
Bapa kepada pelakon, Erysha Emyra iaitu Datuk Zakaria Abdul Rahman dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Jumaat.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh abang sulungnya, Naveer Mihshon menerusi satu hantaran di Instagram Stories sebentar tadi.
“Ayah saya Datuk Zakaria Abdul Rahman baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada petang tadi.
“Jenazah akan dibawa ke rumah kediaman almarhum No.7, Jalan 7A, Kemensah Heights,” tulisnya.
Dalam masa sama, Naveer turut memaklumkan Allahyarham bapanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kemensah pada pagi Sabtu.
“Jenazah akan disolatkan esok pagi selepas solat subuh. Jenazah akan dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Kampung
Kemensah pukul 9 pagi,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Erysha memaklumkan keadaan kesihatan bapanya agak kritikal sehingga dimasukkan kenUnit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Naveer Mihshon & Erysha Emyra