Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui terharu dengan sorakan dan tepukan gemuruh para penonton selepas selesai membawakan lagu Power Of Love nyanyian asal penyanyi terkenal dunia, Celine Dion di konsert Hitman David Foster & Friends malam tadi.
Menurut Siti, dia mahu membuktikan penyanyi Malaysia juga mempunyai kualiti yang baik dan mampu bersaing dengan penyanyi-penyanyi antarabangsa.
“Alhamdulillah, Allah tolong saya dan semuanya kerana anda yang berada di sini malam ini.
“Anda yang memberikan saya semangat untuk buktikan yang penyanyi Malaysia juga mempunyai kehebatan yang tersendiri,” katanya.
Disebabkan tepukan gemuruh itu, komposer dan penulis lagu terkenal, David Foster turut sempat berseloroh dengan mengatakan para penonton harus memberikan kredit yang lebih kepadanya kerana dia yang menciptakan lagu ikonik tersebut.
“Saya hanya nak ingatkan anda satu perkara, dia (Siti Nurhaliza) tak tulis pun lagu itu. Saya yang tulis.
Ads
“Nyanyi awak begitu indah sekali. Awak menyanyikannya dengan bagus,” selorohnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyifatkan peluang berada sepentas bersama David Foster ibarat mimpi jadi kenyataan.
“Terima kasih kerana menjemput saya dipertunjukkan awak malam ini (Isnin). Saya sangat gembira kerana saya dapat sekali lagi bersama dengan insan yang saya kagumi.
“Ia merupakan mimpi jadi kenyataan untuk berada di satu pentas bersama David Foster dan menyanyikan lagu beliau,” ujarnya lagi.
Ads
Bukan setakat itu, David Foster bersama seluruh pemuzikya turut mengiringi Siti untuk menyanyikan salah satu lagu di dalam album terbaharunya, Sitism yang berjudul Seindah Matahari.
Selain Siti, Konsert Hitman David Foster & Friends ini turut menampilkan barisan penyanyi popular antarabangsa seperti Loren Allred, Peabo Bryson, Katharine McPhee dan Michael Bolton.
Penyanyi, Loren Allred membuka tirai persembahan dengan menyayikan lagu popularnya, Never Enough yang juga merupakan lagu runut bunyi bagi filem The Greatest Showman.
Ads
Loren kemudiannya bergandingan bersama Peabo Bryson untuk membawakan lagu A Whole New World yang dipetik daripada filem Aladin 2019.
Dalam pada itu, seluruh penonton seakan mengimbau memori ketika zaman kanak-kanak apabila Katharine McPhee berduet bersama Peabo untuk menyanyikan lagu daripada animasi popular Disney, Beauty And The Beast.
Suasa romantis turut menghangatkan segenap ruang di Megastar Arena saat penyanyi popular era 80-an Micheal Bolton naik ke pentas.
Meskipun usianya sudah mencecah 70 tahun namun, kualiti vokalnya saling tidak tumpah seperti zaman mudanya ketika membawakan lagu When A Man Loves A Women, Said I love You But I Lied, Georgia On My Mind dan How Am I Supposed To Live.
Sebagai persembahan penutup, paduan suara Loren dan Katharine membuatkan penonton terpaku melihat mereka bergandingan menyanyikan lagu madley daripada penyanyi popular Hollywood, Whitney Houston menerusi album Bodyguard.
Konsert Hitman David Foster & Friends sememangnya berada di kelas yang tersendiri. Susunan muzik serta kualiti vokal yang mantap yang ditunjukkan barisan penyanyi membuatkan para penonton meninggalkan dewan dengan rasa puas hati.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti asal Singapura yang kini bergelar usahawan, Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan popular Indonesia, Armada Band ke Sabah bagi mengadakan Konsert Armada Band – Janji Bahagia di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 November depan.
Konsert istimewa itu akan diadakan di Sabah International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah) SICC bermula jam 8.00 malam.
Menariknya, Konsert Armada Band – Janji Bahagia itu merupakan projek pertama Harris bersama isterinya, Nik Naziha Zawawi di bawah syarikat milik mereka, Jeeharris Corporation.
Fokus Jeeharris Corporation ialah menjurus kepada pengurusan acara dan konsert. Terdahulu, pasangan ini telah banyak menjayakan pelbagai acara karnival di Sabah sementara konsert berkenaan adalah yang pertama dianjurkan mereka.
Mengulas mengenai pengajunran konsert tersebut, Harris tidak menafikan populariti kumpulan berkenaan di Sabah menjadi antara faktor dia dan isteri memilih Armada Band untuk mengadakan istimewa buat peminat tempatan.
“Tidak dinafikan, banyak lagu mereka dikenali di Sabah. Armada yang diangotai oleh vokalis Rizal Adi, drummer Meri Yandi dan guitarist Andika Maihendra akan menyampaikan 18 buah lagu.
“Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan termasuklah Bebaskan Diriku, Asal Kau Bahagia, Pergi Pagi Pulang Pagi dan banyak lagi,” katanya.
Harris pada masa sama turut optimis berhasrat untuk membawa lebih ramai artis luar negara bagi membuat persembahan dalam skala konsert di Sabah khususnya.
“Kami berharap mendapat sokongan yang menggalakkan daripada peminat Armada Band di Sabah dan sekali gus dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan dan mengalakkan lebih banyak persembahan konsert di Sabah.
“Kami juga akan menjadikan konsert ini sebagai satu tarikan untuk penduduk dari Labuan, Sarawak dan Brunei untuk datang menyaksikan bersama persembahan Armada band secara langsung,” katanya lagi.
Malah, pihak Jeeharris Corporation juga kini sedang meneliti beberapa nama penyanyi lokal Sabah untuk dijemput mengadakan persembahan pembukaan bakal pada konsert berkenaan.
Untuk informasi, layari myticket.asia dan tiket sudah pun dijual sejak 24 Julai lalu pada harga bermula RM129 sehingga RM799 (seating and meet & greet) selain boleh rujuk kepada media sosial Jeeharris Corporation.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, sebuah portal hiburan melaporkan bisnes sambal yang dijalankan oleh pelawak, Ali Puteh kini mendapat sambuat yang baik sehingga ramai yang mengulang tempah.
Lantaran itu, kakak iparnya yang juga balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd. Ali mengingatkan Ali untuk membayar wang kemenangan saman yang didakwa masih tidak diselesaikan sehingga hari ini.
“Bagus la tapi duit saya menang saman dari 18/02/2022 sampai ke hari ini 2023 belum bayar dan jangan buat-buat lupa ya. Sudah bulan lapan ni masih awak tak bayar lagi duit saya.
“Sampai sekarang ya. Jangan diam sahaja dan jangan lupa bayar. Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menggesa kakak kepada Ali untuk turut sama menyelesaikan bayaran seperti yang telah diperintahkan oleh pihak mahkamah.
“Kakak awak masih berhutang dengan Saya Rm2,000 sebab kalah saman. Belum bayar dari 2022 sehingga kini 2023. Berdiam sahaja sehinggalah 2023 sudah.
“Sekarangkan viral tentang orang berhutang kan? Jadi, hutang wajib kena bayar,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Hidayah turut mendakwa duit sumbangan daripada Tungku Mahkota Johor (TMJ) di atas nama anaknya yang bernilai RM10,000 turut telah dirampas.
Malah, Hidayah turut menzahirkan rasa berang kerana Ali dan kakaknya dikatakan tiada usaha untuk membayar wang tersebut walaupun secara ansuran.
“Tak bayar satu sen dari tahun 2022 sampai tahun 2023. Tiada apa-apapun usaha nak bayar. Terus senyap begitu sahaja. Sama dengan kakaknya. RM2,000 pun tak mampu nak bayar,” kongsinya lagi.
Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Pemilik nama penuh Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan itu menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.
Sejak kematian Abam, Norhidayah berdepan pelbagai konflik berhubung harta dengan keluarga pelawak itu, terutama Ali Puteh sehingga berlanjutan ke mahkamah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah telah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh, Ubai dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Kedua mempelai ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga merupakan penyanyi terkenal, ND Lala.
Bagaimanapun ND Lala atau nama sebenarnya Datuk Amir Amzah Salleh dilihat bergegas meninggalkan majlis sebaik sahaja sesi akad nikah selesai.
Malah, penyanyi lagu Dari YB ini juga tidak muncul pada sesi fotografi bersama keluarga.
Turut tidak kelihatan pada sesi itu adalah adik kepada Shila, Syada Amzah.
Dalam masa sama, pihak media turut menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada ND Lala untuk ditemubual, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.
Sementara itu, isteri ND Lala, Datin Fauziah Sarman juga enggan ditemubual oleh wartawan.
Terdahulu, selepas mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’, Fauziah mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua ND Lala yang juga madunya.
Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi ND Lala bernikah seorang lagi selama ini.
Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.
Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.
Mereka pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis tertentu terutama keluarga.
Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.