Betty Benafe menerusi portal Mstar mengesahkan dirinya telah bercerai talak satu dengan suami, Bruce Dargus pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Ulas pelakon ini, perceraian berlaku secara baik dan anak-anak kini di bawah jagaannya.
“Sebenarnya saya suda bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru dan kami berpisah dengan cara baik.
“Kalau ikutkan saya tak nak berkongsi dan tak nak mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini tapi takut nanti ada berlaku fitnah, saya terpaksa beritahu.
“Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dan dia (bekas suami) seorang pasangan yang baik tapi antara kami sudah tiada keserasian dan jodoh kami tidak panjang,” katanya dipetik.
Pasangan ini diijabkabul pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Foto : Mstar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada Lan Solo, Sheila Razlan awal malam tadi ada berkongsi pengalaman cemas yang dilalui apabila anak ketiganya, terjatuh ketika bermain ice skating kerana tidak berupaya untuk imbangi badan sebelum dihempap pula dengan seorang lelaki dewasa.
Kejadian bersama di salah sebuah pusat membeli-belah terkenal di negara ini.
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Sheila menerusi Instagram ada berkongsi.
“Kejadian 6.30pm td di ice skating ioi city mall. Akid jatuh sbb x dpt balance badan (1st time main).
“Tiba2 dtg seorg lg lelaki mat salleh jatuh himpap atas blkg Akid. Akid x boleh bangun lgsg. Masa tu KY dah pk macam2 dah. Sbb KY dgn LS kat luar kaca tmpt main tu,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada empat cahaya mata itu turut menjelaskan, anaknya itu tidak bergerak ketika kejadian. Sebaliknya hanya menangis.
“Mmg nmpk akid x bgerak.. Dia nangis je atas ais tu. Berlari x cukup tanah rasanya bila nmpk dia kene hempap dgn lelaki yg berbadan besar tu. Dia nangis sekuat2nya.
“Alhamdulillah,pihak ice skating tu bertindak pantas dan lelaki tadi jugak nmpk sgt risau takut pinggang Akid patah. Dia mengaku dia jatuh atas badan Akid yg berat dia br 16kg. Berat lelaki tu dlm 90kg ++.
“Bnda dah nk jadi,x kan KY nak ngamuk kat situ pulak kan,” katanya sambil turut memberi cadangan agar lokasi permainan diasinglan mengikut tahap.
“Cuma sekadar cadangan. Kalau2 in future, pihak ice skating tu boleh asingkan tmpt utk yg amatur dgn yg dah terrer (sbb yg terer ni suka tunjuk aksi yg diorg boleh laju2 atas ice tu) jadi x sempat brek.
“Abis terkena org lain.. Sekadar cdgn jela. Apa2 pon, terima kasih kpd semua yg membantu kami kat ioi city mall tadi,” tulis Sheila panjang lebar.
Lalu, ramai juga yang mendoakan agar luka serta kecedaraan yang dialami kanak-kanak berkenaan lelas sembuh selain ada yg turut berkongsi mengenai pengalaman.
Terdahulu, Sheila mendirikan rumah tangga bersama Lan pada 5 Disember 2009. Pasangan ini sudah dikurniakan empat anak iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff dan
Foto: Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rock legenda, Datuk Nash bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan luaran selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau, malam tadi.
Nash,...