Selepas meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli kereta jenis Toyota Yaris hasil titik peluh sendiri, pelakon remaja, Qistina Raisah mengenang memori bersama kereta lama yang sering dipandu ibu yang juga pengurusnya, Roszana Aminuddin.
Menurut Qistina, hampir sedekad ibunya memandu kenderaan jenis Proton Exora itu, membawanya ke lokasi penggambaran sejak dulu sehingga kini.
“10 tahun ibu bawa Exora manual ni. Ibu pernah cakap ‘baby jangan malu tau naik Exora.’ Tapi saya tak pernah sekali pun malu saya naik Exora je sebab inilah kereta susah senang saya.
“Saya berjaya ke tahap ni dengan kereta Exora. Walaupun sekarang bukan Kereta mewah tapi saya bersyukur dan saya bangga.
Ads
“Umur 16 tahun saya boleh bayar kereta saya sendiri,” katanya menerusi hantaran terkini yang dimuat naiknya di Instagram.
Penyanyi, Syura Badron berkongsi keadaan suaminya, Muhammad Farizat yang melecur teruk akibat letupan gas, Jumaat lalu.
Menurut Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 38, suaminya telah dimasukkan ke hospital bagi rawatan lanjut kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
“Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk.
“Melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada hari jumaat malam yang lepas,” tulis Syura.
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkongsi berita tersebut menerusi Instagram miliknya.
Meski berdepan ujian berat, Syura bagaimanapun yakin Allah Maha Baik dan mendoakan agar ada sinar kebaikan di sebalik kesukaran ini.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini. Allah Maha Baik,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Syura turut memuat naik satu hantaran di Insta Stories yang memaparkan tangannya bersama suami, sebagai tanda kasih dan sokongan.
“Kuat sangat sayang saya ini. Saya yang tak kuat tengok keadaan awak.
“Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat suamiku,” kongsinya lagi.
Untuk info, Syura menamatkan status ibu tunggal selama sembilan tahun, apabila melangsungkan pernikahan dengan Farizat Ismail, pada 22 Januari 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Umar Eussof pada Mac tahun lalu.
Syura juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak bahagian pertama ditayangkan pada 1 November yang lalu, drama bersiri Astro Originals, Projek: Exit mendapat perhatian ramai ramai terutamanya golongan muda dek mesej yang dibawakan.
Dibintangi oleh pelakon generasi baharu seperti Mierul Aiman, Shasha Abedul, Naim Daniel dan Kimberley Chuah, drama bersiri ini mengangkat isu kesihatan mental yang membelenggu generasi masa kini.
Sementelahan dengan perhatian hangat yang diterima, Projek: Exit telah tampil dengan konsep kempen promosi yang memupuk keterlibatan positif di media sosial menerusi penggunaan kecerdasan buatan (A.I).
Dengan bantuan teknologi A.I, respons yang dihasilkan dan dirakam dengan suara Mierul Aiman & Shasha Abedul akan membolehkan mereka berinteraksi terus dengan pengguna platform X.
Melalui sistem pemantauan sosial, inisiatif ini dapat mengenal pasti hantaran yang menunjukkan perasaan seperti kesedihan atau kekecewaan. Teknologi A.I yang eksklusif ini dilengkapkan dengan rakaman suara dan video para pelakon, jadi respons yang diberikan seakan-akan disampaikan oleh mereka sendiri.
Inisiatif yang telah bermula pada 11 November lalu telah mendapat sambutan hangat dari netizen dan ada juga yang teruja dan meminta agar inisitiaf seperti ini diteruskan bagi mengalakkan semangat dan sifat positif terhadap pengguna aktif platform X.
Sebagai contoh hantaran di X milik Dr Nimelesh @houseofhilton yang berbunyi, “Sebagai seorang pengamal perubatan, saya sudah biasa melihat kes kes sebegini di hospital. It is so impactful because it shows me and all of us what people with mental health issues go through each day. They say “when you have depression, it takes a lot of strength to even get out of bed.”
Nak tahu apa reaksi terhadap hantaran yang diberikan? Memang beri inspirasi. Menerusi teknologi A.I, balasan Mierul Aiman berbunyi, “Kita brother @houseofhilton, terus memberi semangat dan inspirasi kepada semua. Pasti ada jalan keluar.”
#ProjekExit ini berkaitan dengan isu isu kesihatan mental.
Sebagai seorang pengamal perubatan, saya sudah biasa melihat kes kes sebegini di hospital. It is so impactful because it shows me and all of us what people with mental health issues go through each day.
Jadi, jika anda berasa mahu meluahkan perasaan, memberi pandangan mahupun sama-sama bergandingan mencipta dimensi positif, disertakan tanda pagar #ProjekExit pada hantaran anda di X.
Selain Dr Nimelesh, ini antara beberapa hantaran daripada pemilik platform X popular lain yang sama-sama memberikan mesej positif mereka.
Tbh I’m not the kind of guy yang selalu ada masa untuk layan series pepanjang, but I’m so glad I gave #ProjectExit a try. Even as a 30-something year old yang tengok kisah bebudak sekolah, it hit home for me. The feeling that you can’t get out of bed every day sebab kau penat… pic.twitter.com/IqGzcnlyZF
All i can say is that, over time with the right people offering support and love, therapy and learning to regulate my emotions, things do get better 🙂 #ProjectEXIT
Kalau nak tahu, teknologi A.I bagi kempen ini mampu menjana sehingga 50 respons setiap hari. Jom bersama dalam inisiatif yang bermakna ini dan sebarkan inspirasi kepada komuniti kita.
“Dengan menggabungkan kandungan, selebriti dan teknologi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton di kalangan muda serta menyokong masyarakat secara keseluruhannya,” memetik perkongsian Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong.
Khusus untuk peminat siri premium Astro Originals, bahagian 1 siri ‘Project; Exit’, yang merangkumi episod satu hingga empat, boleh ditonton mulai 1 November 2024 secara on demand melalui Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Sementara itu, bahagian 2 yang merangkumi episod lima dan enam, episode akhir akan disiarkan bermula 15 November 2024 di platform yang sama. Ikuti info menarik dan klip melalui akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak, dan Astro Shaw menggunakan tanda pagar #ProjectEXIT dan #AstroOriginals.
Peminat Project EXIT juga boleh berpeluang bertemu dengan Mierul Aiman, Shasha Abedul, Naim Daniel dan Kimberly Chuah di One Astro Fan Fest pada 23 November, bermula 12 tengahari di Sunway Pyramid.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sering membintangi watak kanak-kanak dan remaja, pelakon Puteri Balqis kini mencabar diri untuk memeran watak sebagai wanita dewasa, iaitu sebagai merupakan kekasih kepada aktor, Aiman Hakim Ridza di dalam drama terbaharu berjudul, Sebelum Titik Nokhtah.
Menurut Balqis, setiap pelakon mempunyai keupayaan untuk mencipta apa sahaja watak yang bersesuaian dengan kehendak pengarah.
“Sebab itulah pekerjaan ini dipanggil sebagai berlakon. Kita boleh cipta apa sahaja watak dan saya mencipta watak Amylia yang merupakan seorang wanita dewasa.
“Kita boleh berlakon menjadi pembunuh psiko atau watak yang penuh melancholic. Jadi, kenapa kita tak boleh berlakon menjadi wanita dewasa?
“Saya hanya perlu menghayati kelakuan, penampilan dan tabiat orang-orang dewasa. Jadi, saya membuat banyak kajian tentang cara berjalan, bercakap dan banyak lagi,” katanya kepada MH.
Balqis berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Sebelum Titik Nokhtah yang berlangsung di Bungalow 37, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, pelakon berusia 17 ini akui tidak sukar buat dirinya untuk mencari keserasian bersama Aiman meskipun perbezaan umur yang agak jauh.
“Apa yang menarik tentang Aiman, dia punyai wajah yang penuh dengan character. Keserasian kami hadir secara semula jadi sebaik sahaja mula penggambaran.
“Bila babak bergaduh, kami tolak tepi soal skrip. Kami bina sendiri kemarahan itu. Bila tamat sahaja babak, kami hanya buat hal masing-masing.
“Kami tiada bersembang atau berbincang. Sangat ‘rare’ untuk dapat chemistry seperti ini. Saya pula sejenis introvert. Agak susah nak bina keserasian lebih awal.
“Saya lebih selesa menunggu bila camera rolling. Kami hanya rehearsal dan terus berlakon,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia hanya akan membawakan watak-watak dewasa selepas ini, ini jawab pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu;
“Pada saya, saya boleh bergilir untuk membawakan watak remaja dan dewasa. Bila melakonkan watak kanak-kanak, kita ada watak seperti kanak-kanak yang hidup di dalam keluarga yang mendera.
“Seronok juga watak seperti itu. Tak semua naskhah berat itu perlu jadi watak dewasa,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, Balqis akui tidak kisah dengan kritikan segelintir pihak mengenai wataknya itu sebaliknya, dia percaya penonton masa kini sudah semakin bijak menilai terhadap peranan sesebuah watak.
“Dalam skrip pun sudah dimaklumkan umur watak saya dan Aiman berbeza 10 tahun. Pada saya, bila saya sudah in character, mungkin orang akan lupa Puteri Balqis yang sebenar.
“Sekali lagi saya katakan, ini hanyalah watak,” akhirinya.
Selain Balqis dan Aiman, drama terbitan Heritage Movie Sdn. Bhd ini turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat tempatan seperti Noki K-Clique, Danny X-Factor, Shabby dan Shazia Rozaini.
Drama arahan Mohd Syah Faizul bergenre aksi thriller ini akan mula bersiaran di saluran Degup HD, Unifi TV bermula 11 November ini jam 11 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh...