“Bapa Beritahu Mahu Berkahwin Dengan Siti,” – Aazief Khalid Kongsi Detik Perkenalan, Kini Dah Jadi Keluarga Bahagia!

Share

Anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid ada berkongsi kisah menarik mengenai penyanyi nombor satu itu.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi salah satu status di Twitter miliknya.

Lalu, perkongsian terbabut nyata menarik minat ramai apabila Aazief antara lain turut mengimbau detik indah bersua penyanyi lagu Anta Permana itu buat kali pertama.

Dalam pada itu, terdapat sebuah video yang dimuatnaik pengguna Twitter iaitu Nasir Pasir, yang turut imbau seni figura terkenal itu buat panduan mereka yang berminat terjun ke dunia seni.

Lantas, perkara itu telah menarik minat Aazief untuk memulakan kisahnya dengan Tok Ti.

Bagaimanapun, Aazief juga tidak menyangka bahawa Tok Ti kini sudah menjadi sebahagian dari keluarganya.

Menerusi posting tersebut, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap kisah menarik yang dikongsikan Aazief itu.

Twitter : Aazief Khalid

IKLAN