“Bagi Saya, Ia Sangat Keji!,” – Terkejut Dapat Gambar Pelincir & Paha Dalam Tab Mandi, Riena Diana Tak Sunggup!

Share

Pelakon yang juga penyampai radio, Riena Diana mendedahkan dirinya ada menerima mesej berbaur lucah daripada seorang individu tidak dikenali menerusi ruangan direct message (DM) melalui laman Instagram.

Jelas Riena, individu seperti ini tidak sepatutnya diberi ruang kerana lama-kelamaan kelakuan mereka akan semakin melampau.

Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka individu tersebut akan melakukan perkara sedemikian memandangkan di profile akaun tersebut jelas terpampang nama Allah S.W.T.

“Kat bio itu elok dah ingat Allah, tapi bila DM, berbeza betul ek?

“Orang macam ini jangan dibiarkan, sorok di sebalik akaun palsu dan kalau dibiarkan lama-lama gambar mengarut lagi dia hantar. Keji la!” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan ’geng’ baru stesen radio Hot FM itu menerusi ruangan Instagram stories miliknya.

Malah, Riena juga mendedahkan individu tersebut turut berkongsi gambar minyak pelincir bersama minuman tenaga.

Sementara itu menerusi laporan Mstar, pelakon yang popular menerusi drama, Kampung People ini turut memaklumkan dirinya telah pun menyekat akaun tersebut selain turut menyifatkan individu berkenaan mempunyai masalah mental.

“Saya memang ambil langkah terus sekat akaun Instagram dia. Tak sanggup kalau ada lagi mesej seperti itu.

“Bagi saya, mereka ini seperti ada masalah mental sebab hantar gambar tak senonoh,” katanya.

Dia pada masa sama mengakui sebelum ini dia hanya mendengar rakan lain berdepan situasi sama.

“Sebelum ini, saya selalu dengar selebriti lain terima mesej macam itu. Tapi saya abaikan saja sebab saya tak pernah kena pun. Tak sangka pula, kali ini saya pula terkena buat kali pertama.

“Mula-mula dia mesej saya tak layan… selepas itu, dia hantar pula gambar sebegitu. Bila saya tengok gambar yang diberikan dan ia sebenarnya gambar kaki dia.

“Memang saya takut dan terkejut la sebab ingatkan dia ambil gambar bawah (kemaluan)… bila tengok profile, siap tulis ‘thank you Allah’ tapi berperangai buruk macam itu. Bagi saya, ia sangat keji!,” katanya lagi.

Foto: Instagram Riena Diana

IKLAN