Ads

“Banyak Rezeki Lain Di Muka Bumi Ini,” – Ditawar RM500,000 Tapi Perlu Buka Tudung, Elly Mazlein Teguh Pertahan Hijab

Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia tidak akan sesekali mengorbankan prinsipnya sebagai wanita berhijab demi wang ringgit.

“Banyak Rezeki Lain Di Muka Bumi Ini,” – Ditawar RM500,000 Tapi Perlu Buka Tudung, Elly Mazlein Teguh Pertahan Hijab

“Memang benar, saya ada mendapat satu tawaran ketika baru sahaja mula berhijab. Tawarannya memang sangat lumayan tapi ada syarat yang perlu saya ikut. Mereka minta saya membuka tudung.

“Pada saya, bila saya membuat keputusan untuk berhijab, itulah keputusan muktamat. Walau dibayar lumayan sekali pun, tak mengapalah jika saya tolak.

“Ada rezeki lain yang akan menanti saya. Cuma satu perkara yang ingin saya perkatakan, tak salah pun jika memilih duta yang memakai tudung,” katanya kepada MH.

Pengacara program Kilauan Emas 2025 itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara pertunjukkan fesyen, Warna Lebaran Ariani yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Rabu.

Pada majlis sama, Elly turut diperkenalkan sebagai duta dan wajah baharu untuk koleksi Ariani Luxe.

Ads

Jelas Elly, meskipun tawaran tersebut bertentangan dengan prinsip dan pendiriannya, namun, dia tetap menolaknya dengan cara yang baik.

“Banyak Rezeki Lain Di Muka Bumi Ini,” – Ditawar RM500,000 Tapi Perlu Buka Tudung, Elly Mazlein Teguh Pertahan Hijab

“Mereka tahu saya sudah mula berhijab dan meletakkan tawaran berharga setengah juta. Namun, saya terpaksa tolak. Jika mereka tetap mahu memilih saya sebagai duta, saya tetap dengan prinsip untuk memakai tudung.

“Bagaimanapun, jika kita ingin menolak sesuatu tawaran yang bertentangan dengan prinsip kita, kita tetap perlu memberikan respon secara berkhemah tanpa melukakan hati sesiapa.

Ads

“Alhamdulillah mereka terima jawapan saya. Meskipun ada usaha memujuk, saya tetap dengan pendirian saya,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada dia berasa ralat apabila terpaksa menolak tawaran lumayan, Elly tetap percaya ada rezeki yang lebih baik menantinya selepas ini.

“Banyak Rezeki Lain Di Muka Bumi Ini,” – Ditawar RM500,000 Tapi Perlu Buka Tudung, Elly Mazlein Teguh Pertahan Hijab

“Setengah juta itu satu nilai yang sangat besar. Tipulah kalau saya tidak rasa sesuatu. Walau bagaimana pun, kita kena ingat, ada banyak lagi rezeki lain di muka bumi ini yang lebih baik untuk saya.

Ads

“Takkanlah kita nak gadaikan prinsip hidup demi wang. Selepas menolak tawaran itu, syukur alhamdulillah saya ada menerima beberapa tawaran lain sebagai duta dan pengacara di beberapa buah program tv,” katanya lagi.

Rezeki Dilantik Duta Jenama Terkenal

Mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta dan wajah Ariani Luxe, Elly menyifatkan tawaran seperti ini merupakan hasil daripada kerja kerasnya selama ini.

“Jika tahun lepas, saya hanya menjadi duta bersama Jakel. Alhamdulillah rezeki tahun 2026, saya sekali lagi dapat tawaran menjadi duta Jakel dan juga bersama Ariani.

“Ini merupakan satu rezeki buat saya. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini. Inilah bayarannya apabila bekerja keras,” akhirinya.

Terdahulu, pada acara ini juga, Ariani turut memperkenalkan barisan duta-duta bagi kempen Warna Lebaran Ariani 2026 seperti Bront Palare, Mira Filzah, Cik Epal, Ammar, Elisya Sandha, Qasrina Karim dan Madnor.

Malah, Ariani turut mengekalkan tiga selebriti popular iaitu Datin Lisa Surihani, Uyaina Arsyad dan Bella Dally sebagai duta tetap bagi jenama tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Baru Dua Bulan Nikah, Pelawak Boiyen Fail Cerai Terhadap Suami

Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...
error: Hello. Cannot.