Memiliki reputasi selaku selebriti versatil dek kerana kebolehannya dalam melakukan pelbagai perkara, nama Alif Satar sememangnya jarang dikaitkan dengan gosip atau cerita-cerita negatif.
Hal ini disebabkan Alif memiliki keperibadian yang sangat merendah diri serta mudah mesra bersama orang-orang di sekeliling tidak kisahlah dari kalangan rakan selebriti mahupun peminat.
Terbaru, sebuah video yang memaparkan Alif sedang l berbual bersama seorang lelaki dengan menggunakan bahasa isyarat telah tular di aplikasi Tik Tok.
Video berkenaan telah dimuat naik oleh rakannya yang juga merupakan usahakan terkenal, Azri Zahier Azmi atau lebih dikenali sebagai John Lemon.
Jelas Azri, dia sendiri sendiri terkejut dan tidak menyangka Alif mampu bertutur dalam bahasa isyarat dengan sangat baik.
Ads
“Alif Satar ni memang manusia lain daripada lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, ahli perniagaan, Ironman dan dia juga fasih berbahasa isyarat.
“Dah bertahun aku kawan dengan dia, baru tahu dia boleh berbahasa isyarat,” tulisnya.
Malah, lelaki tersebut juga dilihat sangat gembira apabila dapat berbual dan bersemuka dengan Alif secara empat mata.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzah rasa kagum selain turut menyifatkan Alif sebagai salah seorang selebriti yang wajar dijadikan contoh buat masyarakat.
“Ini baru betul influencer.
“Orang bisu ni kalau dia dapat tahu kita faham bahasa isyarat, mereka akan bangga dan happy sangat-sangat. Tengoklah muka pakcik tu, ceria sahaja.
“Ini sebab mengapa aku mengidolakan Alif Satar sangat-sangat. Man of many talent.
Ads
“Patut Alif ni jadi ikon orang muda.
“Sebab tu suka dengan Alif ni. Artis contoh dan clean,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini, video tular tersebut telah pun meraih lebih 1.5 juta tontonan di Tik Tok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok John Lemon & Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Yana Samsudin terharu di atas penghargaan pihak Anggun Cotton Collection yang kekal percaya dengan pemilihan dirinya sebagai duta untuk kesekian kalinya.
Menurut Yana, 38, tiada resipi kejayaan spesifik yang membawa kepada kerjasama baik itu. Sebaliknya dia percaya usahanya dalam menggalas amanah sebaik mungkin membawa hasil yang positif.
“Alhamdulillah tahun ini menjadi tahun yang ketiga saya bersama Anggun Cotton Collection. Terima kasih kerana pihak mereka masih mempercayai kerja saya, mesti saya tidaklah kerap muncul di kaca televisyen.
“Bila bercakap mengenai jadi duta, ia bukan kerja yang mudah sebab kita memegang kepercayaan klien, kita adalah ‘muka depan’ kepada sesebuah produk itu. Jadi saya cuba untuk membawa kepercayaan orang dengan sempurna dan sebaik mungkin.
“Untuk saya, kita sebagai duta perlu faham pahit jerih berniga ni bukan senang. Pastinya bila klien lakukan pelaburan pada kita, kita pun salah seorang pekerja mereka. Jadi kita kena percaya bahawa kita juga sebahagian daripada kaedah pemasaran dan perlu bersama-sama dengan mereka.
“Jujurnya saya pula saya kalau nak bawa sesebuah produk, saya fikir dan pegang saham akhirat itu. Saya akan pilih produk, kalau ia membawa manfaat pada agama, saya akan ambil.
“Malah biarlah sesebuah produk itu tidak memudaratkan orang lain. Misalnya ini Baju Kurung yang menutup aurat, persalinan Muslimah. Malah orang Islam yang jalankan perniagaan ini, kenapa kita tak sama sama menyokong. Jadi itulah, atas rasa ikhlas dan mereka pun jujur dalam berniaga,” katanya kepada MH.
Yana berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Konsert Jelajah Suria x Anggun Cotton Collection di Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, pengasas bersama jenama berkenaan, Tuan Mohd Shazrin Yahya pula senang dengan sikap dan karektor ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Kali pertama kami bertemu Yana ketika sebuah program di Negeri Sembilan dan pada waktu itu dia sedang mengandung. Saya ada beritahunya insyaAllah selepas ini mungkin kita akan bekerjasama dan sekarang inilah dia.
“Sebab kami meneruskan Yana sebagai wajah wakilan kerana kami senang dengan personalitinya. Malah dia pun tidak sombong selain pelanggan juga menyukainya. Kata mereka, Baju Kurung memang sinonim dengan Yana.
“Sampai ada yang cakap ‘Anggun Yana’. Jadi kita buat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan Yana. Nampaknya dia masih relevan dalam kalangan pengguna kita,” katanya.
Turut hadir pada majlis sama ialah barisan pengasas lainnya, iaitu Puan Noraini Hanipah, Puan Norafizah Hanipah dan Tuan Adzim Zakaria.
Bersempena dengan Siri Jelajah Suria yang dibawakan oleh Anggun Cotton Collection (Jelajah Suria Anggun Cotton Collection) mereka bakal menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari sehingga 4 Mac 2023 bertemakan sentuhan 80an, 90an dan terkini.
Lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists dan Khai Bahar bakal memeriahkan siri jelajah tersebut.
Artis lain yang turut serta termasuk Aishah, Ruffedge, Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Newboyz, Xpose, Azan Scan, Misha Omar, Venus, Ella, Haqiem Rusli, Alif Satar & The Locos dan ramai lagi.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, program itu adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan pendengar.
“Pada jelajah kali ini, kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas selaku penaja bersama akan berikan kelainan buat para pendengar dengan menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur.
“Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth ‘Kedai Suria’ seperti edisi terhad,” katanya.
Anggun Cotton Collection turut mengeluarkan lima edisi khas yang hanya boleh didapati sepanjang siri jelajah tersebut berlangsung.
Jelajah Suria Anggun Cotton Collection akan bermula di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu, diikuti Kedah (Aman Central, Alor Setar) pada 19 Februari, Pahang (Kuantan City Mall) pada 25 Februari dan Kuala Lumpur (Tropicana Gardens Mall, PJ) pada 4 Mac 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menjelaskan mengenai dakwaan dirinya sudah diceraikan pelakon berkenaan.
Shuhada yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata, enggan mengulas lanjut perkara itu dan memohon diberikan ruang, lapor Harian Metro.
“Saya minta maaf, buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsikan lagi. Cuma, saya mohon doakan semoga hati saya dan anak-anak reda, insya-Allah. Selebihnya, tunggulah 1 Mac ini,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu, bersaksikan keluarga mereka.
Difahamkan, Shuhada bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai itu pada 1 Mac.
Imbas kembali, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shila Amzah memuat naik sepotong video yang merakam reaksi spontan temannya yang juga pempengaruh TikTok, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, selepas rambutnya dipotong di sebuah salon, pada Rabu.
Menerusi video yang dikongsikan di platform TikTok itu, Shila secara berseloroh menulis ‘rambut Ubai kena hijack’ sekaligus menerusi perhatian peminat.
Ubai yang pada awalnya memberikan reaksi tidak tahu apa yang akan berlaku bagaimanapun dilihat teruja selepas proses berkenaan selesai.
“Siapa boyfriend or suami korang yang ada rambut super straight gila tu boleh la pergi buat Korean Perm ni. Tapi tahan lah tunggu satu setengah jam dekat salun,” tulisnya pada ruang kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, netizen meninggalkan reaksi berbeza-beza dan tak kurang yang mengusik pasangan dua sejoti itu.
“Owh Ubai dah bermain-main dengan Seth. Alhamdulillah.”
“Baru nampak dahi Ubai.”
“Barulah Ubai nampak matured, handsome.”
“Suka rambut dia, nampak fresh sangat.”
“Saling menjaga so sweet. Moga both of you always happy together.”
“Suka la, GF upgrade stail rambut BF.”
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun ditonton lebih 1.2 juta kali bersama puluhan ribu tanda suka.
Terdahulu, pasangan ini mulai mendedahkan mengenai hubungan istimewa pada Februari lalu dan Ubai mengakui dia mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...