Sedang tular klip yang membawa pesanan PU Azman berkenaan Si Nopal yang dikatakan bermaksud lucah.
“Saya merujuk beberapa orang tentang maksud bahenol. Saya merujuk dalam kamus maksud bahenol. Bahenol membawa maksud lucah.
“Maka oleh yang demikian, saya telah delete semula video tentang lagu berkhemah dengan anak Nopal. Saya mohon maaf kepada netizen. Saya menyarankan supaya tidak menyebut perkataan dan mengikuti lagi sebarang perkembangan tentang Si Nopal ataupun bahenol tersebut.
“Bahenol bermaksud bentuk badan perempuan yang ghairah montok,” ulasnya menerusi video yang dimuatnaik.
Maksud Bahenol…. Lah Yeker.. Baru Tahu ???
Posted by Viral Media Johor on Monday, 11 February 2019
Namun, netizen pula mempunyai pendapat tersendiri. Ada yang setuju dengan pandangan PU Azman, namun ada juga yang menegaskan bahawa maksud bahenol adalah gemuk.
Si Nopal merupakan karakter kartun dari Indonesia yang mengisahkan dua adik beradik. Watak ini popular apabila Wany Hasrita mula memuatnaik klip nyanyiannya di laman Instagram.
Foto – Facebook Viral Media Johor
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekejap Tanya Kata Buleh. Pastu Tanya Orang Lain Kata Tak Buleh,” – Abby Persoal Mahram Ke Mekah, Netizen Tolong Jawab
Memuatnaik sebuah artikel yang dipetik dari BH Online berjudul Wanita 25 Tahun Dibenar Masuk Tanpa Mahram, Abby Abadi meminta pendapat netizen akan kesahihan berita tersebut.
Menurutnya, kenyataan itu membuatkannya keliru kerana ada segelintir yang mengatakan masih wajib ada mahram untuk wanita 45 tahun ke bawah untuk ke Mekah.
“Assalamualaikum. Hai Awak.
“Sebelum titun meh jawab soalan Sy ni kejap hehe.. Berita ni benar atau kurang benar? .
Wanita bawah 25 buleh ke tak buleh ke Mekah tanpa Mahram? Sekejap tanya kata buleh. Pastu tanya org lain kata tak buleh pulak.. i is konpiuss! Meh tlg bg jawapan yg pasti.
“Yg baru pergi/ baru balik di alu alukan bagi info ye. Sy dulukan dgn ucapan Terima Kasihhh & i lap u hehe,” soalnya.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Prihatin dengan permasalahan ini, netizen mengulas lanjut mengatakan berita berkenaan hanya untuk visa pelancongan dan tiada kena mengena dengan mengerjakan umrah atau haji.
Foto – Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Ini Ramai Juga ‘Unfollow’, Menjauhkan Diri…,” – Naufal Azrin Syukur, Nuha Bahrin Terkejut Casablanca ‘Mendonia’ Tular Sampai Indonesia
Tidak dinafikan, single Casablanca yang dinyanyikan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang dilancarkan pada 4 Jun lalu terus menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tanah air hingga mencetuskan sensasi di media sosial.
Di aplikasi TikTok dan Instagram misalnya, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media, ciptaan lirik oleh Daqmie dan Abdul Karim Al Ali, produser Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh dan Daqmie ini menjadi fenomena apabila ia kerap dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video yang dihasilkan pengguna laman sosial.
Malah, muzik video rasmi Casablanca yang dimuat naik di saluran YouTube Masyhur sudah mencecah lebih 5 juta tontonan dan dilayari mencecah lebih 2.5 juta di Spotify.
Begitu juga di aplikasi TikTok, lagu ini mencecah tontonan #casablancachallenge mencecah 15 juta tontonan setakat ini.
Pada masa sama, Casablanca mencipta sejarah apabila menjadi lagu pertama tempatan yang paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global, Spotify Viral 50 Indonesia dan juga menduduki tempat ketiga belas di Spotify Top 50 Indonesia di penstriman muzik Spotify.
Selain itu, ia berada di kedudukan tempat pertama di aplikasi JOOX Malay Hits sementara menerusi aplikasi Apple Music Top 100, Casablanca menduduki tempat kedua.
Pengarah A&R & Pemasaran Universal Music Malaysia, Encik Hermond Cheng dan Pengarah Urusan BeeGood Music Encik Amir berkata, mereka berbangga dengan pencapaian yang diraih sekaligus menjadikan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media sebagai syarikat rakaman pertama yang berada di tangga teratas carta ‘Spotify Viral’ di Indonesia.
“Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pendengar, peminat dan pengguna laman sosial sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei atau di mana juga berada kerana mendengar dan menstrim lagu ini hingga tular dan mencetuskan fenomena yag luar biasa,” katanya.
Malah, resipi itu dilihat sangat sesuai buat mereka yang ada ‘crush’ atau yang sedang dalam percintaan. Disebabkan itu, Casablanca yang menampilkan Wan Saleh, Amir Hufaz, Khairul, dan Daqmie selaku penerbit dan pengubah lagu itu berjaya diterima baik dan dekat di hati peminat.
Bagi Nuha, dia tidak menjangka lagu Casablanca mendapat tempat yang hebat dalam kalangan peminat di Indonesia.
“Perasaan saya sangat terkejut sebab tak jangka lagu itu sudah sampai ke tahap ini, dan dalam masa sama saya teruja dengan projek yang akan datang. Pendek kata, terkejut, teruja dan sangat gembira.
“Apa yang kami dapat sekarang dan sokongan yang diperoleh bukan saja dari peminat tanah air tapi juga daripada Indonesia dan Brunei yang kami tidak menjangkakan sama sekali Nuha amat bersyukur dengan sokongan berterusan daripada peminat.
Sementara itu, Naufal bersyukur dengan sambutan diberikan selain tidak pernah menjangka lagu tersebut boleh mencetuskan fenomena luar biasa. Sejujurnya, saya sangat gembira dan teruja.
“Kami sudah buat yang terbaik, dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah tuhan beri kami rezeki yang tidak dijangka. Terima kasih Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Ditanya mengenai respons peminat terhadap kerjayanya, menurut Naufal dia sudah mula diikuti peminat baharu.
“Sebelum ini ramai juga yang ‘unfollow’ ataupun menjauhkan diri daripada saya. Tapi Alhamdulillah, selepas keluar lagu Casablanca, ‘follower’ yang baru hadir.
“Insya-Allah, saya akan menjaga semua yang ada dengan saya dari dulu hingga kini. Tidak lupa juga kepada semua yang baru mengenali saya. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Payah Ucapan Panjang, Nanti Mama Bisik Kat Telinga Papa,” – Elly Mazlein Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Dengan Cikgu Azlan
Artis versatil, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom telah menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama suaminya, Mohamad Azlan.
Lalu, bintang yang popular menerusi drama bersiri Kampung People ini ada menzahirkan rasa syukur atas kebahagiaan yang dimilikinya setelah lebih setahun melayari bahtera perkahwinan bersama.
“Alhamdulillah .. 1 tahun bersama ..Happy 1st Anniversary Sayang.
“Tak payah ucapan pnjng2 lah kat ig .. nnti mama bisik kat telinga papa. Doa dan harapan mama dlm perkahwinan kita. Biar kita saja yg tau.
“18 January 2020, 18 January 2021.
“Gambar tu masa Papa Awan Nano dtg merisik,” tulisnya menerusi hantaran terkini di akaun Instagram.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan agar mahligai cinta Elly bersama suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun mereka bercerai pada 15 Oktober 2015.
Kini, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan pada 18 Januari 2020 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI