Pelakon, Elfira Loy meluahkan rasa kegembiraan apabila anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf akan mencecah usia setahun pada bulan hadapan.
Dalam pada itu, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy kini sudah hampir setahun bergelar ibu mengakui perjalanan masa menunaikan tanggungjawab sebagai ibu berlalu sangat cepat dan pantas.
“Can you believe @muhamadrayyankhalafofficial is one next month ? sekejap je masa berlalu dah setahun dah jadi mak.
“Rasa macam semalam baru belajar nak burp kan anak, sekarang ni dia gigit gigit kita je,” tulis Elfira.
Ads
Bintang drama Kum Kum filem ini juga memberitahu menyayangi anak tunggalnya itu sehingga ke syurga.
“Thank you for making my journey as a mom begitu mudah & interesting.
Ads
“I can’t wait to explore soooo many things with you. Till jannah also okay my Khalaf.,” tulisnya.
Peserta dari Kelantan, Qila telah dinobatkan sebagai juara Ratu Hijabista yang pertama, disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105), sebentar tadi.
Qila atau nama sebenarnya, Wan Nur Shahirah Aqilah Wan Lokman menewaskan empat lagi finalis iaitu Tina, Mellya dan Fiffy Afrina.
Mahkota kemenangan disampaikan oleh Puan Sri Normala Samsudin yang juga merupakan juri tetap program terbabit.
Menerusi kemenangan ini, penuntut berusia 21 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi dan selempang.
Tempat kedua dimenangi oleh Tina dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi dan selempang.
Sementara itu, Fiffy Afrina memenangi kategori Ratu Inspirasi Safi Hijabista dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta selempang.
Manakala Mellya dinobatkan sebagai Ratu Favorite turut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 berserta selempang.
Selain Puan Sri Normala, pengarah terkenal Micheal Ang telah diundang sebagai juri jemputan.
Program ini dihoskan oleh Uyaina Arshaad dan Fikry Ibrahim.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Di Ombak Resah, Ashira mendedahkan, dia kini menumpang di rumah kakaknya selepas terpaksa keluar dari rumah sewa sehari selepas mendapat berita layak menyertai Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7).
Dalam sebak, Ashira, 35, terpaksa akur dengan permintaan pemilik rumah sewanya setelah dia gagal membayar duit sewa sebanyak RM1,200 selama enam bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac lalu.
“Tuan rumah minta saya keluar. Bukan saya tidak bayar langsung, tetapi saya bayar sekadar yang termampu.
“Yang termampu saya tu, saya cuma dapat bayar RM100, kadang-kadang saya cuma ada RM50. Itu saya yang saya mampu nak bayar… Itulah selama 6 bulan tu, dengan apa yang saya raih menerusi Bigo dan kerja-kerja lain.
“Ada juga yang cadangkan saya jual popcorn atas talian, tapi tak jalan. Genap enam bulan dia minta saya untuk keluar. Apa pun, saya tidak menyalahkan tuan rumah kerana faham situasi.
“Hari ini (22 September) hari terakhir saya untuk serahkan kunci. Seperti yang saya selalu cakap perkara ini terjadi secara tiba-tiba. Allah bagi rezeki lain, tetapi pada masa sama dia turunkan ujian,
“Dalam tempoh tersebut saya sebenarnya sudah tidak kuat dan ada mengadu dengan pihak pengurusan” jelasnya.
Lima tahun bergelar ibu tunggal, Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, turut menambah ketika ini dia terpaksa duduk berasingan dengan anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 14.
“Buat sementara waktu, saya menumpang di rumah kakak tapi terpaksa berpisah dengan anak saya.
“Dia tinggal di rumah kakak saya lagi seorang sebab rumah yang kakak yang saya diami ini juga punya keluarga yang besar,” jelas Ashira yang sebolehnya tidak mahu melibatkan anaknya dalam masalah yang dihadapi.
Terdahulu, Ashira ditemui pada sidang media memperkenalkan 14 peserta program Gegar Vaganza 7 di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Chacha Maembong menafikan usahawan yang hanya dikenali sebagai Datuk Z sebagai teman istimewanya ketika ini.
Sebaliknya, pemilik nama lengkap Siti Aisyah Ismail, 24, ini menjelaskan, lelaki berusia awal 30-an itu tidak lebih sekadar rakan niaga yang banyak memberikan dorongan serta tunjuk ajar mengenai dunia perniagaan.
Malah, Datuk Z juga banyak membimbing dalam menghasilkan produk pertama di bawah keluaran syarikatnya, CM Secret iaitu Perfect Look by Chacha Maembong.
“Sebagai orang yang masih baru di dalam bidang ini, saya juga perlukan sokongan dari orang yang betul selain adik-beradik.
“Dia seorang ahli perniagaan dan bila saya ada kongsikan minat untuk berbisnes, dia cuba bantu dan kami mulai berbincang serta cari idea.
“Sementara dalam proses untuk melancarkan produk pertama ini juga, dia banyak tolong dalam segi pengurusan memandangkan saya sibuk dengan jadual penggambaran,” katanya.
Teka-teki mengenai perkara itu timbul selepas usahawan terbabit dilihat turut menemani Cacha sepanjang majlis selain turut mengenakan persalinan dalam rona sedondon.
Mahu mengejar impian menjadi ahli perniagaan berjaya yang boleh membantu keluarga selepas ini, Cacha pada masa sama tidak menolak Datuk Z banyak membawa perubahan positif kepada dirinya.
“Dia seorang yang baik dan banyak bimbing saya dalam menguruskan perniagaan. Pada masa sama, dia juga tidak kedekut untuk kongsikan ilmu.
“Sebagai rakan niaga, saya juga masih lagi dalam proses mengenalinya.
“Saya mahukan kerjasama dalam tempoh yang panjang. Siapa tahu kalau hanya kenalinya dengan ala kadar saja, mungkin akan jadi hal macam-macam di kemudian hari.
“Jadi lebih baik untuk kenalinya secara profesional dan serius. Setakat ini, saya percaya dengan kredibiliti Datuk Z dan ada ahli keluarga yang mengenalinya juga,” jelas Cacha.
Ditanya mengenai kisah cintanya pula, pelakon filem Garang ini tidak mahu mengulas lanjut.
“Apa yang boleh saya kongsikan, saya tidak mahu fikir soal cinta atau segala apa yang pernah berlaku di dalam hidup sebelum ini.
“Saya mulai sedar, pada usia 24 tahun, sampai bila mahu begitu? Sampai bila saya mahu kecewakan peminat dan orang sekeliling? Jadi sudah tiba masanya untuk saya jadi lebih matang dan positif.
“Sekiranya selepas ini ada jodoh, saya mahu terus kahwin. Saya tak nak fikir bercinta, berkenalan lalu putus di tengah jalan.
“Keluarga saya ramai yang sudah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Sebagai anak bongsu, saya sudah tidak boleh main-main lagi.
“Sudah tiba masa saya jadi individu yang ada hala tuju, masa depan dan fokus kerja,” katanya optimis.
Terdahulu, Cacha ditemui pada majlis pelancaran Elysyle CM Secret Perfect Look dan majlis menandatangani kerjasama di antara Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, pada Rabu.
CM Secret Perfect Look merupakan satu produk kecantikan yang mampu menjadikan wajah lebih tegang menerusi kaedah ‘v-shaping’ bersama Cream Magic dan gabungan ‘papan activator’ yang diperbuat daripada tanduk kerbau.
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.