Komposer dan penyanyi lagenda, Datuk M Nasir menyifatkan kerjaya seninya merupakan satu perjalanan yang sangat indah meskipun harus melalui pelbagai onak dan duri.
Kata M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed, tanpa fasa jatuh dan bangun, tidak mungkin dia berada ditahap sekarang.
“Perjalanan seni saya ada naik dan turun. Ia bergelombak. Perjalanan secara keseluruhan itu memang indah kerana ia ciptaan Tuhan.
“Dalam sengsara pun ada keindahannya. Ada banyak drama yang harus saya tempuhi,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Keroncong Buat Ana itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert ‘DATO’ M. N45IR CIPTA’ yang berlangsung di ibu kota pada Isnin.
Katanya lagi, sepanjang 45 tahun dalam bidang seni, rasa susah dan jatuh itu hanyalah satu fasa yang harus dilalui sahaja.
Ads
“Namun, saya bukan sejenis yang suka menunjuk apa yang saya lalui. Saya bukan macam segelintir orang, kalau sakit sikit, kena bagitahu semua.
“Saya selalu disokong oleh kawan-kawan. Jadi, segala kesusahan itu tidak saya rasakan sangat. Bercakap fasal sukar, kita kena tahu hadulu erti sukar yang dimaksudkan.
“Pada saya cabaran itu menyeronokkan. Ia umpama sebuah perjalanan roller coaster yang menyeronokkan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi asal Singapura ini juga akui dirinya pernah berputus asa dengan bidang seni kerana industri tempatan tidak menunjukkan kematangan yang diharapkan.
“Ada juga fasa yang saya rasa ingin berputus asa tapi saya tak ambil berat sangat perasaan itu. Selalunya berlaku bila kita buat sesuatu tapi tidak menjadi.
Ads
“Saya melihat dunia hiburan ini tidak kesampaian seperti apa yang saya cita-citakan. Ia tumbuh tapi tidak cantik. Rasa hormat kepada kita pun kurang.
“Saya merasakan perkara itu sejak dipertengahan kerjaya. Bila melihat industri seni di Korea Selatan, dulu kita berjuang bersama-sama tapi sekarang mereka capai ke satu tahap yang lebih tinggi.
“Kita yang dulu sama-sama berjuang, ada banyak hal yang menghambat kita. Sebab itu kita tak sampai-sampai lagi ke tahap itu,” ulasnya lagi.
Ads
Sementara itu, M Nasir turut merasakan dirinya bertuah kerana dikurniakan bakat untuk menghasilkan lagu-lagu yang disukai ramai.
“Bila melihat kepada kerjaya saya, saya rasa nasib saya ini baik. Saya berpeluang mencipta banyak lagu. Saya juga buat banyak lagu-lagu hits berbanding orang lain.
“Mungkin ini kejayaan yang orang luar lihat. Namun, kalau kita lihat karya P. Ramlee, dia hanya membuat 200 lagu sahaja tapi namanya tidak dapat dilupakan.
“Saya kena buat 3000 lagu untuk cuba sampai ke tahap itu. Antara faktornya kerana dunia sudah berubah dan industri kita sudah jadi komersial,” akhirinya.
Terdahulu, konsert ‘DATO’ M. N45IR CIPTA anjuran Icon Entertainment itu akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.
Konsert berdurasi lebih dua jam itu bakal menyaksikan komposer bergelar sifu itu menterjmahkan perjalanan seni selama lebih empat dekad menerusi nyanyian, lakonan dan seni lukis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap kali melihat posting selebriti kepada dua cahayamata, Anzalna Nasir mengenai kecintaannya terhadap fesyen abaya dari Timur Tengah, ramai yang memuji kejelitaannya menggayakan abaya dari Dubai itu.
Malah, Anzalna sendiri sering berkongsi ‘kegilaan’ dirinya membeli abaya dari Dubai yang disifatkan nampak sopan, elegan dan fashionable untuk wanita mengenakan hijab.
Isteri kepada Hanif Zaki ini sudah lama menyatakan hasrat untuk memiliki jenama fesyennya sendiri. Namun hasratnya itu terpaksa dibiarkan seketika kerana ingin memberi tumpuan penuh terhadap dua orang putera tersayang, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Anzalna memilih untuk tidak terlibat dengan projek drama kerana mahu menjaga anak-anak sendiri dan membesar di depan mata. Pelakon berusia 34 tahun itu memikul tugas tersebut bersama suami tersayang, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu rumah ataupun tidak.
Dalam kesibukan menjalani kehidupan sebagai ibu dan isteri, Anzalna sempat melahirkan jenama fesyennya sendiri yang diberi nama @anzalna.vestiaire.
Jenama fesyen Anzalna Nasir ini mendapat sentuhan peribadi Anzalna yang sememangnya amat mencintai dunia fesyen terutamanya selepas mengenakan hijab.
“Dari segi rekaan, saya berkongsi idea dengan pereka fesyen terkenal iaitu Ashraff Zainal yang juga merupakan salah seorang pereka fesyen yang saya kenali sejak tahun 2015.
“Hasil gabungan idea dan olahan Ashraff Zainal telah menghasilkan koleksi Anzalna Vestiaire yang menepati citarasa saya,” ujar Anzalna yang rancak bercerita mengenai cinta terbaharunya itu.
“Finally I can wear my own clothing brand,” ujar Anzalna yang gemarkan potongan abaya moden dan menjadikan abaya dari Dubai sebagai sumber inspirasi dirinya sebagai wanita yang baharu mengenakan hijab, tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri bergaya dan moden.
Tambah Anzalna lagi, abaya yang dihasilkan menepati keperluan hijabista yang mementingkan abaya yang longgar, mudah untuk dibawa solat dan berwudhuk. Selain itu, Anzalna turut berkolaborasi dengan jenama Les Anggun untuk busana raya ibu dan anak.
Ketika ditanya mengenai perancangan untuk membuka butik sendiri sekiranya langkah awalnya dalam bidang fesyen ini berjaya, pelakon Dendam Aurora ini turut memasang angan-angan untuk memiliki perniagaan fesyennya sendiri tetapi dia lebih selesa untuk memperkenalkan abaya ini untuk memenuhi permintaan para peminat yang sering mengikuti gaya fesyen yang digayakannya.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, ternyata Anzalna terharu dengan sambutan yang diterima dari para peminatnya yang teruja dengan koleksi abaya yang dihasilkan.
“Doakan semoga langkah awal saya berkongsi citarasa fesyen dengan para peminat ini diterima sebaiknya,” ujar Anzalna yang berkongsi keterujaannya dalam dunia fesyen di laman sosial miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Rita Rudaini akui teruja apabila berpeluang membawa anak-anaknya bertemu dengan negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad secara empat mata di pejabatnya pada Rabu.
Menurut Rita, pertemuan tersebut merupakan memori terindah buat dirinya dan anak-anak kerana berpeluang merasai sendiri aura yang dimiliki pemimpin tersebut.
Pada masa sama, Rita turut memanjatkan doa semoga Tun Mahathir dan isteri sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah SWT.
“Kami doakan Tun M dan Tun Siti Hasmah sentiasa di beri kesihatan yang baik dan sentiasa di lindungi ALLAH SWT.
“Banyak lagi soalan nak tanya. Teruja sungguh Ryan dan Qaqa jumpa Negarawan.
“Kami sayang Tun. Tun terindah dan terulung,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Rita dan anak-anak sangat bertuah selain turut menganggap Tun Mahathir sebagai pemimpin yang banyak berjasa buat negara.
“Kami duduk UK ni, kalau pergi mana-mana dan orang sana tanya dari mana, kami jawab Malaysia pasti mereka petik nama Tun M. Bangga kami.
“Seronoknya jumpa Tun. Tuah anak-anak. Sejuk perut mak hang mengandung anak-anak bertuah.
“In sha Allah, anak-anak sis akan jadi orang tersohor satu hari nanti.
“Bertuahnya anak-anak. Dapat rasakan satu hari nanti dua beradik ni kerjanya hebat,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 500,000 tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebut sahaja De Fam pasti kenal dengan salah seorang anggotanya iaitu Nur Shazwani Shamsuddin atau lebih mesra disapa sebagai Cik Manggis yang dilihat semakin manis apabila berhijah mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu.
Sejak tampil dengan imej lebih muslimah dan sopan, stail dan penampilan Cik Manggis sentiasa menjadi sorotan para peminatnya kerana beliau sering kelihatan ‘On Point’ dalam setiap stail yang digayakannya.
Malah, sejak berhijab Cik Manggis tidak melihat ianya sebagai halangan untuk menjadi diri sendiri dan melakukan sebarang aktiviti lasak sebagai seorang hijabi. Justeru, imej dirinya yang optimis ini sering menerima pujian dari netizen.
Cik Manggis sekali lagi menjadi perhatian dan sorotan ramai apabila penyanyi berbakat besar ini juga mempunyai kemahiran dan kebolehan bermain skateboard.
Rata-rata wargamaya akui terkedu melihat ‘performance’ Cik Manggis yang lincah meluncur diatas papas selaju (Skateboard)
Mana tidaknya, menerusi sebuah video yang tular di laman sosial memaparkan, Cik Manggis yang menaiki papan selaju seperti seorang proffesional, lantas membuatkan netizen membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan dengan pelbagai maklum balas berserta puji-pujian.
“Aku rasa Cik Manggis ni kau bagi la apa pun.. Semua dia boleh.
“Salute.. Even muslimah sekarang but u in trend sis🥰..
“Akak ni tapau semua. Semua akak boleh. Love sangat energy akak. Stay safe kak. Jangan injured lagi tau 🥰
Malah, ada juga peminat yang menyatakan bahawa Cik Manggis adalah anak seni yang serba boleh, kerana jika berikan apa sahaja kepada selebriti ini tentu dia boleh melakukannya.
Hijabista mendapati video berdurasi pendek yang dikongsikan dilaman sosial, memaparkan Cik Manggis sedang bermain skateboard itu telah menerima ribuan tanda suka dan menimbulkan rasa kagum dikalangan netizen.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...