Semalam, penyanyi viral berbangsa India, Santesh telah melancarkan muzik video terbaru lagu Amalina yang kini boleh didengari dalam versi  tamil.

Video yang dimuat naik pada jam 5.00 petang semalam itu telah menerima hampir 300,000 jumlah tontonan dan turut mendapat lebih 25,000 tanda suka setakat ini.

Di samping itu, lagu Amalina juga turut tersenarai dalam 10 lagu trending di Youtube tidak sampai 24 jam ia dilancarkan.

IKLAN

Walaupun jarang lagu Melayu mempunyai versi tamil, rata-rata netizen tetap memberikan komen yang positif terhadap percubaan berani Santesh itu.

Dalam pada itu, netizen turut memuji usaha Santesh kerana berjaya menerapkan identiti Malaysia yang berbilang kaum menerusi muzik videonya

IKLAN

“Bangga Jadi Rakyat Malaysia,”- Ini Reaksi Netizen Bila Santesh Lancar Amalina Versi Tamil, Terbaik!

“Bangga Jadi Rakyat Malaysia,”- Ini Reaksi Netizen Bila Santesh Lancar Amalina Versi Tamil, Terbaik!

IKLAN

Selain keistimewaan lagu ini di dalam versi tamil, jalan cerita yang lucu juga merupakan salah satu faktor menarik perhatian ramai netizen menonton muzik video Santesh ini.

Video: Youtube MVM Music

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI