Pelawak dan penyampai radio, Shuib tampil memberikan penjelasan seterusnya membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai satu babak yang dilakukannya pada program Sepahtu Live Reunion pada Khamis.
Aksinya yang sedang memarut kelapa yang didakwa seolah-olah memberi perlambangan kepada perkara lain, menimbulkan reaksi pelbagai pihak.
Secara rendah hati, suami kepada penyanyi Siti Sarah itu menyifat dia tidak mempunyai apa-apa niat lain, selain hanya mahu membuatkan penonton terhibur.
“Minggu lepas di Sepahtu Reunion pada hari Khamis,ada satu babak tu saya buat memarut kelapa.
“Jadi babak tu dah jadi kontroversi pula, jadi di sini saya dengan rendah dirilah nak memohon maaf kepada mereka yang terasa hati, kepada mereka yang rasa babak tersebut tidak patut dilakukan.
Ads
“Saya nak beritahu, ikhlas daripada hati saya, ketika melakukan babak itu, saya tidak ada maksudkan apa-apa. Tak ada nak pergi ke lucah ke, tak ada.
“Saya hanya nak buatkan orang ketawa sahaja. Tiada niat apa-apa. Tapi itulah, kalau kata ada yang terasa hati, saya minta maaf banyak-banyak,” katanya pada satu perkongsian video di Instagram, awal hari ini.
Ads
Shuib pada masa sama turut berjanji untuk tidak lagi melakukan lawak sedemikian.
“InsyaAllah ke depan saya tidak akan buat lagilah benda-benda yang macam itu,” katanya yang turut meminta ramai agar terus menyokong program lawak berkenaan.
Sepahtu Reunion Live bersiaran secara langsung setiap Khamis jam 9 malam menerusi Astro Warna dan Warna HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah mengakui rasa bangga apabila menjadi satu-satunya penyanyi dalam kategori usia warga emas yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Bintang hebat berusia 62 tahun itu bakal bersama-sama rakan duet, Wany Hasrita menerusi lagu Belenggu Rindu bersaing di malam anugerah muzik ifu yang bakal berlangsung Februari depan.
Bagaimanapun, Jamal menyifatkan situasi itu agak kelakar dan di luar jangkaan.
“Saya pernah menyertai AJL yang pertama pada 1986 menerusi lagu Perjalananku dan Cinta Yang Terbiar yang kedua-duanya dinyanyikan penyanyi lain.
“Selepas itu menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir dan Ghazal Untuk Rabiah duet brsama Datuk M Nasir.
“”Kali ini saya berduet dengan Wany Hasrita pula. Saya sebenarnya memang sengaja nak tumpang populariti artis yang sedang meningkat naik,” katanya.
Menerusi laporan Harian Metro, Jamal berkata, dia mempunyai formula untuk terus kekal dalam industri muzik dan pertaruhan itu dilihat menjadi.
“Strategi saya nampaknya menjadi hingga berjaya ke AJL35. Saya terbabit dalam lagu ini kerana ditawarkan oleh Hael Husaini dan Ezra Kong serta pemilik syarikat rakaman FMC.
“Saya nampak ini satu formula berkesan dan akan terus mengekalkannya. Untuk AJL nanti, saya kena motivasi diri bertanding dengan artis muda yang boleh dipanggil anak. Saya tak boleh mengalah dan merendah diri.
“Dah masuk dalam itu saya kena teruskan. Yang bertanding pun hebat dan sekarang zaman mereka,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Jamal turut berduet dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu Neraca dan sebuah lagu lain.
“Penggambaran muzik video Neraca dibuat hari ini. Judul asalnya ialah Wuduk tapi akhirnya ditukar kepada Neraca.
“Banyak lagi projek begini yang akan saya buat nanti. Ada tiga, empat lagu lagi. Jika ada rezeki, saya akan mengumpulkan semua lagu-lagu ini bagi diterbitkan dalam sebuah album istimewa,” katanya.
Sementara itu, Jamal juga tidak kisah jika dikatakan menumpang populariti artis lain untuk kekal dalam industri muzik.
“Selama ini pun hidup saya menumpang atas bumi Tuhan. Apa sahaja yang sesuai, saya akan buat. Saya pun ada lagu solo berjudul Yang Memiliki ciptaan Raja Sham. Proses rakaman sudah selesai dan hanya tunggu masa untuk buat muzik video.
“Lagu Neraca dan Yang Memiliki diterbitkan di bawah syarikat rakaman Universal Music. Boleh dikatakan ini adalah cabang rezeki buat anak-anak saya terutama Azura dan Zack,” katanya yang turut bersyukur atas rezeki yang dikurniakanNya.
Terdahulu, 12 lagu diumumkan layak ke AJL35 iaitu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi) dan Gundah (Ernie Zakri).
Empat buah lagi lagu yang turut mara ialah Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Eh (Zizi Kirana).
AJL35 akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 7 Februari tahun depan.
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah pun meluangkan masa bersama isterinya menikmati percutian di Pulau Langkawi.
Kongsi Ebit, dirinya berasa sangat bahagia kerana dikurniakan seorang yang isteri penyayang.
“Dating dekat Langkawi dengan bidadari. Rindunya. Dah nak habis tahun 2020. Ujian berat covid 19. Tapi bila disisi orang kita cintai sayangi tetap terasa bahagia dan tenang.
“Sekejap je rasa.. pergi mana selalunya wanita diluar sana semua cakap kirim salam bidadari ustaz yer.
“Bidadari saya kata, kasihan abang penat jer, saya lagi kasihankan bidadari yang sentiasa berkorban buat suami, anak-anak dan ummah,” tulisnya.
Ebit pada masa sama berkongsi akan kecintaannya terhadap isteri tercinta.
“Duduk dengan bidadari abang terus hilang semua penat letih. Tengok muka orang kita cintai. Pegang tangannya. Semuanya jadi kebaikan. Benarlah kata orang dulu. Nikmat terindah didunia ini ialah isteri solehah.
“I love you sayang bidadariku. Best hotel westinlangkawi…Terima kasih cruise sea splash.
“Best selesa dan seronok sangat banyak perkara dapat buat dengan bidadari tercinta. Terima kaseh @seasplashlangkawi atas layanan dan pengalaman indah hari ini-ebitlew,” titipnya lagi di Instagram.
Bahagia harmoni, Ebit dan isteri telah dikurniakan empat orang cahaya hasil perkongsian hidup mereka berdua.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Zul Yahya mengakui berasa sangat geram selepas memaklumkan pasar raya yang diusahakannya telah dimasuki oleh pencuri baru-baru ini.
Zul memberi tahu, hasil tinjauan menerusi kamera litar tertutup (cctv), terdapat dua individu tidak dikenali telah cuba menyelongkar kawasan belakang premisnya dan wajah mereka juga turut telah dikenal pasti.
“Allahhuakbar. Hati-hati warga Meru Raya lpoh. Penyamun berkeliaran. Semalam dua orang selongkah belakang kedai saya.
“Muka dah dapat, tunggu nak cekau je, dapat kasi ikat dekat pokok taruh semut merah dalam seluar pastu baru kasi balai.
Report sudah bikin tapi hati-hati sahabat-sahabat niaga jangan buka peluang untuk penyamun-penyamun ni,” kongsinya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Gerak Khas itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Zul turut menyeru rakan-rakan peniaga yang lain agar turut sama berhati-hati dan jangan sesekali memberi ruang kepada pencuri-pencuri ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sangat lega kerana tiada apa-apa yang serius berlaku dan berharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Terdahulu, pasar raya yang diusahakan oleh Zul dikhabarkan baru sahaja memulakan operasinya pada November lalu.
Sumber: Instagram Zul Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...