Penyanyi Ashira menjelaskan dia bukan terpaksa sebaliknya dia sendiri yang mahu bekerja.
Penjelasan tersebut dibuat Ashira,37, atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz menerusi kenyataan yang dimuat naik di Insta Stories semalam.
Ia dipercayai susulan tindakannya yang difahamkan telah bekerja dengan mengambil upah cuci pinggan serta ambil dan menghantar pesanan makanan di Puchong, Selangor.
Meski berterima kasih atas keprihatinan semua, penyanyi yang popular menerusi lagu Di Ombak Resah itu bagaimanapun memohon agar tidak lagi ‘menanda’ beberapa nama di media sosianya memandangkan dia masih boleh berusaha.
“Ok first saya tak terpaksa, tiada yang paksa. Saya yang nak kerja, ok?
Ads
“Second…boleh tak tolong jangan ‘tag-tag’ orang itu ini untuk beri bantuan kat saya? Saya tak memerlukan. Sungguh, saya sihat Iagi boleh usaha sendiri. Thank you atas keprihatinan korang. Tapi tolong saya ok?,” tulisnya.
Ashira pada masa sama menambah, apa yang dilakukan bukan disebabkan masalah kesihatan yang ditanggung suami, penyanyi Bad Indigo ketika ini.
“Third. Jangan salah sangka atau mudah percaya dengan tajuk. Saya kerja bukan sebab Bad sakit, atau dia suruh, atau saya terpaksa.
Ads
“Bad tidak suruh saya kerja, tidak juga menghalang. Semua ni saya yang nak buat. Boring duduk rumah jer kena keluar jugak supaya minda sihat,” tulisnya.
Malah, Ashira turut menjawab pertanyaan segelintir pihak berhubung ke mana duit yang diterima ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV).
Ads
“Last… ada pulak yang tanya mana duit GV? Ok nak ingatkan saya nombor tujuh tau. Lepas tu GV dah setahun berlalu.
“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Jangan risau saya ok. Semoga hari ni lebih baik dari semalam untuk anda semua dan semoga Allah permudahkan segala urusan korang, amin,” tulisnya lagi.
Terdahulu media melaporkan, Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes yang dialami.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Artis versatil, Sharifah Shahirah mengakui kini lebih memilih untuk beri tumpuan kepada keluarga, selain menyelesaikan komitmen lain yang sedia ada.
Menurut Shahirah atau nama lengkapnya, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, pada usia sekarang dia lebih selesa untuk beri ruang kepada bakat baru lain bergiat aktif dalam seni.
“Saya akui memang kerjaya seni saya kini diihat sedikit perlahan bukan sebab saya sudah tidak ada terima tawaran lakonan dan sebagainya.
“Tapi sebab kita ni sudah semakin berusia, jadi saya rasa sudah tiba masa untuk saya beri peluang kepada generasi baru pula.
“Saya mahu beri masa dan fokus kepada keluarga,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini tetap bersyukur atas rezeki yang dikurniakanNya.
“Macam mana pun, saya tetap bersyukur meski karier seni saya dilihat semakin perlahan, tapi Allah tetap bagi saya rezeki dari sudut yang lain.
“Misalnya menjadi penyampai radio di Suria FM. Saya rasa aturan hidup yang Allah sudah tentukan untuk saya cukup baik.
“Secara tak langsung, kini saya dapat luangkan lebih masa bersama keluarga,” katanya lagi.
Shahirah menjadi tetamu bagi episod terbaru Media Hiburan Throwback yang dihoskan oleh Radin yang bakal bersiaran hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang meningkat naik, Nadhir Nasar mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya para Instafamous atau personaliti media sosial ingin menceburkan diri di dalam bidang lakonan.
Menurut Nadhir yang juga merupakan Juara Hero Remaja 2020, jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial bukanlah sesuatu yang mudah untuk didapatkan kerana ia terhasil daripada usaha dan penat lelah seseorang.
“Sejujurnya saya tiada masalah sekiranya instafamous mahu menjadi pelakon. Pucuk pangkalnya, fokus stesen tv adalah bisnes dan untuk buat duit.
“Anda kena faham, bila bercerita mengenai jumlah pengikut di media sosial, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk didapatkan. Itu adalah rezeki dan kerja keras seseorang.
“Macam mana seseorang itu tidak pandai berlakon tetapi dia ada jumlah pengikut sampai berjuta? Sebab mereka buat konten dan pelbagai cara untuk mendapatkan jumlah pengikut tersebut.
“Ia bukan mudah sebenarnya bagi seseorang itu mencapai ke tahap sedemikian,” katanya kepada MH.
Pelakon drama I-Tanggang itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis makan malam bersama barisan peserta Hero Remaja 2021 yang berlangsung di The Chow Kit Ormond Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nadhir turut berpandangan, daripada kita menghabiskan masa bergaduh sesama sendiri, adalah lebih elok sekiranya para pemain industri berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
“Masing-masing ada pandangan mereka sendiri. Daripada kita berdebat dan bertengkar sesama kita, kenapa tidak kita membantu menaikkan sesama sendiri.
“Isu ini dah berlarutan agak lama tetapi tiada tindakan dan kata sepakat yang dicapai. Kita tidak mula cari titik penyelesaian dan persamaan itu.
“Sebagai contoh, para Instafamous itu boleh pergi ke kelas dan belajar bersama mereka yang pandai berlakon tetapi kurang followers.
“Pada masa sama Instafamous itu juga boleh mempromosikan pelakon tersebut,” kongsinya lagi.
Dalam kembangan lain, Nadhir kini sedang memberikan sepenuh tumpuannya selaku pengacara bagi program Hero Remaja 2020 bersama gandingannya Syaza Bae.
Saksikan episod Final Hero Remaja 2021 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 6 November ini secara langsung di saluran Astro Ria (104) bermula jam 9 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak kepada pelakon tersohor Puan Sri Tiara Jacquelina dan arwah Hani Mohsin, Hani Karmila Mohsin, selamat melangsungkan akad nikah dalam satu majlis tertutup pada Khamis lalu.
Hani Karmila, atau lebih dikenali sebagai Mila, disatukan dengan jejaka pilihannya, Abang Saef Hud dalam suasana sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat serta kenalan rapat.
Sempena hari perkahwinannya itu, Hani Karmila memilih jurusolek terkenal, Khir Khalid untuk merias rapi wajahnya. Manakala busana kebaya moden penuh renda yang digayakannya pula merupakan rekaan pereka fesyen, Afiq M.
Menariknya, warna jingga dipilih sebagai tema utama perkahwinan pasangan ini.
Daripada busana keluarga, rakan terdekat dan bridesmaid, sehinggalah ke dekorasi pelamin dan hantaran, semuanya diseragamkan dalam rona jingga lembut yang mencerminkan aura ceria dan klasik berpadu moden.
Beberapa momen istimewa termasuk majlis akad nikah, makan beradab dan acara memotong pulut kuning turut dikongsikan sendiri oleh Hani Karmila menerusi Insta Story.
Mewarisi bakat kedua ibu bapanya, pelakon berusia 31 tahun itu kini aktif dalam dunia seni dan baru sahaja muncul sebagai pelakon dalam filem Laknat yang ditayangkan pada Jun lalu.
Selain itu, Hani Karmila juga cemerlang dalam bidang sukan apabila pernah mewakili negara dan memenangi pingat emas bagi kategori 58 kilogram dalam seni bela diri Jujitsu di Kejohanan Terbuka Antarabangsa Singapura.
Imbas kembali, Hani Mohsin meninggal dunia pada 25 Julai 2006 akibat serangan jantung di LCCT. Ketika itu beliau dalam perjalanan untuk melancong ke Langkawi bersama anak tunggalnya ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.