Beberapa bulan yang lalu kita semua sudah sedia maklum tentang pelakon wanita popular, Faye Kusairi telah disahkan hamil cahaya mata pertama.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagaram Faye nampaknya sudah semakin kelihatan perutnya yang kian membesar.

Wah teruja MH melihat baby bump Faye yang sudah mula kelihatan malah bukan MH sahaja yang teruja tapi peminat-peminat Faye juga turut meninggalkan komen pada gambar pelakon itu betapa seronoknya mereka melihat baby bump Faye itu.

king_exlofattah: Omeyyyy perot tu…..???

IKLAN

charm.kitchen.8: Waaah… dah nampak baby bump la…

cqin_faizal: Tahniah @fayekusairi …da nmpak baby bump..

Dalam pada keterujaan peminat melihat baby bump Faye ini, MH juga tertarik dengan salah satu perkongsian pelakon ini yang ditujukan kepada bayi dalam kandungannya.

IKLAN

“Baby, jangan cakap Mummy tak bawak pergi Karting tau. Dah bawak dah pun. ???,” tulis Faye.

Kepada yang mengikuti perkembangan Faye pasti tahu bahawa pelakon ini sangat menggemari sukan kereta dan kapsyen yang ditulis oleh Faye itu seolah-olah ingin menyatakan bahawa bayi di dalam kandungannya ‘mengidam’ untuk bermain sukan go kart itu.

Rata-rata peminat dan pengikut Faye juga turut meninggalkan komen berkata bayinya bakal mengikut jejak langkah ibunya meminati sukan kereta.

IKLAN

inai8jari: Wowww trbaik lah mummy…bakal ikut jejk mummy nnti ni..haha…jngn ckp mummy x payung?????

sharinaramlle: Lepas gian ke tu? Hahaha

Apapun MH doakan agar Faye dan juga kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan segala urusan sehingga saat melahirkan nanti dipermudahkan.

Sumber: Instagram Faye Kusairi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI