Komposer dan penyanyi lagenda, Datuk M Nasir menyifatkan kerjaya seninya merupakan satu perjalanan yang sangat indah meskipun harus melalui pelbagai onak dan duri.
Kata M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed, tanpa fasa jatuh dan bangun, tidak mungkin dia berada ditahap sekarang.
“Perjalanan seni saya ada naik dan turun. Ia bergelombak. Perjalanan secara keseluruhan itu memang indah kerana ia ciptaan Tuhan.
“Dalam sengsara pun ada keindahannya. Ada banyak drama yang harus saya tempuhi,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Keroncong Buat Ana itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert ‘DATO’ M. N45IR CIPTA’ yang berlangsung di ibu kota pada Isnin.
Katanya lagi, sepanjang 45 tahun dalam bidang seni, rasa susah dan jatuh itu hanyalah satu fasa yang harus dilalui sahaja.
Ads
“Namun, saya bukan sejenis yang suka menunjuk apa yang saya lalui. Saya bukan macam segelintir orang, kalau sakit sikit, kena bagitahu semua.
“Saya selalu disokong oleh kawan-kawan. Jadi, segala kesusahan itu tidak saya rasakan sangat. Bercakap fasal sukar, kita kena tahu hadulu erti sukar yang dimaksudkan.
“Pada saya cabaran itu menyeronokkan. Ia umpama sebuah perjalanan roller coaster yang menyeronokkan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi asal Singapura ini juga akui dirinya pernah berputus asa dengan bidang seni kerana industri tempatan tidak menunjukkan kematangan yang diharapkan.
“Ada juga fasa yang saya rasa ingin berputus asa tapi saya tak ambil berat sangat perasaan itu. Selalunya berlaku bila kita buat sesuatu tapi tidak menjadi.
Ads
“Saya melihat dunia hiburan ini tidak kesampaian seperti apa yang saya cita-citakan. Ia tumbuh tapi tidak cantik. Rasa hormat kepada kita pun kurang.
“Saya merasakan perkara itu sejak dipertengahan kerjaya. Bila melihat industri seni di Korea Selatan, dulu kita berjuang bersama-sama tapi sekarang mereka capai ke satu tahap yang lebih tinggi.
“Kita yang dulu sama-sama berjuang, ada banyak hal yang menghambat kita. Sebab itu kita tak sampai-sampai lagi ke tahap itu,” ulasnya lagi.
Ads
Sementara itu, M Nasir turut merasakan dirinya bertuah kerana dikurniakan bakat untuk menghasilkan lagu-lagu yang disukai ramai.
“Bila melihat kepada kerjaya saya, saya rasa nasib saya ini baik. Saya berpeluang mencipta banyak lagu. Saya juga buat banyak lagu-lagu hits berbanding orang lain.
“Mungkin ini kejayaan yang orang luar lihat. Namun, kalau kita lihat karya P. Ramlee, dia hanya membuat 200 lagu sahaja tapi namanya tidak dapat dilupakan.
“Saya kena buat 3000 lagu untuk cuba sampai ke tahap itu. Antara faktornya kerana dunia sudah berubah dan industri kita sudah jadi komersial,” akhirinya.
Terdahulu, konsert ‘DATO’ M. N45IR CIPTA anjuran Icon Entertainment itu akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.
Konsert berdurasi lebih dua jam itu bakal menyaksikan komposer bergelar sifu itu menterjmahkan perjalanan seni selama lebih empat dekad menerusi nyanyian, lakonan dan seni lukis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kisah penghijrahan pengarah drama, Michael Ang yang sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu telah mendapat perhatian ramai.
Dalam pada itu, Michael ada berkongsi pengacara dan model, Neelofa yang dikatakan pernah cuba untuk mengajar ilmu agama Islam kepada Michael.
Menerusi video Official Ria X dalam episod Chit-Chat With Michael Ang, dia juga telah membongkar kisah hijrahnya dengan pengacara MeleTOP itu.
“Bila saya pergi set, saya akan tanya orang dan saya juga dikelilingi pelakon-pelakon Islam.
“Saya ni jenis pembersih, bila kat set saya akan tangguh solat sebab panas dan rasa melekit. Kalau boleh, bila sampai rumah, saya nak bersih dan mandi,”kata Michael.
Dalam pada itu, Neelofa juga ada berkongsi rutin hariannya di awal pagi sebelum memulakan kerja.
“Pagi2, saya bukak zikir pagi. Sambil makap, sambil zikir. Biar kita cari masa, bukan masa cari kita.
“Tapi bila waktu Zohor, ambil air sembahyang akan rasa segar dan akan hilang rasa melekit tu,” kongsi Neelofa.
Mengimbas kembali isu hangat diperkatakan netizen ketika majlis pelancaran tudung Neelofa, ini ceritanya.
“Saya ingat lagi bila orang hentam Michael apabila dia menyuarakan pendapatnya mengenai majlis pelancaran tudung Neelofa di sebuah kelab malam di ibu kota.
“Orang yang alim itu bukan berdasarkan pada penampilan dan pakaian seseorang, tapi ia sebenarnya terletak dalam hati seseorang itu,” jelas pengacara MeleTOP itu.
Malah, Michael turut mendedahkan bahawa Neelofa pernah cuba untuk mengislamkan Michael.
“Ingat tak masa kita kat Rome shooting tu, kita ada buat video., u kata “I nak Islamkan you” dan sebenarnya masa tu, saya dah Islam,” kata Michael.
“Masa tu saya pun dah nampak hints dan saya selalu kacau u,”balas Neelofa terkejut.
Ikuti kisah penghijrahan dua selebriti ini menerusi video dibawah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan aktivis, Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi memaklumkan akaun Instagram miliknya telah disekat dan hampir dipadam selepas cuba untuk memuat naik satu entri mengenai bantuan tabung dana untuk rakyat Palestin menerusi aplikasi berkenaan.
Meski pun begitu, penyanyi berusia 35 tahun ini memberitahu, dia tetap akan terus berjihad dan berjuang demi mempertahankan umat Islam di Palestine dalam apa jua halangan yang dihadapi.
“La hawla wala quwwata ila billah. Kutip derma dan cakap the truth pun violence ka? LIVE pun kakja dah tak dapat buat. Hahaha takuit ler tu. koyaks ker tu. Hehehehe tak ada masalah tak ada masalah tak ada masalah. ALLAH kan ada.
“In sha Allah hingga TITISAN DARAHS TERAKHIRS AKAN KU PERJUANGKANS ISU UMMAHS! TAKBIR!!!
“Korang doakan Media Social kita semua still selamat untuk kita teruskan JIH4.D kita! Pls,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menepis persepsi kurang baik terhadap kedai gunting rambut miliknya, Hairfeeks Babershop yang dibuka di penempatan majoriti bukan Melayu, pelakon Fikry Ibrahim menjelaskan ia tiada kena mengena dengan soal sihir atau dengki yang berlegar di budaya masyarakat Melayu sejak sekian lama.
Sebaliknya, sasaran utama pemilihan lokasi di Setapak, Kuala Lumpur itu adalah bagi mencuba pasaran bukan untuk pelanggan bukan Melayu.
Malah jelasnya kepada MH, kedudukan kedai yang bersebelahan dengan salon lain juga bukanlah sesuatu yang harus dibimbangkan.
“Saya memilih kawasan bukan Melayu kerana bukan mudah mahu menawan pasaran mereka. Walaupun kedai kami bersebelahan dengan kedai lain, namun harga yang kami tawarkan adalah lebih murah.
“Bagaimanapun, hubungan kamu sesama peniaga lain okay sahaja, tiada masalah.
“Saya juga tidak risaukan mengenai peniaga Melayu kerana permainan kami berbeza. Sebab utama adalah saya mahu terjah pasaran bukan Melayu dan pada masa sama cuba juga untuk menarik pelanggan Melayu,” kata Fikry.
Bintang Cik Reen Cik Ngok Ngek ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Hairfeeks, pada Rabu.
Mengharapkan agar kedai barbershop yang diusaha mendapat sambutan ramai, Fikry turut mengharapkan sokongan berterusan dari pelbagai pihak.
“Kami cuba lakukan yang terbaik dan pastinya kepuasan pelanggan adalah misi utama yang perlu dititikberatkan,” katanya lagi.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai gandingan kali kedua bersama Farah Nabilah menerusi drama Kau Yang Pertama, pelakon berusia 25 tahun ini tidak menafikan risau andai ada peminat yang mulai bosan.
“Saya risau juga sekiranya penonton bosan dengan gandingan kami. Malah, pasti ada yang mungkin akan mengharapkan jangkaan yang lebih tinggi berbanding drama sebelum ini.
“Apa pun harapan saya sangat besar dan pastinya drama kali ini ada beza menerusi drama gandingan kami sebelumnya,” ujar Fikry yang turut menanam impian untuk beraksi di layar perak pula.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.