Bintang pop terkenal, Britney Spears dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya, Sam Asghari. Baru sahaja berkahwin 14 bulan lalu, Britney yang 12 tahun lebih tua daripada suaminya itu dilihat sudah tidak mengenakan cincin perkahwinan, lapor TMZ.
Kisah keretakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lagu Toxic ini sudah mula dihidu oleh media barat apabila beberapa sumber rapat dengan pasangan popular ini berkongsi yang hubungan mereka mula bermasalah.
Menurut TMZ lagi, Sam Asghari telah memfailkan penceraian apabila menyatakan bahawa keadaan rumah tangganya mengalami “perbezaan yang tidak dapat didamaikan” sebagai alasan untuk menamatkan perkahwinan.
Dikhabarkan Sam Asghari sedang cuba untuk menuntut harta sepencarian, namun perkara itu dilihat mustahil kerana dia sudah menandatangani perjanjian tidak akan menuntut harta Britney sebelum mengahwini bintang terkenal itu.
Ads
Imbas kembali, pasangan ini berkenalan pada tahun 2016 apabila Sam terlibat sebagai salah seorang model dalam klip video lagu Britney Spears yang berjudul Slumber Party. Sejak itu mereka sering dilihat bersama dan akhirnya melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun 2022.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Dalam kaum Cina, poligami tidak dibenarkan dalam undang-undang Malaysia tapi banyak sahaja jantan cina yang mempunyai lebih daripada satu isteri.
“Satu sahaja yang sah di mata undang-undang. Yang lain tak sah,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengarah drama, Perempuan Tanpa Dosa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Michael turut berpandangan isteri pertama biasanya akan kekal setia meskipun selepas suami merek berkahwin lain.
“Selalunya isteri pertama akan bersabar dan ikut kehendak isteri yang baharu. Tapi akhirnya bila laki itu sudah terlantar atas katil sakit atau jatuh bankrup, isteri pertama juga yang pungut dan jaga lelaki itu.
“Ini salah satu kisah benar dalam keluarga saya,” kongsinya lagi.
Hantaran Michael itu nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon terkenal, Nad Zainal.
Menurut Nad, para suami tidak akan pernah mendapat kasih sayang dan keikhlasan yang sama seperti isteri pertama sekiranya mereka memutuskan untuk berkahwin lain.
Namun, reaksi berbeza yang ditunjukkan oleh seorang individu yang menyatakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar ingin menyedapkan perasaan.
Lalu, isteri kepada pelakon Ungku Ismail itu membalas semula komen tersebut dengan mengatakan wanita yang baik tidak akan sesekali merampas kebahagiaan orang lain.
“Tak kisahlah tak cantik pun. Yang penting baik dan bukan penyondol atau gelenyar,” balas Nad.
Terdahulu, isu poligami ini tercetus selepas tular di media sosial sepotong video memaparkan tindakan
seorang suami yang memuat naik video khas bagi menghargai isteri pertamanya kerana memberikan keizinan untuk berkahwin lagi.
Terdahulu Nad mengumumkan selamat mendirikan rumah tangga bersama Ungku pada tanggal 23 Januari.
Nad pada September tahun lalu mengejutkan ramai apabila mengakui sah bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin yang dikahwini sejak 18 September 2015.
Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang & Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ramai yang memberikan reaksi positif selepas pelakon dan pengacara, Raja Azura berkongsi kejayaan puteri bongsunya, Puteri Mia Maizura,18, yang meraih empat anugerah terbaik dalam bidang akademik dan kokurikulum dalam satu majlis, baru-baru ini.
Menurut Raja Azura, Mia yangjuga bekas pelajar di Sekolah Seni Kuala Lumpur menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Anugerah Ikon Kokurikulum, Anugerah Tokoh Bidang Teater, dan Anugerah Tokoh Murid 2022.
“Kejayaan Mia adalah hadiah istimewa, lebih-lebih lagi saya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 pada 18 Ogos lalu.
“Alhamdulillah saya dikurniakan anak-anak yang mementingkan pelajaran selain aktif menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum.
“Mia mempunyai minat yang sama seperti saya. Dia suka berlakon teater hingga pernah mewakili Malaysia dan meraih pelbagai anugerah,” katanya.
Menurut Raja Azura, selepas Mia meraih 5A dalam SPM dia bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti pada bulan depan.
“Mia bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Diploma Teater.
“Sebenarnya cita-cita Mia nak jadi peguam tapi disebabkan salah satu mata pelajaran tidak melepasi syarat kelayakan, jadi dia mohon jurusan teater.
“Mungkin sudah tertulis rezeki dia. Mana tahu satu hari nanti dia dapat meluaskan kerjaya yang mak dia buat selama ini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui terharu dengan sorakan dan tepukan gemuruh para penonton selepas selesai membawakan lagu Power Of Love nyanyian asal penyanyi terkenal dunia, Celine Dion di konsert Hitman David Foster & Friends malam tadi.
Menurut Siti, dia mahu membuktikan penyanyi Malaysia juga mempunyai kualiti yang baik dan mampu bersaing dengan penyanyi-penyanyi antarabangsa.
“Alhamdulillah, Allah tolong saya dan semuanya kerana anda yang berada di sini malam ini.
“Anda yang memberikan saya semangat untuk buktikan yang penyanyi Malaysia juga mempunyai kehebatan yang tersendiri,” katanya.
Disebabkan tepukan gemuruh itu, komposer dan penulis lagu terkenal, David Foster turut sempat berseloroh dengan mengatakan para penonton harus memberikan kredit yang lebih kepadanya kerana dia yang menciptakan lagu ikonik tersebut.
“Saya hanya nak ingatkan anda satu perkara, dia (Siti Nurhaliza) tak tulis pun lagu itu. Saya yang tulis.
“Nyanyi awak begitu indah sekali. Awak menyanyikannya dengan bagus,” selorohnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyifatkan peluang berada sepentas bersama David Foster ibarat mimpi jadi kenyataan.
“Terima kasih kerana menjemput saya dipertunjukkan awak malam ini (Isnin). Saya sangat gembira kerana saya dapat sekali lagi bersama dengan insan yang saya kagumi.
“Ia merupakan mimpi jadi kenyataan untuk berada di satu pentas bersama David Foster dan menyanyikan lagu beliau,” ujarnya lagi.
Bukan setakat itu, David Foster bersama seluruh pemuzikya turut mengiringi Siti untuk menyanyikan salah satu lagu di dalam album terbaharunya, Sitism yang berjudul Seindah Matahari.
Selain Siti, Konsert Hitman David Foster & Friends ini turut menampilkan barisan penyanyi popular antarabangsa seperti Loren Allred, Peabo Bryson, Katharine McPhee dan Michael Bolton.
Penyanyi, Loren Allred membuka tirai persembahan dengan menyayikan lagu popularnya, Never Enough yang juga merupakan lagu runut bunyi bagi filem The Greatest Showman.
Loren kemudiannya bergandingan bersama Peabo Bryson untuk membawakan lagu A Whole New World yang dipetik daripada filem Aladin 2019.
Dalam pada itu, seluruh penonton seakan mengimbau memori ketika zaman kanak-kanak apabila Katharine McPhee berduet bersama Peabo untuk menyanyikan lagu daripada animasi popular Disney, Beauty And The Beast.
Suasa romantis turut menghangatkan segenap ruang di Megastar Arena saat penyanyi popular era 80-an Micheal Bolton naik ke pentas.
Meskipun usianya sudah mencecah 70 tahun namun, kualiti vokalnya saling tidak tumpah seperti zaman mudanya ketika membawakan lagu When A Man Loves A Women, Said I love You But I Lied, Georgia On My Mind dan How Am I Supposed To Live.
Sebagai persembahan penutup, paduan suara Loren dan Katharine membuatkan penonton terpaku melihat mereka bergandingan menyanyikan lagu madley daripada penyanyi popular Hollywood, Whitney Houston menerusi album Bodyguard.
Konsert Hitman David Foster & Friends sememangnya berada di kelas yang tersendiri. Susunan muzik serta kualiti vokal yang mantap yang ditunjukkan barisan penyanyi membuatkan para penonton meninggalkan dewan dengan rasa puas hati.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...