Kalau semalam ayah kepada seorang pelakon lelaki, Beego telah kembali ke rahmatullah, hari ini pula sekali lagi kami mendapat berita sedih tentang bapa kepada pelakon lelaki, Iqram Dinzly yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.

Berita sedih ini dikongsikan sendiri oleh Iqram menerusi Instagram milik Iqram, dia memberitahu bahawa bapanya kini sudah tiada dan difahamkan telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.35 pagi tadi.

“‘ Ill do my best for being a good son even im the worst among the best . Rest well papa … rest well . Sorry for not being there all the time . Sorry coz i never been a good son to u & mama . I hope we will meet up again soon .

 

“Good bye #papadinzly . Goodbye !

 

“Assalammualaikum . ??????? Alkesahnya #papakuterlantarlagi berakhir jam 5.35 pagi tadi . Selamat pulang menghadap Illahi wahai ayahandaku , Allahyarham Muhammad Saipuddin Bin Dato Seri Haji Ahmad Said . Jenazah akan dikebumikan hari ni juga tanpa dilengahkan masa .

 

“Hamba memohon maaf sekiranya ayahanda hamba ada khilaf sepanjang hayatnya . Malah sekiranya ada hutang yang ada , sila beritahu hamba hendaknya . Doakan segala urusan , ujian & dugaan ini dipermudahkan . Dan terima kaseh kepada semua yang sudi mendoakan sepanjang Al Kesahnya #papakuterlantarlagi & membantu kami sekeluarga #dinzlyfamily . Assalammualaikum wbt . ✌️????⬛️☺? Talaqqi Dinzly Studio : 142 , Lengkok Kledang Raya , Taman Seri Tahan , 30100 Ipoh Perak,” tulis luahan hati Iqram.

Rata-rata pengikut Iqram di Instagram telah meninggalkan ribuan ucapan takziah buat Iqram dan keluarga serta mendoakan roh arwah bapa Iqram dicucuri rahmat.

IKLAN

by_morissa: Semoga ditempatkan dlm golongan orang mukmin. Aminn

aqidahazizi: @iqramdinzly salaam takziah kawan.. allah, baru tau berita ni. Semoga sentiasa kuat dan diberikan ketabahan.

IKLAN

cahayayangbermaruah: salam takziah.semoga ruhnya dicucuri rahmat..

hattadolmat_: Inalillah salam takhziah buat seluruh ahli keluarga. Alfatihah

IKLAN

Kami di MH Online juga turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat Iqram sekeluarga. Semoga Iqram tabah untuk menghadapi ujian ini dan semoga arwah bapanya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Instagram Iqram Dinzly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI