“Baru Je Meninggal,” – Terima Komen Sahabat Di IG, Dapat Berita Arwah Dah Tiada Beberapa Jam Selepas Itu…Atiq Azman Tergamam!

Share

Baru sahaja memuat naik sepotong video pendek yang dirakamkan beberapa tahun lalu bersama sahabat, yang dikenali sebagai Izwan untuk dikongsi bersama peminat, pelakon drama Nur, Atiq Azman terkejut besar.

Kisahnya, rakan yang turut berlakon di dalam video tersebut dilapor sudah meninggal dunia, beberapa jam selepas arwah turut memberi reaksi terhadap video berkenaan.

ni aku buat ig baru dah ig anaizlovely tu problem,” reaksi arwah ketika hayat lalu turut disambut pelakon remaja itu.

Dalam komen pendek itu, kedua-dua sahabat ini sempat mengenang kembali waktu lakonan.

“Haa korang ni la dia yang kna tumbuk tu dushh hahah.

“hahahahha sakit dohh,” balas Izwan.

Namun tidak sampai beberapa jam, muncul pula rakan-rakan memaklumkan bahawa Izwan telahpun meninggal dunia.

“Yang pakai topi tu baru meninggal tadi. Excident.”

“Weh raja atiqullah, Izwan kan ni? Dia dah meninggal. Baru je.”

Tergamam dengan apa yang berlaku, jelas pelakon Nur ini, dia kehilangan kata-kata.

Atiq kemudian berkongsi pula gambar bersama allahyarham bersama luahan hatinya.

Malah dia turut menceritakan bagaimana allahyarham kemalangan.

Foto – Instagram Raja Atiqullah

IKLAN