Gara-gara memakai kanta lekap dalam tempoh yang agak lama, seorang gadis terpaksa menahan kesakitan mata apabila kornea matanya luka.

Menurut gadis bernama Nik Nur Adibah Athirah, sebelum ini dia pernah mendengar kisah orang tentang isu sebegini, namun tidak menyangka akan terkena pada dirinya sendiri.

Melalui posting di Facebook, Adibah sempat berkongsi cerita bagaimana perkara ini boleh terjadi.

Menurutnya kejadian telah berlaku pada 29 December 2017, di mana secara tiba-tiba dia merasakan sakit di bahagian mata setelah memakai kanta lenkap selama 2-3 jam.

Bahaya! Orang Yang Suka Pakai Kanta Lekap Perlu Baca Apa Yang Doktor Pesan Pada Gadis Ini!

Namun oleh kerana berada di luar kawasan rumah, Adibah mengambil sedikit masa untuk membuang kanta yang berada di dalam mata.

IKLAN

Namun, sebaik sahaja mengeluarkan kanta tersebut, Adibah memberitahu pandangannya mula kabur.

Walaupun sudah memakai kaca mata, namun pandangannya semakin terganggu sehingga timbul rasa tidak selesa dan sakit.

Matanya semakin berair dan mata belah kanan tidak dapat dibuka seperti biasa dan terpaksa mengharapkan bantuan ibu untuk datang ambilnya di tempat kerja.

IKLAN

Menurutnya, pada waktu malam, kondisi mata semakin sakit sehingga menyebabkan dia langsung tidak boleh memandang tempat yang bercahaya seperti TV dan telefon.

“Nak pergi keje mata mata kabur lagi , pakai cermin mata pun kabur lg . Lebih kurang tengahari , mata sebelah kanan , rasa tak selesa dan sakit , mcm ada benda asing masuk dlm mata. Check tgk dan basuh dgn air. Tapi takde ape2.

 

“Mata sakit lagi , dan jadi berair . Mata sebelah kanana tak dapat nak bukak mcm biasa , boleh bukak sikit dan akan berair sakit balik. Ptg tu call ma , dtg ambjk kat tempat kerja sebab tak dapat nak balik sendri , mata kabur + sakit tak dpt nk bukak.

 

“Malam tu , mata jd lg sakit kena byk ttp mata,,azabnya rasa sampai nangis sebab sakit dan tak dapat nak tengok apa2 . Mata tak boleh kena cahaya atau benda yg silau mcm skrin handphone & tv . Titis eyemo pun tak jadi,” tulisnya di Facebook.

Bahaya! Orang Yang Suka Pakai Kanta Lekap Perlu Baca Apa Yang Doktor Pesan Pada Gadis Ini!

Selepas beberapa hari, Adibah telah ke klinik dan mendapati ada kesan calar di anak matanya. Tambahnya lagi, apabila melakukan vision test, dia langsung tidak dapat nampak apa yang tertulis dihadapan kerana pandangannya semakin kabur.

IKLAN

“Buat vision test. Byk huruf yg tak nampak , penglihatan dah kabur. Masa ni mmg tak boleh kena cahaya lgsung , jalan smbil ttup mata dan pimpin tgn ma . Tak dapat nk tgk apa2. Blh bukak mata kejap2 jd sakit , dan berair. Kalau kena cahaya, mata jadi sakit hingga ke kepala. Doktor di klinik buat surat , dan suruh refer ke bahagian kecemasan di Hospital .

 

“Pergi ke bahagian kecemasan , Doktor check , dan nk prgi ke bhagian pakar tp masa tu dah lewat Doktor pakar dah takde. Dan doktor di bahagian kecemasan mintak refer sy ke Doktor di wad Oftamotologi. Doktor kt situ cek , dan titiskan ubat , nmpak ada kesan luka di kornea mata. Luka kat mata kanan dan kiri. Tp yg bahagian kanan lagi besar luka. Doktor bagi ubat titis dan krim utk letak kt dlm mata. Dan esok kena datang lg jumpa doktor mata,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun setelah mendapatkan rawatan beberapa hari di hospital, matanya semakin pulih. Malah bahagian Pakar Saraf turut mempunyai result positif. Cuma mengambil sedikit masa untuk mengurangkan warna merah mata.

Adibah bagaimanapun mengambil pengalamannya ini sebagai pengajaran hidup dan serik dengan apa yang terjadi.

Sumber: Facebook Nik Nur Adibah Athirah

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI