Kisah kejayaan itu dikongsikan Khairul Aming menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Hari ni genap dua tahun kita menjual Sambal Nyet Berapi and I am pleased to share with you guys yang total jualan kita telah mencecah sebanyak RM21.5 juta. Which is bersamaan dengan jualan sebanyak 1.5 juta botol sambal.
“Kita juga ada terima dua anugerah istimewa daripada Shopee. Yang pertama adalah Best New Seller dan yang kedua adalah Best Customer Service,” kata Khairul Aming.
Susulan kejayaannya itu, Khairul Aming kini telah berjaya membuka kilang kedua yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.
Ads
Rata-rata netizen melahirkan perasaan teruja malah mengatakan Khairul Aming sememangnya seorang anak muda yang mampu memberikan inspirasi buat semua.
“Weh sumpah bangga bisnes orang Melayu kita maju macam ini.
Ads
“Real usahawan.Ni baru jelas perniagaan dia.Layaklah nak bagi talk pasal bisnes.Tahniah.
Ads
“Tahniah Khairul Aming, very inspiring.
“Tahniah @khairulaming dan team. Satu inspirasi untuk semua yang nak bermula dari bawah dalam perniagaan. Tiada jalan singkat, tetapi mesti ada semangat ilmu, komunasi dan wawasan yang tinggi. Saya tumpang bangga,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Haqiem Rusli mendedahkan isterinya, Anis Sofea, 21, belum lagi hamil sekaligus menepis dakwaan sesetengah netizen.
Haqiem, 26, bagaimanpun meminta agar mendoakan yang baik-baik.
“Belum, masih menunggu rezeki (Anis hamil). Dalam tempoh setahun dia ini, apa yang boleh saya cakap kami masing-masing dalam proses memperbaiki diri.
“Maksudnya, cuba untuk menjalani kehidupan berumah tangga dengan baik. Faham tanggungjawab dan sebagainya, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Haqiem tidak menolak rezeki sekiranya mereka dikurniakan zuriat selepas mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.
“Apapun, kami tidak menolak kalau ada (rezeki zuriat). Tidaklah merancang, saya dan isteri terima dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.
Penyanyi yang bakal muncul dengan jenama persalinan Baju Melayu, Sulam Benang ini berkata demikian pada Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection, di Kuantan City Mall, pada Sabtu.
Selain Haqiem, antara barisan penyanyi yang turut terlibat dalam siri jelajah berkenaan ialah Floor 88, Amir Masdi, Syamel, Ernie Zakri, Ramlah Ram dan ramai lagi.
Terdahulu, ada peminat sebelum ini mendakwa Anis berbadan dua selepas figuranya yang seolah-olah menampakkkan ‘baby bump’ menjadi tular.
Pasangan romantis, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson merupakan antara selebriti yang sering menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi di kalangan peminat setia mereka.
Sering berkongsikan aktiviti seharian di laman Instagram, pasangan itu kini sedang bercuti di Perth, Australia bersama anak mereka, Isaac Raees.
Terbaharu, Aiman ada memuat naik video kandid isterinya beserta ucapan yang cukup manis sempena meraikan ulang tahun ke-28 Zahirah yang disambut pada setiap 1 Februari.
Memuji kecantikan semulajadi yang dimiliki isterinya, Aiman berkata dia sering kali terpegun apabila melihat sang bidadarinya sehingga tidak dapat memberikan perhatian terhadap setiap butir-butir kata yang keluar daripada mulut isteri kesayangan.
“It’s not my fault that most of the time I didn’t listen to a thing you are saying (Ia bukanlah saya sebab tidak selalu beri perhatian terhadap apa yang awak bualkan).
“Happy 28th birthday mommy @zahirahmacwilson. Me and Isaac love you so much,” tulis Aiman di ruangan kapsyen.
Aktres itu kemudiannya membalas kata-kata penghargaan dari suaminya;
“Always catch you staring then I have repeat myself everytime! (Selalu nampak awak merenung sehingga saya terpaksa mengulang balik apa yang diperkatakan setiap kali!) Love you sayang & our little sweet Isaac,” tulis Zahirah di ruang komen.
Pelakon Dini Schatzmann memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status hubungannya bersama selebriti popular, Janna Nick yang didakwa sedang berdepan masalah.
Bagaimanapun, Dini memaklumkan dia dan Janna akan berkongsi satu berita dalam tempoh terdekat.
Tidak memaklumkan sama ada ia merupakan berita baik atau sebaliknya, Dini atau Dini Azan Schatzmann bagaimanapun meminta semua pihak tidak membuat spekulasi.
“Sebenarnya, saya tak boleh nak memberikan apa-apa kenyataan buat masa sekarang tetapi kami ada satu berita yang ingin dikongsikan kepada semua pihak dalam masa terdekat.
“Apa yang boleh saya katakan, ia berita yang agak besar berkaitan saya dan Janna. Sama ada berita baik atau tidak, kita kena tunggu.
“Yang penting, berita yang akan kami sampaikan itu bukanlah satu gimik tetapi ia benar-benar berkaitan dengan hal peribadi kami. Itu saya boleh pastikan kepada anda semua buat masa sekarang,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Marry Me Seniorita itu berkata sedemikian ketika ditemui pada
malam anugerah Gempak Most Wanted Award 2022 (GMWA2022) yang berlangsung pada Ahad.
Jelas Dini lagi, dia dan Janna punyai sebab tersendiri mengapa mereka perlu menunggu waktu yang sesuai untuk berkongsi mengenai berita tersebut.
“Pada saya, semua perkara punyai waktu dan perancangan tersendiri tentang bagaimana sesuatu perkara itu akan berlaku. Ia juga turut bergantung kepada kehidupan peribadi kami.
“Jadi, buat masa sekarang, waktunya belum sesuai. Ada beberapa perkara berlaku yang membuatkan waktu sekarang memang tak sesuai untuk kami kongsikan berita tersebut,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Dini memaklumkan hubungannya bersama Janna masih lagi baik dan tidak seperti apa yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak.
“Saya dengan Janna sentiasa baik sahaja. Kami tak pernah tak baik. Apapun yang berlaku, kita tidak akan bergaduh. Kami sentiasa ada untuk satu sama lain.
“Kami juga masih lagi bekerjasama. Baru-baru ini, saya dan Janna ada jalani penggambaran drama bersama-sama. Saya pun masih dibawah syarikat pengurusan Janna. Jadi, memang tiada masalah diantara kami.
“Tiada sebab untuk kami bergaduh sehingga boleh menjejaskan perhubungan kami. Kami akan sentiasa berpendirian positif semampu kami,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pelakon kacukan Malaysia-Switzerland ini turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dia sebenarnya menjadi punca Janna berpewatakan agak ‘daring’ sejak kebelakangan ini.
“Pada saya, itu tidak benar. Semacam fitnah pula. Mengenai segala tindak tanduk Janna, saya tiada hak untuk bercakap apa-apa. Agak susah untuk saya menjawab kerana ia tiada kena mengena dengan saya,” akhirinya.
Sekadar informasi, Dini dan Janna mula menjalin hubungan cinta sekitar Julai 2018 semasa sama-sama sedang menjalani penggambaran drama Bukan
Cinta Aku.
Bagaimanapun, sekitar November lalu, timbul spekulasi bahawa hubungan mereka dikatakan sudah berakhir dengan masing-masing didakwa membawa haluan sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...