Berikutan kes penderaaan kanak-kanak yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini, penyanyi wanita kelahiran negeri di bawah bayu , Adira Suhaimi, mengambil langkah berjaga-jaga dengan memantau aktiviti pembantunya.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi mengambil khidmat pembantu bagi menguruskan puteri sulungnya, Anggerik yang kini berusia 2 bulan.

Menurut adira, dia bersyukur kerana pembantunya itu sangat bagus menguruskan Anggerik.

IKLAN

“Alhamdulillah pembantu saya okay setakat ini dan dia banyak menolong saya dalam hal-hal menguruskan Anggerik.

“Pada awalnya saya risau juga tetapi saya ada gerak hati apabila mengenali seseorang dan saya mempunyai perasaan yang baik apabila berjumpa dengan pembantu saya.

“Tetapi saya masih menjalankan pemantauan sepenuhnya kerana ingin berjaga-jaga,” katanya.

Adira pada awalnya berasa berat hati untuk membiarkan Anggerik diuruskan oleh orang lain.  Namun Adira mengubah fikiran.  

IKLAN

“Pembantu saya dicari oleh suami dan dia juga sudah lama berada di Malaysia serta mempunyai tiga orang anak.

“Jadi saya berasa sedikit lega kerana dia juga merupakan seorang ibu dan mempunyai banyak pengalaman,” ulasnya lagi.  

Ibu kepada Anggerik ini juga berkata bahawa dia juga sama seperti ibu-ibu yang lain, merasa berat hati untuk meninggalkan anaknya apabila perlu keluar bekerja. Namun Adira berkata jika keadaan mengizinkan dia akan membawa anaknya bersama atau memastikan dia pulang ke rumah secepat mungkin setelah selesai tugasannya.  

IKLAN

Untuk info, Anggerik dilahirkan pada bulan Mac lalu dengan berat seberat 3.15kg. Adira memilih nama Anggerik sebagai nama anak sulungnya itu kerana dia sangat meminati bunga klasik ‘Anggerik’ dan telah lama menyimpan hasrat untuk menamakan anak sulungnya dengan panggilan yang ringkas.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI