“Baju Couture Tolak Tepi Dulu,” – Jovian Mandagie Utamakan Pengeluaran PPE Tudung dan Suit Frontliner, Tangguh Baju Raya

Share

Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie sanggup menangguhkan persiapan penyediaan koleksi Raya Aidilfitri pada tahun ini semata-mata mahu memberi keutamaan dan bantuan kepada petugas barisan hadapan kakitangan hospital.

Kongsinya, dia kini dalam proses menyiapkan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dalam bentuk tudung dan sut.

“PPE Tudung & PPE Suits di hadapan, baju couture tolak tepi dulu. #KitaJagaKita @jovianmandagie,” jelasnya.

Kagum akan usaha pereka itu, netizen memuji tindakannya menggunakan kepakaran dalam meringankan beban petugas barisan hadapan.

Terdahulu, Datuk Radzuan Radziwill turut menyumbang tenaga menjahit PPE untuk diberikan kepada kakitangan hospital terlibat.

Foto : Instagram Jovian Mandagie

IKLAN