Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi satu luahan daripada pengikut laman media sosial miliknya yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Di samping berkongsi puisi indah, Fedtri berharap agar semua yang terkesan akibat pandemik ini untuk terus cekal dan tabah mengharungi dugaan ini.
“Luahan salah seorang pengikut di laman sosial saya:
“Lain orang lain dugaan,
dunia berjuang mencari huraian
“Lain bidang lainlah cabaran,
ada yang ranap ada yang bertahan
“Baru hendak bernafas kembali,
perintah itu menguji rezeki
“Moga tidak rebah menyerah,
kerana ada Yang Maha Pemurah
“Curahkan rasa mengadulah jiwa,
tangis harapan seorang hamba #mco #2021 #covid19,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa sedih serta simpati terhadap perkara ini.
Sekadar informasi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.
PKP bakal berkuatkuasa selama 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.
Foto: Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Jalena Rejab tampil memberikan penjelasan mengenai drama terbitannya, Rahimah Tanpa Rahim (RTR) yang menerima reaksi pelbagai serta menjadi bahan gurauan ramai di media sosial.
Drama bersiri yang bersiaran di slot Akasia sejak 22 Januari lalu lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi dan Ezzaty Abdullah itu menjadi perhatian berikutan judulnya yang dikatakan tidak sesuai.
“Drama RTR ini dia mengisahkan mengenai kekeluargaan. Maknanya sisi yang ada dalam masyarakat kita, ada dalam drama tersebut.
“Cerita utamanya adalah kisah berkenaan dengan Rahimah, lakonan Puteri Aishah yang dibesarkan oleh ibu tiri tanpa diberikan kasih sayang. Jadi di situ wujudnya konflik dan ibu tiri turut mencemburuinya. Rahimah membesar tanpa kasih sayang yang sepenuhnya.
“Lalu muncul watak hero, Jauhar (Azlee Khairi). Kiranya Jauhar adalah penyelamat kepada Rahimah. Dari situ bermulanya konflik dan kemudian barulah timbul isu Rahimah ni sebenarnya dia tidak tahu, dia tidak mempunyai rahim,” jelasnya.
Jelena berkata demikian menerusi satu temu bual bersama program Melodi, Ahad lalu.
“Isu Rahimah tanpa rahim ini adalah sub-plot kepada cerita tersebut yang menjadikan satu isu oleh watak Nurul (Ezzaty Abdullah) yang menggunakan isu itu dengan memperlekeh dan mempersendakan kehidupan Rahimah.
“Kalau penonton nak tahu lanjut dengan situasi tajuknya yang sedemikian, kena tonton hingga kesudahannya 28 episod,” katanya lagi.
Drama RTR arahan Eoon Shuhaimi itu ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di TV3.
Pihak pengurusan Elizabeth Tan, Warner Music Malaysia menerusi satu kenyataan media menjelaskan penyanyi berkenaan memohon maaf atas berita perkahwinannya yang menjadi tular sejak awal hari ini.
Bintang berusia 28 tahun itu bagaimanapun memberitahu, dia memilih untuk tidak berkongsi berita mengenai perkara tersebut pada awalnya kerana ia adalah isu yang kecil.
“Lizzy memang plan nak announce pada semua bila Lizzy dah ready.
“Lizzy ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan Lizzy kerana pada Lizzy, ini adalah isu kecil sahaja,” katanya menerusi kenyataan terbabit.
Lizzy atau nama sebenarnya, Tan Su Meimemilih Siew Jim, 30, yang juga seorang ahli perniagaan sebagaisuaminya di sebuah gereja di Gombak, Kuala Lumpur.
Dia yang popular menerusi lagu Semua Sudah dan Polis Entry turut mengesahkan mengenai majlis yang telah berlangsung pada Sabtu.
“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.
“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja,” ujarnya lagi.
Menyifatkan perkahwinannya adalah satu hal yang privasi, dia sekali lagi memohon maaf kerana tidak berkongsi hal tersebut.
“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuk Lizzy. Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.
“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Lizzy masih Lizzy yang sama dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,” tambahnya.
Sementara itu, Warner Music Malaysia yang mewakili Elizabeth Tan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tak pernah jemu menyokong kerjaya penyanyi itu.
Terdahulu, media sosial kecoh memperkatakan mengenai foto penyanyi terbabit yang mengenakan gaun pengantin di laman sosial.
Malah, bapanya iaitu David Tan Suan Chew turut berkongsi foto dipercayai upacara perkahwinan anak perempuannya itu menerusi laman Facebook.
David memuat naik sekeping foto memperlihatkan penyanyi itu bersama seorang lelaki berada di hadapan paderi yang sedang membacakan ikrar perkahwinan.
Dalam hantaran tersebut, David turut menulis kapsyen memaklumkan Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, merupakan anak perempuan terakhirnya.
“Anak perempuan terakhir saya, Elizabeth,” tulisnya.
Meski tidak memberikan butiran lanjut mengenai majlis tersebut, namun tindakan Elizabeth memegang tangan lelaki berkenaan sekaligus menguatkan spekulasi pasangan itu kini sudah bergelar suami isteri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Minggu keempat program realiti, Kilauan Emas 2024 malam tadi menyaksikan hampir semua peserta mempamerkan kualiti vokal dan persembahan yang lebih menyakinkan.
Meski tiada penyingkiran dilakukan,...