Baca Surah Al-Kahfi, Alunan Indah Alif Satar Buat Jiwa Netizen Tersentuh, – “Alhamdulillah, Inilah Yang Patut Dicontohi.”

Share

Bagi menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan rakyat Makaysia duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, artis versatil, Alif Satar telah memperkenal sesi ‘Kuarantin Karaoke’ di laman Instagram miliknya.

Kuarantin Karaoke telah dimulakan  sejak hari pertama kuarantin dan memasuki hari ke-3 ini, Aliff telah pun berkongsi alunan indah surah Al-Kahfi. 

“Quarantine Quran. Al-Kahfi ( The Cave)” tulisnya ringkas menerusi entri video di IG TV miliknya, baru-baru ini. 

Menerusi video tersebut, Alif dilihat telah membaca 10 ayat pertama surah Al-Kahfi.

Video tersebut kemudiannya tular apabila meraih lebih 300,000 tontonan dan turut dihujani lebih 2,000 komen.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis kagum dengan bacaan Alif yang sungguh merdu.

 

Sekadar perkongsian, Nabi Muhammad SAW bersabda bahawasanya sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka dia akan terhindar daripada fitnah dajjal.

Foto: Instagram Alif Satar

IKLAN