girlish,” katanya berseloroh.

“Sekarang ni pun saya baru pandai serba sedikit mengenai dunia makeup dan berperwatakan girlish. Sebab saya seorang sports girl yang hanya keluar sempoi sahaja dan tak terlalu sarat dengan makeup,” katanya jujur.

Selain itu, tujuan dia menyertai program ini adalah untuk membuktikan kehebatan dan kuasa seorang wanita lasak.

“Saya masuk sebab saya nak tunjuk kat semua remaja di luar sana, mereka bukan sahaja boleh jadi cantik disebabkan solekan semata-mata, tetapi mereka boleh buat semua benda dan jadi versatile dari banyak aspek macam makeup, sukan dan melakukan aktiviti lasak,” kata gadis berusia 19 tahun itu.

Foto : Instagram Rania

IKLAN