Menerusi majalah Mingguan Wanita edisi Mei Volume 1, pelakon dan hos senior, Raja Azura ada berkongsi mengenai situasinya sekeluarga dalam menjalani ibadah puasa tahun ini.
Katanya seperti yang dipetik, sama seperti para ibu lainnya, dia akan memasak serta menyediakan juadah untuk berbuka.
“Pada bulan Ramadan saya akan masak. Walaupun rumah saya terletak berhampiran bazar Ramadan, saya tidak akan beli makanan di sana. Biasanya ketika berbuka puasa kami tidak makan nasi.
“Saya akan masak apa sahaja makanan yang anak suka. Saya hanya masak makanan berat ketika waktu sahur. Cuma pada tahun ini, rumah saya agak sunyi sedikit kerana anak-anak tinggal di asrama.
“Ketika Ramadan, saya dan keluarga akan buat aktiviti yang akan mengeratkan aktiviti keluarga. Biasanya saya akan tengok dahulu jadual persekolahan anak-anak. Bila waktu cuti barulah aktiviti ini akan diadakan,” kata pemilik nama lengkap YM Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini lagi.
Bagaimanapun memandangkan anak-anaknya tinggal di asrama, mereka sekeluarga hanya akan dapat melakukan terawih bersama-sama andai setiap anggota keluarga ada di rumah.
“Apabila semua ada di rumah, kami akan solat terawih bersama-sama. Emak dan keluarga abang saya juga akan turut sama melakukan solat terawih tersebut.
“Aktiviti itu biasanya dibuat di rumah saya. Insyaallah ini adalah tahun ketiga kami melakukan aktiviti ini,” cerita Kak Engku.
Malah, bercakap soal menu pula, bintang yang sinonim dipanggil Kak Engku ini bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang tidak memilih makan.
“Tetapi lauk yang paling mereka suka antaranya adalah ayam masak kicap, kari ikan dan ayam goreng berempah. Bagi saya penting masakan air tangan ibu dalam membesarkan anak-anak.
“Ketika memasak juga saya ikut petua orang tua-tua dengan membaca selawat sebanyak tiga kali. Apabila basuh beras saya selalu berdoa mudah-mudahan rezeki yang kita beri menjadi darah daging anak-anak dan diharapkan anak-anak menjadi anak yang soleh, anak-anak juga selalu akan ingat kita.
“Tetapi saya tidak tahulah apa yang orang sekarang buat atau tidak. Saya ini hidup dengan emak. Saya cakap terus-terang. Nama sahaja saya ini artis tetapi saya tidak ada kawan rapat artis. Hidup saya di dalam rumah sahaja. Habis kerja saya akan balik ke rumah. Kawan saya adalah anak-anak, sepupu saya dan emak dan bapa saya,” luahnya lagi.
Sebenarnya, banyak lagi yang dikongsikan pelakon drama ikonik, Pengantin Popular ini menerusi Mingguan Wanita. Kalau nak tahu lebih jangan lupa untuk dapatkan majalah ini edisi terkini ni okay!
Inilah realiti seorang isteri dan ibu kata Nad Zainal.
Tiada masa dan ruang untuk diri sendiri, keutamaan adalah untuk suami dan anak.
Tambahnya lagi, kehidupan tidak seindah drama waktu petang. Waktu lapang yang ada digunakan sebaiknya untuk berehat, bukan ke spa mencantikkan diri.
“No filter needed
Muka berminyak
Sarung shirt besar
Rambut toncet malas
Buat apa nak malu
Ini adalah rupa seorang isteri,
Are you ready.”
“Yang single-single tu?
Berkahwin dan ber anak
Kita akan banyak tanggungjawab…
Tidak seindah drama petang,
Mana yang tak ada maid tu..
Lagilah.
“Now i know.. kenapa mak mak kadang-kadang macam singa…
Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah.. sebab bila ada masa terluang.
Baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun.
“Nak masuk puasa ni
Mula google lauk nak masak sahur pulak…
Itulah MAK
“Are you ready girls?? Sebelum tu mari bersedia ucapkan Selamat Hari Ibu buat mak-mak kita.. dan jangan lupa tonton Geng Mak Mak di @astrogempak,” tulisnya.
Luahan hati ini turut mendapat perhatian pelakon Fasha Sandha dan Amyra Rosli yang mengakui tidur lebih penting apabila punya masa senggang.
Foto : Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Noorkhiriah atau dikenali sebagai Khiriah ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang drama rantaian Nur itu telah berkongsi gambar sekali gus mengimbau kembali kenangan bersama ibunya ketika berada di tanah suci Mekah 5 tahun lalu.
“Sungguh ke keja mcm akak ni tak berkat..dgn rezeki nilaa akak mrasa bwk Mak akak pegi Mekah #2014..mcm mimpi weii..sapa kita nak menilai berkat @ tidak..”
“moral of te story manusia takde hak jatuhkan hukum..Allah Maha Mengetahui..doa yg bbaik InshaAllah yg baik2 akan datang..lagi 2 tahun dah leh pi sendiri tanpa mahram..jom Mak”tulisnya.
Kongsi pelakon yang berusia 40 tahun itu lagi, dia berasa bersyukur dengan hasil titik peluk daripada lakonan dirinya, Khiriah dapat membawa ibunya ke tanah suci Mekah.
Dalam pada itu, perkongsian Khiriah turut mendapat kata-kata pujian daripada peminatnya.
Terdahulu, Khiriah pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Artis Komedi Wanita Paling Popular sebanyak 3 kali berturut-turut.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza berkesempatan bercuti di Turkiye bersama suami tercinta yang juga Norman Hakim, bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.