Penyanyi nasyid, Dr. Fitri Haris berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya lelaki pada awal pagi Isnin.

Jelas Fitri, dia berasa amat bersyukur kerana segala proses sewaktu isterinya bersalin telah pun dipermudahkan.

“Baby Di Penjagaan Rapi Untuk Menstabilkan Pernafasan,” – Isteri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Dr. Fitri Haris Luah Rasa Syukur “Baby Di Penjagaan Rapi Untuk Menstabilkan Pernafasan,” – Isteri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Dr. Fitri Haris Luah Rasa Syukur

Dikesempatan itu, Fitri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta anaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Fitri Haris (@fitriharisofficial)

“Alhamdulillah syukur ya Allah. Alhamdulillah isteri saya @el_mrsfitri telah selamat melahirkan anakanda (bayi lelaki) kami. Terima kasih atas doa yang di kirimkan

“Doa agar kesihatan baby dan mama nya di beri kesihatan yang baik, baby sekarang di penjagaan rapi untuk menstabilkan pernafasan

IKLAN

“Azan juga di lakukan secara berhati-hati untuk kebaikan baby..dalam penjagaan rapi,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh bekas anggota kumpulan nasyid, UNIC itu menerusi sebuah hantran yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, Fitri memaklumkan anaknya kini sedang ditempatkan dibawah jagaan rapi bagi menstabilkan semula proses pernafasan.

“Baby Di Penjagaan Rapi Untuk Menstabilkan Pernafasan,” – Isteri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Dr. Fitri Haris Luah Rasa Syukur “Baby Di Penjagaan Rapi Untuk Menstabilkan Pernafasan,” – Isteri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Dr. Fitri Haris Luah Rasa Syukur

IKLAN

Dalam pada itu, penyanyi lagu, Wahai Kekasihku ini turut menitipkan ucapan penghargaan buat para doktor serta jururawat yang telah pun bertungkus lumus sepanjang proses melahirkan tersebut berlangsung

“Terima kasih kepada Dr.Fatimah, Dr. Maisarah, dan semua team di @annurspecialisthospital yang senantiasa berusaha nurse2 di sini.. masyaa Allah. Syukur ya Allah…syukur,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Fitri telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juga merupakan pengurusnya, Fazilah Omar pada Disember 2019.

Fitri yang pernah tiga kali menduda telah pun terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Sofea Soleha, 17 yang kini menetap bersama bekas isterinya di Singapura.

IKLAN

Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini telah pun berusia 11 tahun.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Baby Di Penjagaan Rapi Untuk Menstabilkan Pernafasan,” – Isteri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Dr. Fitri Haris Luah Rasa Syukur

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Dr. Fitri Haris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI