Pengacara dan penyampai radio, Dj Sonic Hussien, akui terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura yang sering kali memilih khidmatnya untuk pengacarakan majlis yang dianjurkan.
Menurut Dj Sonic atau nama sebenarnya Awang Suffian Awang Hussien, Fazura tidak pernah mementingkan soal populariti, sebaliknya dia percaya dengan bakat yang dimiliki oleh seseorang pengacara itu.
“Wanita yang paling mempercayai bakat saya tanpa melihat populariti. Biasa artis popular, akan pilih juga host popular untuk jadi host majlis mereka.
“Ye lah kan, kalau host tak di kenali, tak hebatlah majlis itu BUT, tidak untuk @missfazura !
“Faz ketepikan populariti itu tapi lihat bakat yang Allah kurniakan pada saya. @missfazura, terima kasih Faz,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, penyampai radio, National FM ini turut menyifatkan Fazura merupakan antara individu yang banyak membantu menaikkan namanya selama ini.
“Kerjaya saya mula dikenali dan mula mendapat perhatian juga sebab Faz. Alhamdulillah.
“Terima kasih untuk kepercayaan yang tidak pernah hilang. Tahniah Faz untuk pelancaran applikasi @mukminpro_official ! Selamat berpuasa Faz dan keluarga.
“To team Faz, kalian juga hebat. Banyak bantu saya. Terima kasih. Ada rezeki kita kerjasama lagi okay,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain turut menyifatkan Fazura sememangnya mempunyai budi pekerti sangat baik.
“Host paling legend.
“Rezeki tidak pernah salah alamat.
“Alhamdulillah syukur. Selamat berpuasa DJ Sonic.
“Bakat lebih penting dari populariti. Suka dengan Dj Sonic,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, selain bergelar penyampai radio dan pengacara, Dj Sonic juga merupakan antara pembaca berita yang berkhidmat di saluran TV Sarawak (TVS).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Dj Sonic
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vokalis kumpulan XPDC, Ali atau nama penuhnya, Mohd Ali Ismail, 54, sebelum ini pernah diuji dengan serangan angin ahmar selain pernah ditidurkan kerana kesukaran bernafas sebelum ini akibat masalah jantung dan paru-paru.
Reda atas ujian, bapa kepada lima cahaya mata itu bagai diberi peluang kedua meneruskan kehidupan.
Ketika ini, makan dan minum Ali menggunakan tiub kerana tekaknya masih sakit untuk menelan.
“Alhamdulillah, saya bagai hilang kata-kata diberi nikmat hidup ini. Saya pernah berada pada tahap peratusan 50/50 untuk hidup. Seperti nyawa-nyawa ikan ketika itu. Allah tarik nikmat aset suara saya miliki, tapi dibentangkan banyak hikmah.
“Tapi kini keadaan saya semakin okey. Dulu nak bercakap pun susah. Sekarang boleh bercakap walaupun tak lancar. Kalau susah sangat nak bercakap, isterilah yang jadi wakil (bercakap).
Sehingga kini saya masih meneruskan fisioterapi dan ‘rehab’ seminggu sekali di Hospital Rehabilitasi Cheras.
“Pergerakan dan kos ulang-alik ke hospital juga dapat dijimatkan serba sedikit kerana saya sudah berpindah menyewa pangsapuri di Seri Kembangan sejak awal Ramadan lalu. Dulu masa tinggal di Klang, banyak guna duit,” katanya.
Kata Ali, dia bersyukur di saat hilang punca rezeki kerana nikmat ditarik, banyak pihak membantunya.
Kos rawatan di Hospital Ampang sebelum ini selama tiga minggu RM12,000 ditanggung Baitumal. Begitu juga bayaran sewa rumah RM850 turut dibantu badan berkenaan.
“Kediaman baharu yang disewa pun sewanya dibayar Baitulmal sebanyak RM800. Kami hanya bayar RM50 saja,” kata Ali.
Namun, sejak awal Ramadan lalu juga, Ali enggan terus berpeluk tubuh mengusahakan perniagaan menjual kerepek dan kuih tradisional.
“Anak saya syorkan takkan nak terus menerima sumbangan orang, lalu mereka mencadangkan untuk menjalankan perniagaan. Akhirnya kawan syorkan saya menjual kerepek dan kuih diusahakannya.
“Kami berniaga di tapak Pekan Sungai Besi. Tapak pun kawan saya uruskan tanpa perlu saya membayar sewanya. Cuma masa nak mulakan perniagaan itu, duit simpanan yang ada ditampung dengan barang kemas digadai isteri jadi modal. Hasilnya dapatlah kumpul RM8,000 sebagai modal.
“Ketika ini, tiga anak saya termasuk lelaki sulung bergilir-gilir menjaga gerai kerana saya belumkuat untuk menjaganya seorang diri. Hasil jualan ini bolehlah menampung kehidupan saya sekeluarga. Malah pernah hasil jualan cecah RM300 sehari,” katanya lagi.
Dia turut menambah, wakil kelab peminat XPDC turut datang ke rumah dan menghebahkan perniagaan diusahakannya sebelum ini.
Sementara itu, dia sepatutnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda.Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.
“Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021,” katanya lagi.
Sementara itu, isterinya, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.
“Dulu selama lima kali melalui fasa kehamilan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa loya nak muntah pun, dia sanggup tadah tangan.
“Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memualkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.
“Cuma saya tahu dia memang sedih tak dapatberpuasa. Dulu waktu sihat, puasa takkan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam,” kata Sharifah Azuwanna.
Terdahulu, Ali dan isterinya turut menerima kunjungan pihak stesen radio Buletin FM bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin yang menyampaikan sumbangan dan bantuan baucar RM300 sebulan selama tempoh setahun untuk membeli barangan keperluan dapur di premis beli belah itu.
Penyampai Buletin FM, Haiza Hanafi turuf hadir menyerahkan sumbangan peribadi dan barangan stesen radio berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir lapan tahun berkhidmat, akhirnya penerbit dan pengacara, Dahlia Shazwan mengumumkan pengunduran dirinya daripada program televisyen popular, Hlive.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Dahlia menerusi hantaran terkini di laman Instagram, baru-baru ini.
Menurut ibu kepada seornag cahaya mata ini, dia sememangnya berasa amat bersyukur dengan jalan yang telah diaturkan buat dirinya.
“Mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan saya selama lapan tahun ini sebagai penerbit dan pengacara untuk Thinker Studios dan Hlive.
“Saya sangat bersyukur dengan jalan yang telah diaturkan oleh Allah tidak kira disaat jatuh dan bangun.
“Selamat tinggal semua. Saya mengundurkan diri,” tulisnya.
Pada masa sama, Dahlia turut berkongsi sebuah video yang memapar momen-momennya sepanjang bersama Thinker Studios dan Hlive.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Dahlia.
“Sangat seronok bekerja bersama. Selamat maju jaya.
“Kami mendoakan yang terbaik buat kamu Dahlia.
“I love your hosting dear.
“Kami akan merindui awak di Hlive.
“The best co-host at Hlive. Farewell gee,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Dahlia merupakan antara personaliti tv terawal yang mengacarakan program hiburan, Hlive.
Untuk rekod, Dahlia telah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hati, Shafiq Ismet pada tanggal 23 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Freda pada 22 Februari 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dahlia Shazwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...