Filem seram komedi arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2 berjaya mencatat sejarah baru apabila diangkat sebagai filem tempatan yang menerima jumlah kutipan paling tinggi pada hari pertama ditayangkan iaitu sebanyak RM1.8 juta.

Memasuki hari pertama filem itu ditayangkan, peminat filem tempatan berpendapat bahawa pelawak, Ropie Cecupak wajar diberikan penghargaan yang setimpal di atas kejayaannya melakonkan watak ‘Nayan’ dengan baik.

Tambah pengguna Twitter tersebut, Ropie memiliki bakat yang sangat luar biasa tetapi bakatnya kadang kala dipandang sepi oleh segelintir pihak.

IKLAN

Ekspresi muka serta lawaknya yang besahaja mampu membuatkan penonton tidak kering gusi sepanjang menonton HKL2 malah, menganggap watak Ropie adalah yang paling menonjol walaupun bukan pelakon utama.

Kenyataan tersebut turut disokong pengguna Twitter yang lain yang menganggap Ropie patut diberikan lebih banyak peluang untuk mengetengahkan bakatnya itu.

IKLAN

“Baru Betul Pelawak, Effortless!”- Sering Dipandang Sepi, Peminat Mahu Ropie Diberi Penghargaan Setimpal

IKLAN

Selain Ropie, Hantu Kak Limah 2 turut dibintangi pelakon seperti Awie, Delimawati, Zul Ariffin serta penampilan istimewa Dato’ Seri Vida

Bagi MH, Ropie ini sememangnya seorang pelakon yang hebat sejak dari dulu lagi kerana lawak-lawaknya pasti membuatkan kita ketawa sehingga pecah perut. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Ropie dan seluruh team Hantu Kak Limah 2

Foto: Twitter & Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI