Alahai Comelnya Anak Gajah Ni Merajuk…

Haiwan juga sama seperti manusia, punyai rasa dan perasaan. Tidak lama dahulu sebuah video yang memaparkan seekor anak gajah yang sedang merajuk telah dimuat naik ke Youtube.

Kelakarnya apa yang dilakukan oleh anak gajah tersebut sama seperti seorang kanak-kanak yang merajuk dan ingin dapatkan perhatian ibunya.

Namun kedua ibu bapa gajah tersebut langsung tidak mengendahkan tindakan anaknya yang cuba ‘duduk’ di tepi jalan dan merajuk sendirian.

Dikhabarkan sekumpulan gajah ini telah merantau sepanjang beberapa meter untuk mencari sumber air.

IKLAN

Kerana terlalu penat berjalan di bawah terik matahari selama beberapa jam, anak gajah ini dikatakan terus ‘duduk’ dan tidak mahu berganjak ke mana-mana.

Menguatkan lagi protesnya, anak gajah ini telah menggulingkan badannya di atas rumput lalu berguling ke jalan berdebu.

Si ibu yang enggan melayan kerenah anaknya, hanya berjalan melepasi anak gajah tersebut yang sedang cuba sedaya upaya untuk dapatkan perhatian. Selang beberapa saat si ayah juga lakukan perkara yang sama.

Menyedari tekniknya itu gagal, si anak gajah itu bangun dan teruskan perjalanan untuk mencari air.

IKLAN

Menurut sebuah agensi perlindungan haiwan liar Seldrick Wildlife Trust, pekara seperti itu tidak asing lagi kerana‘perangai’ sebegitu adalah tingkah laku biasa seekor anak gajah.

Video yang telah dimuat naik sejak 2014 itu menjadi viral baru-baru ini sehinggakan jumlah tontonannya mencecah 8 juta penonton.

Nah, ini dia video yang diperkatakan itu.