Ibaratnya, tiada siapa yang akan memahami kerana apa yang berlaku disimpan rapat di dalam hati. Mungkin itulah perumpamaan yang boleh disimpulkan buat penyanyi terkenal, Ziana Zain yang sudah pun selesai menjalani sebutan kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Selasa.

Memetik Sinar Harian, penyanyi Puncak Kasih dan Berpisah Jua itu turut mendedahkan, kehidupannya dengan suami, Armin Zaharin selama ini tak ubah seperti hidup dalam neraka memandangkan seawal empat bulan perkahwinan, dia sudah pun terpaksa menanggung penderaan secara mental.

“Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga. Melihat pagar pun saya dah meraung.

 

“Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku nerakaku,” kata Ziana seperti yang dipetik.

Jelas Ziana lagi, dia juga tidak pernah menyangka,  penderaan mental yang dialaminya itu meleret sehingga perkahwinan mereka menjangkau berpuluh tahun.

IKLAN

“Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima,” akuinya.

Pada masa sama, Ziana juga mendakwa suaminya, Armin Zaharin turut ada melemparkan kata-kata kurang sopan di mana sahaja termasuk di tempat awam dan di hadapan keluarga.

“Anak- anak sampai tidak mahu keluar makan bersama Armin kerana malu sekiranya diherdik, terangnya sambil mengakui pada usianya kini, dia sudah tidak mampu untuk menahan penderitaan daripada terus berlaku.

Terdahulu,  Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam turut menetapkan 28 Jun sebagai tarikh sebutan bagi mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai berhubung kes perceraian penyanyi terbabit.

IKLAN

Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar memutuskan demikian selepas suaminya itu enggan melafazkan talak secara baik kerana mahu menemui semua anak mereka.

Pasangan bernikah pada Mei 1998 itu dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.

IKLAN

Kredit: Sinar Harian

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI