Bakal Terima Kembar Kali Ketiga, Dr. Halina Kongsi Video Ultra Sound

Share

Berkongsi berita kegembiraan di akaun Instagram, isteri kepada angksawan negara iaitu Dr. Halina Mohd Yunos merakam momen indah, video ultrasound yang memeparkan kandungannya kini berusia 13 minggu.

Justeru, isteri kepada angksawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kandungannya.

“Terima kasih atas ucapan kalian. Alhamdulillah we are blessed with kind words and doa from all of you. Thank you again.

“Being pregnant at a not-a-very-young-age comes with different set of challenges. Saya dapat rasakan perubahan badan saya sebelum mengandung, tetapi apa yang sama ialah saya semakin ‘mengembang’.

“Kali ini saya berjumpa dengan rakan lama saya dari Hospital Selayang, Dr @fara.azura.

“The first video on the left showing how the twins located next to each other in the womb. Two separated sacs.. and two separated placenta.

“Next one is the baby on the right.. and last video is baby on the left.. .
Thank you again for your well wishes. Pls keep us in your prayers,” tulisnya.

Terdahulu, Sheikh Muszaphar memaklumkan isterinya itu hamil di Instagram lewat petang Khamis.

“Menjangkakan kembar lagi. Alhamdulillah, syukur teramat. Dr Halina kini hamil 13 minggu dengan kembar

“I’m just thrilled , speechless and over the moon …
It’s like DejaVu all over again .
We have always wanted a big family .
But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before 

“Mual berganda, muntah berganda, kembung berganda, keinginan berganda dan pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri.

“Sukar untuk melihat Dr Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner bagi merawat pesakit Covid-19

“Satu-satu perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersama dengannya, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian,”akhirinya.

Untuk rekod, pasangan ini  berkahwin pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Foto : Instagram Dr.Harlina, Dr.Sheikh Muszaphar Shukor

IKLAN