“Baru 33 Minggu Dah Dekat 3kg…”- Izreen Azminda Kongsi Berat Terkini Bayi Dalam Kandungan

Share

Pelakon, Izreen Azminda ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya, awal semalam.,

Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam berkongsi gambar imbasan bayi dalam kandungannya yang terkini.

“Camno ni adik..Baru 33minggu dah dekat 3kg berat adik ni.. Cukup masa mau 4kg lebih gak ni..

“Seremmm mama adik oiii hahahah tgk pipi pun tau dah kata tembun.. takpalah adik.. Janji adik sihat #babyA”tulisnya.

Kongsi pelakon yang berusia 33 tahun itu, kehamilannya kini sudah mencecah usia 33 minggu dan berat bayi sudah hampir 3 kilogram.

Terdahulu, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama Ude atau nama sebenar Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos yang lalu.

MH mendoakan semoga semua urusan Izreen dipermudahkan dan selamat melahirkan bayi itu nanti.

Foto : Instagram Izreen Azminda

IKLAN