Fuh! memang macam-macam khabar angin yang kami dengar tentang hubungan Zayn Malik dan Gigi Hadid. Jika perpisahan mereka telah buatkan ramai terkedu dan bersedih, tetapi kali ini mereka telah menimbulkan kontroversi sekali lagi apabila dikatakan telah keluar bersama semula.

Malah lebih mengejutkan orang ramai apabila ada paparazi yang dapat menangkap gambar mereka berdua kelihatan mesra seperti pasangan kekasih.

Back To You! Zayn Malik Cuba Curi Hati Gigi Hadid Semula!

IKLAN

Menurut sumber rapat, Zayn dikhabarkan ingin menyambung kembali hubungan mereka yang terputus Mac lalu.

“Zayn benar-benar ingin kembali bersama Gigi, dia rindukannya tidak mampu untuk berpisah lama.

“Namun begitu, Gigi kelihatan teragak-agak,” kata sumber tersebut.

Tambahnya lagi, kedua-dua mereka masih lagi menyintai antara satu sama lain namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perpisahan mereka sebelum ini.

IKLAN

“Memang Gigi masih menyintai Zayn namun dia tidak pasti jika ‘relationship’ yang diperlukannya sekarang ini.

“Lagipun, mereka berdua sangat sibuk dengan karier masing-masing dan ia menjadikan hubungan mereka sukar,” tambah sumber itu lagi.

Dalam pada itu, sumber tersebut mengakui bahawa Zayn dan Gigi kembali ‘melepak’ bersama.

Back To You! Zayn Malik Cuba Curi Hati Gigi Hadid Semula!

IKLAN

“Ya, mereka ada lepak bersama tapi tidak kembali bersama secara rasmi, kedua-duanya perlulan masa untuk berfikir mengenai hubungan mereka.

“Setakat ini, mereka memutuskan untuk ‘melepak’ bersama dan lihat arah tuju hubungan mereka,” katanya lagi.

Macam tengok drama tau kisah cinta mereka ini. Apa-apapun, pada MH…tak kisahlah apa-a-apapun, asalkan mereka gembira.

sumber: Enews!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI